..::Wawa Yusoff::..: ..::Mommy..Susah Hati::..

Wednesday, November 12, 2014

..::Mommy..Susah Hati::..

Assalamualaikum...

Dengan rahmat allah, 
moga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik hendaknya.. amin :)

Aku rasa rata-rata dah tau masalah aku buat masa ni kan.. Kekusutan jiwa dan hati. Mencari yg terbaik untuk kael si budak cendawan. Ummi liza pengasuh kesayangan kami nak pindah. 
Aku rasa mcm ada satu perasaan kasih yang ditarik2. 
Satu rasa kehilangan yg sangat2. Sungguh. Rasa yg lebih hebat dari putus cinta 

Aku tak boleh tido. Aku tak mau makan. Kat office segalanya jadi tak kena. Semua yg aku buat tak menjadi. Kepala ligat berfikir. Berfikir apa yg patut aku buat. Siapa yg layak utk menjaga kael. Mcm mana penerimaan kael dengan pengasuh baru. Dan setiap kali tu aku menangis. Menangis takut. Sangat2 takut memikirkan kejadian2 pelik dikalangan pengasuh kebelakangan ni.

Hari2 aku bgtau dan memujuk diri untuk positive supaya yg datang juga adalah yg positive. Redha. Sungguh aku kena redha. Allah mengatur yg paling baik untuk aku, untuk kael dan juga untuk ummi liza. Keputusan utama mmg berhenti kerja tapi bila fikirkan keadaan sekarang belum sesuai, aku dgn mirzal ade impian. impian yang memerlukan kami bekerja keras sekarang ni. jadi hold dulu.

Kemudian aku terfikir mak ika. adik ummi liza yang pernah ngasuh kael. kael agak rapat jugak. lepas kawen ika pindah kuang. agak jauh jugak dari rumah kalau nak hantar dia pagi2. tapi aku fikirkan yang paling baik untuk kael, biar lah jauh sikit pun as long dia dapat yang terbaik, yang aku sendiri dah kenal, yg kel sendiri dah serasi. buat masa ni ika pilihan utama.

mak aku ade offer untuk jaga kael dalam sebulan 2 ni sementara nak masuk taska bulan 1 ni, bukan aku taknak. aku nak sangat2 mak jaga tapi nanti kalau Nyai dia sendiri yg jaga aku takut dia terlebih manja dan tak bercampur dengan org sangat. sedangkan januari ni aku nak masukkan dia kat taska yang ade aktiviti belajar sikit2 sebagai pengenalan untuk dia. Jenuh jugak nnt kalau aku nak mulakan balik dr awal untuk dia sesuaikan diri dengan org luar. 


Mommy hati tisu. anak nangis, mommy nangis, anak takmo pegi sekolah, mommy pun taknak pegi kerja.. huhuhu 

Moga Allah permudahkan urusan kami, Moga Allah temukan kael dengan pengasuh yang baik-baik,yang sayang dia seperti mana anak sendiri, yang menjaga kebajikan dia dan keperluan dia.. Amin.

**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem
Garlic : Kawal Selera Makan [LINK]

1 comment:

❤Kamsiah❤ said...

singgah pagi & follow sini..salam kenal tuan blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...