..::Wawa Yusoff::..: ..::Persiapan Raya 2015::..

Tuesday, July 14, 2015

..::Persiapan Raya 2015::..

Persiapan Raya 2015

Baju raya aku dah beli awal2 kat vietnam masa bulan 3, tempah lagi sepasang kain yang sama dengan mirzal dan mikhael. mini kurung lagi ko! masa tu x tau pregnant.... sekali dah siap............ ku pandang sendu je la baju2 raya aku tu.. kalau aku sarung jugak, orang tak pandang aku dah.. perut dulu yang kedepan. ahahahaha.


Tahun ni serba sederhana, disebabkan baju yang ade aku tak boleh pakai.. aku pon beli sepasang je yang wajib. Harus sedondon dengan mirzal dan mikhael. lagi sepasang akak aku mam dah buatkan. Dan nak dijadikan rezeki dapat nursing dress murah dari geng gojes si nadt. last year pon dapat dress sequin murah handmade dari geng gojes jugak. si mimi mak rafif. rezeki petite size. hehehe.


Untuk persiapan kael kami lebihkan baju untuk dia. seluar beli 2 helai cukup. pastu kasut sepasang udah ler.. kesahnye.. si kael ni sangat susah nak dibawak shopping. dia tak suka fitting2. boleh jadi gaduh tau. stress kami. boleh batal puasa nak fitting baju dak bulat ni je. ahahahaha. kalau kasut lagi susah nak suruh cuba. dia takkan bagi bukak selipar yang dia tengah pakai. dan kalau kata aku dah pegang kasut atau sandal yang dia cuba tadi nak pegi bayar dia akan marah. dia akan suruh letak balik. hangin ok.


Untuk rumah pulak ala kadar je, cuma tukar alas kaki yang elok sikit, pasang wallpaper nak cover mural2 buatan tangan elman mikhael dengan kemas2 rumah je. langsir tak tukar baru. kuih raya pon ade 2 jenis je. nanti lah raya baru beli. time raya pon ade je org jual kuih kan.. kalau ade org hello2 nak datang rumah baru siap2. memang tak plan pon nak beriye2 tahun ni sebab lebihkan kepada preparation sambut baby baru. heheh. in shaa allah. cuma nya rumah tu kita kena la kasi cantik2. kata raya kan.. haruslah meraikan :)


Zakat fitrah alhamdulillah dah selesai... tengok lah si kael tu. nak nengok jugak. dia lah yang amik kupon zakat dari amil ni. tengok semua mirzal akad dan lafaz zakat. diam je dia.. selesai tu sibuk dia tanya "ape wak..ape wak mi..? ape wak?" (ape buat.. ape buat mi..? ape buat?) ko tengok bahasa dia... orang selalu tanya buat ape... dia punya ayat terbalik.. ape buat? ahahaha. explain lah jugak ayah bayar zakat and bla..bla.. bla.. tak kisah lah dia faham atau tidak yang penting kita sampaikan yang betul... :)

So, korang macam mana? aku tengok dasyat. yang buat kuih berjenis2, yang men'shopping sana sini.. Alhamdulilah.. moga rezeki kita semua sentiasa melimpah ruah. jangan lupa berbagi kepada mereka yang memerlukan ye.. :)
**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...