..::Wawa Yusoff::..: ..::Puding Caramel Mini::..

Monday, June 29, 2015

..::Puding Caramel Mini::..

comel sangat lah buat tajuk cenggitu. ahahaha.


tak2, sebenarnye nak share pasal resepi puding karamel yang sesuai untuk makan 2-3 org time buka puasa ni je.. dulu ade share jugak resepi puding caramel tp [LINK] yg tu hidangan nya jadi banyak. mcm tak sesuai pulak untuk newlywed atau pon yang tinggal tak ramai dalam satu rumah kan..

So, petang tadi kat group JK shaklee adik faten tanya pasal puding ni, terus lah jejes2 ailio. ahaha. aku ni addicted gile bende2 manis sejak pregnant ni. eh? yeke? Walhal memang suka sangat mkn manis nak salahkan pregnant pulak :p

oleh kerana dah jejes2 ailio, balik rumah tgk bahan semua ade, terus zasss!!


Bahan-Bahan (2-3 orang makan)
2 sudu besar gula
#Telur 4 biji
#Susu Pekat 1/4 tin
#Air 1/2 Tin
#Tepung Custard 1 sudu besar

Cara-Cara :-
Caramel : Panaskan 2 sudu besar gula dengan 5 sudu air sampai perang. 
Jangan sampai hangus nnt kuih jadi pahit
*boleh gunakan loyang atau mangkuk kaca yang tahan panas
*kalau nak lebih kuah karamel boleh lebihkan air

Puding : Bancuh semua bahan (#) dan pukul sampai sebati. Kemudian tuangkan ke atas caramel yang dah siap perang tadi. kukus 30 minit. biarkan sejuk dan terbalikkan perlahan..

**Pukul telur dengan tangan je manja2. aku tak suka pakai telur sebab nnt telur akan kembang dan berbuih dia akan ade banyak sarang kat puding. tak smooth.

boleh cuba untuk buka puasa esok..!
**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

No comments: