..::Wawa Yusoff::..: ..::2nd pregnancy : sembang kosong::..

Friday, June 5, 2015

..::2nd pregnancy : sembang kosong::..

Assalamualaikum

Jumaat haritu balik keje naik moto kena hujan lebat. sabtu ahad konon badan mcm ok, dapatlah jugak masak Agaknye badan penat kot, pagi isnin rasa mcm lesu, nak celik mata pon payah biasa lah mak yong mmg banyak ragam. akan ade satu waktu memang akan korang rasa lesu semacam.. badan mintak rehat

Isnin tu  E.L mmg aku rehat sungguh2. mirzal belikan breakfast siap2. dah pesan jangan buat ape2. I is goyang kaki lah... dah kata badan nak rehat kan.... 


Alhamdulillah... 12 minggu 


Bagaimana bayi anda sedang membesar

Wajah bayi anda sedang berubah. Matanya, yang mulanya muncul dari bahagian sisi kepalanya, kini telah bergerak mendekati satu sama lain dan telinganya sudah hampir berada di posisi terakhir. 

Sekarang ialah masanya di mana tisu-tisu dan organ-organ yang telah terbentuk dalam badan bayi anda membesar dengan cepat dan menjadi matang. Usus bayi anda yang bermula sebagai satu bengkak besar dalam tali pusat, akan mula bergerak ke dalam lubang perutnya tidak lama lagi.


sumber : http://www.babycenter.com.my/a25015415/hamil-12-minggu#ixzz3brvqcnH7


Ada banyak beza antara anak pertama dan anak kedua.. nanti lah aku ceritakan.. buat masa ni badan masih lemah.. entahlah.. kadang org nak kata aku ni ngade2 ke, manja ke, ape ke... kata lah... Mungkin mereka yang berkata sihat walafiat dan rezeki mudah mengandung hingga bersalin. Doa kan aku juga sentiasa sihat dan dipermudahkan.

Terkini :-
Masih muntah2
kekadang badan menggigil tak menentu
sentiasa rasa kesejukkan
Sakit pinggang kadang2 boleh buat menangis. serious tak pernah rasa sakit mcm ni
Kebanyakkan apa yang di makan biasa nya akan keluar balik.
Breast masih bengkak susu (kael dah stop, tp susu masih banyak ) kadang rasa mcm nak demam
Malam2 dah tak boleh tidur.

Esok lusa sihat la ni..insyaAllah..

**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

No comments: