..::Wawa Yusoff::..: ..::Bizi sangat ke??::...

Thursday, October 30, 2014

..::Bizi sangat ke??::...

Ye! Super Bizi..!
Hectic Month for me..!

Weekend memang tak duduk rumah. Jumaat malam kemas2, sabtu cabut. Ahad malam baru sampai rumah, badan dah penat. letih lesu. semua ada. sampai satu tahap nak pegang hp pun terjatuh, tgh taip mesej terlelap, teringat nak call orang boleh telupa pasal terlalu letih.

Supermommy!

30.8.2014 - 1.9.2014 : 
Kat rumah mak, pg bangi, attend majlis birthday anak aton

6.9.2014 - 7.9.2014 : 
Kat rumah mak lagi, jaga rumah mak dengan ayu sebab mak pegi johor dengan bapak, mam, awon dan abang.

13.9.2014 - 16.9.2014 : 
Kelas Usrah, Kenduri Afzan, balik kampung seremban, mandi laut kat PD, Ostrich Farm

20.9.2014 - 21.9.2014 : 
Bermalam kat hotel Sri Malaysia. Kenduri Inas Nabeehah kat sepang.

27.9.2014 - 28.9.2014 : 
Sepupu kawen, jadi pengapit, Ke Mydin USJ membeli persiapan untuk family day.

4.10.2014 - 6.10.2014 : 
Hari raya Aidiladha. Ofcoz la aku kat rumah mak

11.10.2014 - 14.10.2014 : 
Ke Shaklee sunway, Sunway pyramid happykan kael, tolong mirzal survey barang untuk family day office dia, Kursus Pengkalan Data di Morib Sepang

18.10.2014 - 19.10.201 :
Family Day office mirzal kat Prima Land Port Dickson. kami menang voucher mydin RM 80. singgah rumah mak mertua, pergi Mydin seremban habiskan voucher, sampai rumah 10.30 malam. Tidur pukul 2.00 am

25.10.2014 - 26.10.2014 :
Weekend Escape dengan family aku. Lebih kurang mcm family day. kami buat kat gambang. mini birthday celecration untuk 2 anak buah yg kacak. Aqil dan Asyraf. Balik gambang singgah Deerland kat kuala gandah, sampai rumah pukul 4.00 ptg. Isnin cuti

Selasa masuk office mcm nak pitam.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Ok, ko nampak tak betapa PACK sangat2 jadual weekend aku untuk 2 bulan ni?? Sampai satu tahap aku mcm surrender gila dan taknak buat ape2. rumah malas nak kemas, malas nak masak, malas nak buat ape2. kalau bab beg baju tu lagi lah tak tau nak kata apa. malas nak unpack. baju bertimbun nak membasuh. 

Jumaat malam sebelum ke gambang aku mendobi kat kedai dobi self service tu. sumbat segala2 baju kotor siap dryer sekali. balik tu terus lipat. malas nak membasuh berperingkat punya pasal. rupanya buat mcm tu lebih bagus dan menjimatkan masa serta tenaga.

Dan korang boleh nampak tak ade berapa banyak cerita sebenarnya yg boleh aku ceritakan?? Especially pasal kursus, penginapan, sri malaysia, homestay kat gambang, waterpark, deerland dan yang lain2 termasuk foods. 
Seriously banyakkkkkkk sangat yg aku boleh share dengan korang. tapi tula mcm aku cakap tadi, jadual aku pack. lesu letih penat nak tgk PC phone pun mcm nak muntah 

Tapi kan.... di sebalik kepenatan, kesibukkan, kelesuan dan keletihan... Rupa-rupa nya ada rezeki allah dah janjikan... Alhamdulillah... Dah boleh senyum lebar. terbayar semua rasanya. Rezeki yang tidak kami sangka, rezeki untuk mirzal dan juga rezeki untuk kael. 

Yang ni kita cerita nanti, Tapi bukan rezeki Double Line kang ramai pulak nak mengkomen tahniah bagai. hahahaha 

6 comments:

Allene said...

br nak teka double line.. kikikki typical mommy sangat aku kan...

DYatie ABakar said...

Yt bc pn semput. Hihi.

umie shahidah said...

best tp penat..superbizi ni wa

Nadt said...

iols pun tak sempat nak update padahal macam2 nak share..tak sempatttt..

sumysya said...

salam kenal...jemput jenguk my blog

Chekgu Azrine said...

Semput akk baca..bizi betul la haih..hehehe