..::Wawa Yusoff::..: ..::Melaka TRIP 2015::..

Friday, April 3, 2015

..::Melaka TRIP 2015::..

Assalamualaikum

Alhamdulillah last weekend dapat jugak kami berkumpul 1 family kat A'famosa resort melaka yang ditaja oleh kakak kami Awon. Moga berlipat ganda rezeki awon lepas ni. in shaa allah 

Walaupun aku sampai lambat, dalam pukul 5 cenggitu dapat jugak lah berendam dalam kolam petang2 tu dengan kael dan anak buah yang lain. tujuan utama aku berendam malam tu sebab kepala dah nak jadi migraine. sakit melampau disebabkan game netball pagi tu dlm keadaan panas terik yang sangat2. Dapat berendam petang tu lega terus!

Akak awon aku yg depan tgh pangku aina budak baju kuning buat peace 2 tgn. ehehehe.
Ko tgk aku tu.. gaya ala2 sangat sibuknya. org tgh begambar pon phone asik bedering2

Malam tu dinner kat Kuala Sg.baru. Malam tu aku letih giler. mirzal pon letih sangat2 so malam tu balik dinner takde activity sangat pon. Esok nya bangun lagi awal2 dan sambung berendam dan pagi tu aku tak tau kenapa kael ketakutan semacam tgk angin. sungguh aku tak tau. tak pernah2 dia mcm tu. nak mandi kolam pon dia takde mood sangat. last2 simpan je dia dlm rumah tutup segala langsir.orang bekubang kat luar dia layan kartun. tak kesah lah janji dia tak nangis2 ketakutan. kesian tgk dia.


Tengoklah ni ha kemain lena. nangis punya nangis letih. lelap.

Selesai je amik gambar semua terus gerak ke bandar hilir. singgah makan dulu. naik menara taming sari dan naik melaka river cruise. melunaskan permintaan mak. lagi pon kalau dah sampai melaka tak pegi bandar hilir dan tempat2 yg best ni memang rasa tak lengkap. So, Mesti pegi! walaupon sekali seumur hidup.. :)

Dari menara nak ke River Cruise kami naik beca. kalau nak jalan takdelah jauh sangat pon tp kami kesian kat mak bapak. Untuk usia mereka tu tak gamak nak suruh jalan kaki ke river cruise. lagipon memasing dah lama tak rasa naik beca. anak2 pon eksaited semacam je :p

BECA
dari Menara Taming Sari --- Melaka River Cruise
RM 10 -Sehala-


Kat dalam menara Tamin Sari. Eksaited budak cendawan tu


Tengok tu, tak gayat langsung dia. berani je bediri bejalan begambar

MENARA TAMIN SARI
Adult
RM 20.00
RM 15.00 dengan MYKAD
Kid
RM 10.00
bawah setahun FREE

Suka tgk gambar ni. Anak ayah sangat ni

Seronok memasing! Kael kat belakang tu dah senyap layan angin mcm nak terlelap. LOL
Family abg je tak dapat join, diorang gerak sg.buloh dah.

MELAKA RIVER CRUISE
Adult
RM 15.00
RM 10.00 Dgn MYKAD

Kid
RM 5
Bawah setahun FREE


Masa perjalanan lebih kurang 30-45 min rasanya..
Aku pun tak igt..
Tapi rasa lama juga dalam bot..
Puas hati juga laa.. Lalu kat kg.Morten yg cantik2 rumahnya...


Rancangan asal nak naik malam tp perjalanan tak menjadi seperti yang dirancangkan.. 
Naik siang pon boleyyy :p

Overall short vaccay yang memuaskan hati. Asal cukup ahli keluarganya dah cukup happy dah kami



 **********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

No comments: