..::Wawa Yusoff::..: ..::Cuti - cuti Cinta::..

Wednesday, September 17, 2014

..::Cuti - cuti Cinta::..


Cam tau2 je korang kan aku nak update ape pasal harini...
hehehehe...cuti panjang kot! mcm2 la actvt kami. :)


 Cuti panjang yg sungguh berbaloi :)
Bawak budak bulat ni jenjalan sambil belajar.

Jelita Ostrich Farm : Seremban
RM 9.00 / adult

Kat sini macam2 binatang ade sebab dia 1 ladang dengan Jabatan Veterinar Seremban.
Kawasan ni mmg besar. Ade burung unta, kancil, kerbau, lembu, rusa, kuda, kambing, rabbit..


semua org pun tau telur burung unta mmg boleh dipijak sebab dia keras,
Tapi masa aku naik ni org tu dah remind yg tiada jaminan untuk telur tu tak pecah,
Dia bergantung pada kuning telur kat dalam tu, kalau pecah kuning, pecah la kulit luar dia.

Pernah sekali dia kata, org yg berat nye 80++ kg naik x pecah, 
elok dia turun budak umur 15kg naik terus pecah. 
aku pun mcm cuak jugak nak naik. mahal kot telur tu. Sebiji RM 60

Sebelum pijak tanya dulu kat dia "kalau pecah kat, saya kena ganti x?" haha, ko tgk betapa cuak nye aku. Dia kata x pyh ganti pun sbb diorang lagi suka tgk, telur tu bukan pecah, dia akan meletup mmg kuyup dengan telur la kita kalau kena, sbb tu kat situ toilet sume langkap dengan sabun sbb mmg ade je kes telur meletup ni :D


Ini kesah budak cuak sbb kambing keliling mcm nak cium2 dia. hahahah

kalau kambing dengan rabbit tu x de pun dalam kandang, bersepah2 je dia kat tempat ni, siap datang dekat2 kita lagi mintak makan.Kalau kambing lagi la. sikit pun x nak begerak. jangan kata jagung, plastik jagung pun dia kenal, baru keluar dari beg nak bg meluru banyak2 dtg kat kita. tu yg elman menjerit tu. haha

Kecintaan. 

Elman kat sini agak behave jugak, ikut je kami, suruh begambar pun ok je, enjoy jugak la dia dengan actvt kat sini, mulutnye berceloteh non stop :)


Kemain suka nau laki aku ni

Ko tatap jela muka abg ladesh ni ye.
Aku sendiri tak gamak nak tgk muka sendiri.
muka cuak + gayat + eksaited + menyeringai + segala yg buruk


Ade byk actvt kat sini, selain bwk anak2 main dengan binatang kat sini, boleh jugak bwk naik burung unta, bagi2 makan, boleh naik kereta kuda dan jugak boleh tgk lumba burung unta, best :)


Blue Lagoon : Port Dickson : Negeri Sembilan

Nak pg PD ni rancangan on the spot, esok nak pegi malam ni baru mirzal bersuara kat mak dengan adik2 dia. Bila semua dah setuju maka berdesuplah kami ke market membeli kudapan dan makan2 untuk esok,
bangun pagi2 hujan lebat kat seremban, dengan harapan kat PD panas.
Harapannnnn.....sampai PD hujan boleh tahan. tapi nasib agak baik jugak hujan tak lama, air pun cantik tinggi, sejuk. sedap mandi.
lepas cari tempat bentang tikar semua, mirzal pg bwk elman tukar swim suit dia, sekali toleh cari punya carik dah selamat berada di dalam laut bersama pelampung kuning. kemain laju ko bang. x nyempat nak tanya anak ok ke tidak.
Balik dari PD singgah kampung kat pedas pulak jenguk sedara. dah lama x balik kampung, sampai rumah mandi2 kan si elman, bagi makan nasik pukul 6.30 pm dia dah tido. ngantuk sangat gaya nye.
Seronok balik kampung cuti kali ni, mcm2 actvt, rasa cukup seronok dan cukup lengkap sampaikan mirzal nak belanja handbag semalam pun aku tolak. eh? hahahaha. Sebab aku rasa dah cukup complete sangat2 dah sampai tak perlukan ape2. 
Tapi.......................penolakan terhadap sesuatu yg percuma itu adalah tidak normal maka... aku mintak converse seketul. ok, puas! jom balik sg.buloh :)

No comments: