..::Wawa Yusoff::..: ..::ALLAH MAHA MENDENGAR::..

Monday, June 22, 2015

..::ALLAH MAHA MENDENGAR::..

ASSALAMUALAIKUM

Update memalam gini mcm x tau nak tulis ape, tadi rasa nya masa nak bukak laptop ni ade macam2 nak di bebelkan, dah bukak elok blogger.com terus macam blur. grrrr >,<
 aku kan, memalam memang cenggini. siang puasa sihat walafiat.. malam melembik mcm kan hape. tebalik kan?? selalu nya time puasa yang lembik.

 Eh, belum lewat lagi kan nak ucap selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 2015.. teheeeheee :p


aku kan... Ramadhan tahun ni yg paling gerun buat aku, rasa macam nak nangis terlalu risau nak hadap ramdhan kali ni.. Sickness aku kan teruk.. aku selalu ngadu dengan mirzal.. "mcm mana ni nak hadap puasa... muntah teruk... lambat makan sikit je muntah teruk.. makan lebih sikit pon muntak teruk..." *maka keluarlah air mata sebaldi* biasala org ngandong ni kan sensitip sensentap lebih sikit.. Tapi serious aku sedih sangat kenangkan keadaan aku nak sambut puasa kali ni..

2 minggu sebelum puasa tu aku jaga makan bebetul2, makan yg elok2, supplimen tak tinggal. aku nak badan aku sihat, aku nak puasa kalau boleh. Walaupon diberi kelonggaran tapi siapa yang taknak kejar pahala puasa tu kan.. Tapi keadaan aku masih sama.. muntah all the time.. melembik meloya... Memang aku doa banyak2 Allah bagi aku kesembuhan, kekuatan untuk aku sempurnakan ibadah puasa dan juga lain2 ibadah... memang aku mohon sungguh2... walaupon aku tau aku tak mampu dengan keadaan aku sehari sebelum puasa yang masih muntah2...

ALLAH MAHA MENDENGAR...

Memang kalau kita nak laksanakan sesuatu kebaikan tu memang ALLAH akan bantu. MEMANG. aku nekad je puasa hari pertama dan Tawakkal.. Suprisingly.... Aku sihat walafiat, malahan lebih sihat dari hari2 yg aku selalu makan tu... aku tak muntah langsung sejak pagi sampai petang. 6.30 petang baru aku muntah. mungkin sebab perut dah terlalu kosong.. Meloya dan mual kembang tekak memang ade tapi aku tak muntah. Alhamdulillah... 1st day puasa aku suksess! berbuka kat rumah mak, dengar azan dapat teguk air nak menitik air mata. tapi sebab kat rumah mak.. control..control.. aku je yang faham perasaan ni. Perasaan dan rezeki kesihatan yang Allah bagi pada ketika aku betul2 memerlukan...

Lepas je bukak puasa segala rasa datang, pening, sakit kepala, badan bisa mencucuk... macam biasa yang aku rasa time aku mabuk tu la.. ahahahah. dah buka baru segala rasa tu datang.. Tapi xpe, sekurang2 nya aku boleh makan dan minum macam biasa waktu malam. dan memang malam je (sampai harini) mesti aku muntah2 macam siang2 hari yg sebelum aku puasa tu.. ahahaha. Aku nak puasa, Allah bagi aku puasa... Selebihnya.. jangan merungut. hehehehe.

5 Ramadhan.. aku masih berpuasa penuh.. syukur walaupon harini hati dah start risau keadaan baby dalam tummy, cukup ke zat dia, cukup ke khasiat dia, mampu ke dia bertahan dan banyak lagi yang aku fikirkan. dan harini jugak badan aku semakin kurang tenaganya... belum pernah aku lelap lepas sahur (tahun ni) pagi tadi memang aku terlelap sungguh2.. sampai office pon lewat 15 minit. Kat office pon masih muntah2 tapi tidak lah muntah yang teruk2 just keluar buih2 je.. perut kosong dan ber'gas barangkali.. Apepon aku yakin dengan badan aku cukup kuat, cuma aku tak yakin baby aku mampu ke dia dalam tu dengan hanya berbekalkan makanan sahur mommy nye sahaja..

Soalan: Apakah hukumnya bagi perempuan yang mengandung atau perempuan yang menyusukan anak membatalkan puasanya
Jawapan: Harus membatalkan puasa tersebut dengan dua sebab:
a. Kerana euzuran dirinya sendiri.
b. Kerana menjaga kesihatan anak.
Keterangan:
a. Kalau berbuka puasa kerana menjaga kesihatan dirinya wajib qada' sahaja.
b. Kalau berbuka puasa kerana mahu menjaga kesihatan anak bukan dirinya, wajib qada'dan fidyah sekadar 1 cupak beras untuk sehari.
c. Kalau berbuka puasa kerana menjaga diri dan anak wajib qada' sahaja.
sumber : http://www.tranungkite.net/lama/sisipan/ramadhan4.htm

P/S : Allah maha mendengar... Sentiasa mintak tolong dengan Allah... Jangan putus asa walauapepun yang sedang kita usahakan... Moga kita semua perolehi ramadhan dan ibadah puasa yang penuh keberkatan.. amin.
 **********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...