..::Wawa Yusoff::..: ..::Erdawati Oh Erdawati::..

Thursday, January 8, 2015

..::Erdawati Oh Erdawati::..

Assalamualaikum,

Fuh. sakit2 jantung kami laki bini minggu ni. Sungguh. Sakit segala organ dalaman dari kepala sampai hujung kaki. kael pun dapat tempias jugak

ERDAWATI

Seperti yg korang tau kami ade business Kereta Sewa -LINK-
Dan kes kehilangan/kecurian kereta kami sebenarnya lebih kepada DILARIKAN oleh customer iaitu penama seperti yg di atas. Atas nasihat polis kami cuma boleh war-war kan atas kehilangan untuk siasatan bukan atas kecurian.

ok. terus kepada cerita!

29 disember 2014
Al-kisah, Mirzal mcm biasa la sewakan kereta, kali ni yg pelik aku tak diberitahu utk dia pegi hantar kereta dgn kawan dia. Esoknya baru dia cakap kat aku yang dia bagi sewa, tapi dah dia baru perasan yang IC customer tu Permastautin Tetap (bukan warganegara) dengan bayaran sebanyak RM 160 sahaja dan tanpa deposit, tanpa gerento. Aku dah start la risau la jugak sebab gamble sangat ni.
aku cakap, takpe... kadang org kita lagi jahat dari org luar.. 
(muka mirzal mmg nampak risaunya)

30 Disember 2014
Mirzal call utk confirmkan dia hantar kereta esok sebab ade customer lain dah tunggu, dia angkat mcm biasa dengan ayat "alamak dik... akak kat temerloh ni... akak lupa nak cakap akak nak pakai sebulan.." Deng.....!!! Tepuk dahi laki bini. ok, xpelah.. mirzal suruh bank in dan mula lah sesi tawar menawar dan ayat yang buat kami curiga adalah :-

1. Alaaa dik.. bagilah murah2.. kereta ni kan dah habis bayar..
2. Boleh la bagi akak murah2.. kita tolong melayu sama melayu....
-ini ayat2 standard untuk ko tau org ikhlas ke tidak-

kemudian dia mintak no.account dan janji nak bank in hari sabtu pukul 8am. Ok, rilex lagi, tunggu. Pukul 8.00 pagi sabtu tak jugak bank-in. cool lagi siap pegi kelas kat HQ shaklee sampailah ke malam dia kata nak bank-in ISNIN pulak. Eh, melampau pulak ko ni kakak!
Balik dari kelas, singgah rumah dalam 15 minit je kot nak solat maghrib terus gerak ke Rawang ikut alamat bil api rumah dia kat Tasik Puteri. Dan ternyata.............. BIL itu ialah rumah yang KOSONG.
-ok kak, takpe. ko menang- moh ler kita balik. kael pun dah ngantuk-

5 Januari 2015
Dia kata nak bank in harini kan?? Sampai ke sudah takde, call taknak angkat, mesej reply ala kadar. kejap2 off Hp masuk voicemail. masa ni kalut mmg kalut. tapi dia asik cakap nak bank-in kalau dah penipu tu mmg penipu. kitorang dah gertak dengan report polis bagai tau tak. Tapi dia mmg dah biasa buat keje keji mcm ni ape dia heran.....

6 januari 2015
Aku take over, dengan Mirzal dia mmg tak makan saman dah, mmg kebal bak hang! Aku mesej baik2 pakai phone mirzal mintak dia angkat call dan bincang elok2. ok ,lega dia mau angkat dan aku kata aku owner kereta dan. itu income aku dan anak2, itu bukan kereta mirzal (tak pasal dapat dosa menipu) 
Dia tetap kata nak bank-in, dia kata aku nak pakai duit kan, dia bagi lah duit kat aku 
(ko ingat aku desperate sangat dengan duit ko kak. tampa kang). 

Dan aku terpaksa pancing dia dengan ayat :-
AKU : ok kak mcm ni lah... saya halalkan beberapa hari ni yg akak dah pakai, akak pulangkan kereta saya je dan saya takkan tuntut ape2 bayaran, atau pun kalau akak taknak jumpa saya akak tinggal jela kereta kat KTM

ko tau dia jawab ape?? 

PENIPU : OK akak tinggal jela kereta kat KTM jela ek, lagi senang, kunci akak letak kat tayar depan sebelah kanan 

SEEEE........!!!! Ko nampak tak betapa DAH BIASA nya dia buat kerja2 KEJI mcm ni....!

kesudahannya kami tetap x dapat kereta... kui3. Malam ni jugak aku ni baru digerakkan hati nak Google nama dia dan aku menulis begini ERDAWATI PENCURI KERETA SEWA dan mcm nak tecabut urat kentut bila tgk result kat google. kalau ko tak caya gi google. Nama dia TOP LISTED dalam seanrai PENCURI ko tau tak?!

Masa ni.............. tuhan je tau.
Aku dgn mirzal dah terdiam sekejap. tak sangka pulak yg kitorang kena deal dengan PENIPU dan PENCURI handalan Malaysia. hahahaha. 

Yang ni semua SMS dari aku. 
ko boleh tgk la berapa banyak yg aku bagi berapa pulak yg dia reply.
 


ni serba sedikit SMS janji2 busuk dia tu la. Ade berlambak lagi sebenarnya. tak daya aku nak screenshot segala. penat kot. hehehe

7 januari 2015
Mirzal Call mangsa2 yang pernah TERKENA dengan perempuan ni dan diorang cakap dia akan buat kereta kita macam mak bapak dia punya, biasanya kereta akan dapat balik dalam 2 minggu atau sebulan dan dia akan tinggalkan je kereta kita kat mana2 dia suka. Biasanya sekitar Selayang, Batu Caves, Gombak dan Rawang.
Mirzal decide untuk buat police report yang betul2. Mesti pelik kan kenapa kitorang buat report lambat. 
(yang ini maklumat sulit, tak boleh reveal atas nasihat polis)
Pagi, mirzal pegi report kat Damansara Damai, Petang kitorang kena settlekan kat IPD Sg. Buloh, Maghrib baru kitorang sampai rumah. Kael sampai tido lah menunggu selesai urusan kat IPD. 

Tengahari mirzal gaduh dengan dia kat SMS sebab dah hilang sabar.. bukan mirzal je, aku pon... LOL :-

Yang ni semua dari aku ke dia:-
ko nampak tak tu? Dah aku maki kan sekali baru reti nak reply mesej.
Semua org pon sabar ade limit weyyyy... ha, tu dah habis sabar dah. tp kejap je. nak bagi dia bersuara je sebenarnye. keh3..

 
Ini Mirzal copy dari internet bagi kat dia, Terus reply marah2, siap CAPS LOCK lagi.
hahaha



Dan aku keep on pushing dia dari pukul 5 sampai lah pukul 7++ kot. setiap 2 minit aku hantar mesej suruh pulag kereta. Gasak lah ko, muntah baca mesej :p
Dan akhirnya....... USAHA YANG BERBALOI






Alhamdulillah... 
SMS yang terakhir dia tulis 
" Aku dah letak kereta ko. Amik sekarang"
Kwang hasam punya perempuan -,-

Mirzal mintak tolong si Romji, officemate dia dan jiran kami jugak. Pegi amik kereta.
Ko tau dia tinggal kereta kat mana??

SELAYANG MALL dengan KUNCI kereta dia campak BAWAH TAYAR BELAKANG

11 pm mirzal balik dalam keadaan senyum masa tu aku tgk dia tak tau nak syukur mcm mana lagi dah... tak terucap. Alhamdulillah semuanya selesai.Ini lah org kata kalau kita nak berhadapan dengan penipu, kita kena jadi Penipu. tak pasal2 kan... haadoiiii...

Ada banyak cara dan bentuk pertolongan, macam aku share info kehilangan, aku TERIMA KASIH kat semua yang war-war kan masalah kami. Mungkin jugak si beliau nampak apa yg korang kongsikan kat Wall masing2. Ikhtiar kami ialah try call dan mesej dia TANPA HENTI. Tak pernah give up walaupun ko tau ko takkan dapat contact dia pon.

TIPS kalau berhadapan dengan ape pun masalah yang melibat manusia :-
1. Mintak tolong dengan Allah
2. Solat Taubat
3. Solat Hajat
4. Solat Dhuha
5. Baca Yassin yg ni akak aku ajar sampai kat setiap ayat ade perkataan MUBIN, Ulang 7 kali
6. Doa pada sujud terakhir minta dilembutkan hati manusia berkenaan
7. Mintak dilembutkan hati kita untuk terima dan Redha dengan keadaan
8. BERSERAH sepenuhnya dengan Allah

Aku bukan nak riak, JAUH sekali. aku cuma berkongsi apa yang aku amalkan.
Sungguh. korang kena faham,
"Lagi banyak kita mintak tolong dengan orang, Lagi kurang yakin kita dengan ALLAH" "Takkan bergerak walau sebesar zarah tanpa izin Allah, Nyata" 
Allah gerakkan hati dia untuk memulangkan kereta kami.

Alhamdulillah rezeki masih berpihak kepada kami, dalam seminggu kami dah dapat balik kereta dalam keadaan yg baik. Tq untuk semua moral support terutama, family, in-law and ALL of u.
Syukur.

And Again..... :)

46 comments:

Syima Syaz said...

Ya Allah perangai camni pun hade? Apa jadah dia pangkat besar ke tapi napa nak menipu n beli lah kereta sendiri...aiyoooo.... Macam2 peel lah sekarang ni...
Apa2 pun syukur lah dah selamat... Elok2 n sebaiknya tukar kunci... Paham2 lah bila orang macam ni kan, patut kita yanh marah tapi nanti diorang yang lebih2....

CikNaa said...

abis jugak baca.. berdebor haih! kuang asam nya 'akak'

Amal Salleh said...

ERKKK ade gak manusia gini ek ? ALLAH .. moga ALLAH ampunkan dia n dia jadi manusia lagi baik pasni .. sabo e wa ..
ALHAMDULILLAH da dapat balik apa y milik korg ..
TC !

Allene ALineWorks said...

fuhhh... dasyat penyangak tu.. ko tarik ker report tu wa??? klu aku jgn harap la...

e k i n ♥ y u s r i said...

aduhai manusia mcm nie
alhamdulillah dah dpt balik keje

e k i n ♥ y u s r i said...

*kete

Aeen said...

Alhamdulillah..semuanya dah setel skang ni kan...lpas ni kene lebih berhati2 la kan nak bagi orang sewa...

nadiah hanum said...

Fuiyoo..adventures sungguh...berdebar jer baca! Apapon alhamdulillah dapat balik kereta

mama leen said...

Alhamdulillah.

Yana MIB said...

pehh manusia mcm ni pn ado..menyirap je aku bc entry ko ni wa...adoyaii...

satu je aku boleh summarize dlm kisah ni...mana² perniagaan, urusan jual beli, klu jmpe customer yg awal² dh byk songeh mtk murah la itu lah ini lah...JANGAN bagi dia sewa or jual apa² brg dgn org tu! pnh kena gak dulu..cuma bkn kereta la...huhu~

syukur semua dh selesai...xyah tarik report polis tu...biar kan je..bkn apa, xnk org len pulak jd mangsa..biar kena tangkap terus lg bagus! hehh~

safurara said...

Ya Allah wa! kalau aku lah.xtau lah nk ckp mcm mana.eh wa, nk tny ni.masa hantar kete tu, pompuan tu mcm mana? ok ke x? nmpk ke mcm ada degree.and till now dia masih lg x tertangkap ke?

anakomak said...

Salam... dasat arr kes ni..btw bila tgk ic no tu.. ada negeri dgn code 71 ye?

Anonymous said...

X jadi ahh nk buat sewa kn keta...cam high risk pulak....

I 'm T i e r a said...

Adoiii la macam2 huhu.
Da printscreen semua kisah dia kt internet..mesti dia gelabah n x sangka jd bahan prbincangan kt blog2

Mama Kembar 3 said...

ishhh camni punya org pun ada. Alhamdulillah dpt balik keta dlm keadaan elok kan. Lega.

Julia Johari said...

Ermmm dah baca wa...ishhh selayang mall eh...ntah2 hakak tu dok area situ2 je kot...dah la dkt ngan umah aku....puiiiiiiiiiii

All in One said...

Kalau tarik report dia akan terus buat peel dajjal ni kat orang lain pula

DiLa oL'sKooL said...

Fb: erdawati zulkarnain

Anonymous said...

Kalu aku dh sebat dh org mcm ni...sampai lubang cacing aku cr...prangai mcm ni bkn manusia tp prangai setan

Anonymous said...

Sy dh pernah kena..dia sewa keta viva jgk..asalnya sewa sehari tanpa deposit, pastu smbg lg 3 hari tp duit xbyr..pastu ad hati nk smbung lg sebulan..dia ckp nk balik kg la..punya susah nk mintak dia hntr keta, last2 sy ckp kt dia keta xservices lg kena services perodua je, buku services ad dgn sy..sy ckp nk tukar viva tu dgn viva elite baru..umpan je tu sebenarnye..hehe..

Dia pun termakan umpan, sy set up jumpa kt bustop kt pasar borong selayang..sy bwk viva elite baru, smpai2 sy xbg keta viva elite kt dia..lepas gaduh2 (perang mulut dgn pompuan sundal)
sy tggl kn dia dgn tunang@kwn lelaki dia di situ dgn brg2 dia sekali (y penuh dlm keta)..

Citer ni terjadi julai 2013

Ni no dia dulu,
0173359647 erdawati pencuri

Nurani SHAKLEE said...

kita yang baca pun sakit hati..

macam-macam perangai orang sekarang.

buat "akak" takde duit buat cara takde duit huhuhu

Anonymous said...

babi la sombong nk mapuh.. dop padan buat salah dgn org.. die la yg patut mntk maaf

afee aziz said...

Just for sharing. Kes macam ni boleh disisiat bawah seksyen 403 kanun keseksaa menggunakan harta orang lain dengan salah.. cuba habaq kat polis. Bukan bermaksud kita bagi sewa kita bagi selamanya...

Anonymous said...

X phm.. kalo dh bnyk aduan, knp xde wat report?

Anonymous said...

Thanks for this sharing :)

Anonymous said...

wwww.katsana.com kalau nak bagi sewa x risau leh trace kete kat mana

Wann Wanda said...

Eee hanatnye prangai mcm ni...debor2 jantung kite bace..hihik
alhamdulillah smua da selamat...
so dia mmg xbayar la rental tu?

Anonymous said...

Pasal tu kene buang koje kot...

ItsJustMe said...

sy ade share citer ni.
zaman skrg pelanggan lagi byk penipu dr peniaga..

Linda Lindosh said...

fuhh. tak habis dengan degree n gaji besar. risau jugak nak buat bisnes keta sewa ceggini. adehhh hahaha

Nurul Zakeyah a.k.a Jacky Bass said...

Psyco org camni. Mmg jahat,kerja menipu je.

wan ezzryq said...

Saya kena tipu dengan organiser event foodfiestakl n festival pengantin malaysia. Penipu nama lina n reza. Sharlina dan reza. Mereka juga yg tipu duit black hanifah. Berhati-hati lah semua ya.

Anonymous said...

Mungkin perempuan yg ada degree ni sgt terdesak.Tapi walau apa pun itu bukn alasan dia nk buat harta orang mcm harta dia.Saya sgt tertarik dan bangga dengan wawa yg tetap mendoakan yang baik2 buat erdawati ini.MasyaAllah 😊

Alia Ali Ahmad said...

sakit hati lak aiii baca,,, alhamdulillah.. dpt juga akhirnya

Anonymous said...

Jgn tarik report kasik dia masuk kandang baru dia insaf

Anonymous said...

Org mcm ni jgn tarik report..kasik dia duk dlm kandang baru dia tau insaf

Zool Altimat said...

Salam wawa,atek ni,erdawati ni mmg dah lama wat job ni,mmg dh byk tekod ,apa² isu klu bab carrental ni,roger²,kita ada group se-malaysia,apa² pun alhamdulillah dah jumpa.

Anonymous said...

Kenapa kita tak trace guna kwsp ke utk dptkan tempat keje dia?

Anonymous said...

Jika nak buat business sewa keter sila pasang GPS walaupun mahal janji keter tak hilang :)

Dari hamba Allah

mama 3farhanah said...

Saya yang baca ni pun sakit hati. Punyalah dia nak senang tapi sampai menyusahkan orang lain. Kuang asam...

Anonymous said...

rasanya klu legal bisnes, bleh pasang 1 alat ni kt kenderaan.. pemilik asal je bleh pegang 'suis' ni.. once on, kereta akan mati sendiri..

Anonymous said...

Nk tanya..jadi ke tarik blk report?

Masmira Mansor said...

"Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas dengan kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, maka itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."- La Roche

Hamelia Hamid said...

semoga tak de lagi insan lain yang akan jadi mangsa manusia macam ni.

Fiza Rahman said...

Pheewwww...habis pon baca tanpa tinggal sepatah pon. Alhamdulillah...dapat balik keta tu. Sakit hati jer baca. Better jgn tarik jer report tu. Bagi pengajaran sbb dah ramai yg kena tipu kan.

Unknown said...

Pmpuan ni kje satu opis aku sekrang.. Mmg prgai mcm sundal.. Penipu x habis.. Bangga dgn dgree poiter ckup2 mkn dia.. Stock anjing betina ni!!anjing lebih mulia dr betina ni!!