..::Wawa Yusoff::..: ..::2nd pregnancy : 5 month : Baju Adik::..

Wednesday, August 5, 2015

..::2nd pregnancy : 5 month : Baju Adik::..

Assalamualaikum

Eh, bila ek last update pasal adik haritu? tau2 je dah 5 bulan ni.. hehehe. 
Alhadmulillah, semakin sihat.. Dah boleh bawak badan dengan baik :)

Sebenarnya masa shopping raya untuk kael kat seremban haritu kami membeli jugak baju untuk adik 4 helai. walaupon x tahu jantina tapi sebab dah berkenan amik jugak. ala yang kami beli pon black and white je. Unisex. memang beli newborn size nak pakai masa kat hospital.

Tak kira lah adik boy atau girl, kat hospital mesti pakai baju baru macam abang dulu. kalau boleh seminggu pertama mommy memang nak sarung baju baru je untuk adik. lepastu baru kita recycle baju abang. Adik orang baru kan, rasa excited tu masih sama. masih seronok macam mana nak sambut abang mikhael dulu

 
4 helai baju pertama adik yang kami beli

Kemudian, baru ni beraya kat rumah kawan, dia pemborong baju2 baby dari US. memang merambang lah mata memilih. kat rumah booking lain, bila dah sampai depan mata lain pulak yang aku amik. yang di booking tak jadi. muahaha. Si mirzal pon sama memilih. Harap ena x marah pasal dah janji lepas ni nak beli lagi. hik2.

Yang ni semua small size up to 6 month

Memang nak terus pakaikan. macam yg aku cakap tadi lah, seminggu pertama seboleh-bolehnya nak sarungkan baju baru. pembelian kat sini dah macam2 warna, Unisex pon ada, Bias pon ade. muahahaha. kot kalau adik lelaki kita sedekah jela baju2 girl yg mommy dah beli ni nanti kat orang lain :)

 Yang ni pulak size besar2

Berkenan sangat. nak tunggu adik setahun baru pakai. nak biar dulu tak beli takut tak dapat dah design ni. jadi ku rembat je siap2. ala.. baju bukan basi pon.. xde lah rasa membazir. dah memang trend aku membeli macam ni. suka beli awal2, simpan. menjelang nak besar ade je baju baru sebab aku bukan suka membeli baju secara runcit.

Maksudnya kalau korang jenis pantang keluar jalan mesti ade je baju nak beli kat anak kan? Aku tak gitu, x tau kenapa. dari kael lagi aku memang bukan jenis membeli macam tu. kalau kata aku keluar berjalan aku suka lagi membeli kan dia makanan atau toys. hehehe. cara memasing lah kan.. dah anak memasing.. :p

kalau masa carry kael dulu aku suka pegi Hytex warehouse sale membeli baju2 dia. tapi kali ni Hytex macam dah sunyi dari warehouse sale. macam dah x buat je... Jadi, kita beralih pulak cara shopping yang lain.. Lain anak, lain rezeki nya kan.. Alhamdulillah...

Nanti lepas ni nak basuh semua baju2 abang mikhael, asingkan yang elok dan yang adik masih boleh pakai, hoodie, blanket, barut, bedung dan jugak bengkung mommy.. semua dah boleh basuh siap2. Lepas tu boleh kemas beg hospital. Buat awal2 senang. Sama macam masa kael dulu. semua aku buat awal2. Tiba time nak bersalin rilex je siap boleh jenjalan kat OU, esok pagi selamat! hehehehehe.
**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...