..::Wawa Yusoff::..: ..::Salam Kosong-Kosong::..

Friday, July 25, 2014

..::Salam Kosong-Kosong::..


hari ni nak sembang kosong je. 
MOOD RAYA IS ON


sekejapan ramadhan dah nak sampai penghujungnya..
Tetiba rasa sebak sangat2. Harap kita semua bertemu untuk ramadhan yg akan datang.

untuk ramadhan kali ni alhamduillah lebih baik dari yg lalu.
Dari segi fizikal dan rohani.
Klu tahun lepas Elman sakit, aku sakit.
hari raya kedua baru kael sihat sepenuhnya.
Tahun ni Alhamdulillah... Puasa lebih sempurna.

Dari segi juadah, aku boleh dah nak mendabik dada.
kahkahkah!
Boleh kira la berapa kali mkn kat luar, berapa kali pegi bazar,
Selebihnya...homecook! hehehehe
Puas hati sangat2. Mirzal pun syiok je membeli lauk sebab bini dia ni dah rajin masuk dapur 
*krikk..kriikkk*
------------------------------------------------------------

Untuk harini, aku masi bekerja. Tp separuh hari sahaja, Lega sesangat dapat half day. banyak lagi nak settlekan kat rumah tu sebelum balik kampung mirzal mlm ni. Tahun ni turn seremban. Memang dah get ready untuk kemeriahan raya yg sangat2 bermula dengan hari Mantai ahad ni. Mungkin tahun ni Elman Mikhael lebih faham sbb dia dah besar, dah berakal dan semakin byk akal. harap sangat elman mikhael memberi kerjasama yg sepenuhnya.


Di kesempatan ini, aku nak mintak maaf kat korang SEMUA yg pernah membaca blog sendu ini. Dari Lebahmerahjambu.blogspot.com hinggalah www.Wawayusoff.com. Terima kasih yang tak terhingga.
Mintak ampun mintak maaf atas keterlanjuran penulisan kalau ade pernah membuat korang terasa. Aku tak pernah niat ke sesiapa, dan klu korang rasa mcm terkena itu mungkin kebetulan sahaja.

Apa yg aku catatkan kat blog ni semua nya berkisar tentang kehidupan sekeliling aku, apa yg aku lalui, apa yg aku dengar dan apa yang aku rasa. Aku mintak maaf banyak2 dari korang ye. Kalau ada yang pernah terasa hati atas penulisan aku boleh je nak contact aku. Kita boleh bincang hati ke hati gituu.. hehe

Apepu aku ucapkan, Selamat hari raya untuk korang semua.
Kepada yg balik kampung tu drive hati2,
Dan yg jd co-pilot tu janganlah tido je, Temanlah driver bersembang,
Untuk isteri urut2 lah sikit bahu husband kot2 klu tgh mengantuk,
Kalau perjalanan korang malam, sediakan makan minum secukupnya dalam kereta.

SELAMAT HARI RAYA SEMUA
*Salam Kosong-Kosong*


No comments: