..::Wawa Yusoff::..: ..::Cerita 1 raya sampai 4 raya::..

Friday, July 31, 2015

..::Cerita 1 raya sampai 4 raya::..

Assalamualaikum

orang lain dah sibuk citer sampai patbelas hari raya aku baru nak cerita raya pertama. Esok orang dah start cerita pasal raya haji, aku baru nak sembang pasal pegi open house. muahaha.

Tahun ni, raya kat sg.buloh. turn aku. dah 4 tahun kawem ni takde hal pon nak raya mana pasal 2,2 belah pon seronok. Belah mirzal pon aku suka, belah aku pon aku suka. cuma keseronokan tu dengan cara yang tersendiri..


Keseronokkan raya kalau belah aku ni dari segi rohani lah biasanya. memang mendalam sangat rasa nikmat hari raya... Malam raya lepas magrib semua akan berjemaah. Tahun ni semua dapat jemaah sekali. takde sorang pon yang uzur. anak2 jaga diri memasing kat belakang. memang huru hara lah jugak, tapi alhamdulillah... dapat selesaikan hingga habis solat tanpa ade yang keluar saf. ahahaha. anak2 meligat hoi! si kael menarik kain mirzal mcm nak tercabut dah aku tengokkan. tak khusyuk solat aku! :p

 

Rumah mak aku taman jugak, sama dengan rumah mak mirzal, bezanya mak aku corner lot. jadi adelah laman nak pasang pelita. memang tiap tahun pasang x pernah missed. akak2 dengan abg2 ipar aku yang usahakan. 

Malam tu persiap rumah untuk baraan pulak (takbir dari rumah ke rumah)
Seronok sangat bila satu rumah kita bergema dengan takbir dan selawat. Baraan ni juga buat ukhuwah kejiranan tu semakin kuat. moga tradisi ini dikekalkan. Moga kael juga akan merasa nikmat baraan ini kelak. amin.


Pagi raya dengan kak da (kakak ipar)
Pagi raya tu siapkan anak dan makanan semua. sementara tunggu mak, bapak, abang dan mirzal balik solat raya sempatlah bergambar ala kadar. Diorang balik tu terus salam raya, Salam nangis.. muahahaha. kalau kat belah mirzal takde salam nangis ni. Happy2 je, gelak2, hehehehe

Official gambar raya memang takde. even aku tak sempat pon nak amik gamabr baju sedondon dengan mirzal. huhuhuhu :(


Selesai makan semua terus aku tukar baju pasal nak ke kubur, belemuih dengan peluh baju raya i nanti. wakakaka! 



Jadual agak rushing, yelah... jumaat kan.. mana nak kejarkan solat jumaat lagi. lepas ke kubur terus balik rumah sebab dah ade tetamu yang menunggu. begitu lah sampai ke malam. duduk rumah je, cuma malam tu aku ajak mirzal ke rumah makcik dia. dekat je dengan umah mak aku. memenuhkan masa. kael pon dah boring duduk rumah. hehehe

Kalau belah mirzal memang keseronokkan nya dengan family dia yang besar, atok dengn wan pon ade lagi kat kampung. makcik pakcik semua sihat walafiat, Jalan raya pulak dari pagi sampai ke tengah malam pon aku ok je... puas lah pakai baju raya. hehehe​

Belah aku slow sikit. kami lebih kepada menunggu tetamu. Tok nenek aku dah lama meninggal, ayah aku anak sulong, mak pulak anak bongsu. tak ramai adik beradik. 1 & 2 hari raya memang tak pegi mana2. duduk rumah je menunggu tetamu. mirzal dah x tau nak buat ape dah. kael lagi lah boring. hahaha.

Raya ke-3 baru berjalan raya. tu pon dah tengahari baru keluar, adelah pegi 3 rumah je.
Raya ke-4 aku dah keje!

Begitulah sendunya cerita raya aku.... boring dak?? kofkofkof!!

**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

No comments: