..::Wawa Yusoff::..: ..::Tomyam Seafood::..

Wednesday, June 4, 2014

..::Tomyam Seafood::..


Semalam petang,
Ntah tiba mcm nak masak tomyam. Padahal x pandai pun. 
Tapi serious, aku ni x pandai masak. Tp suka masak.
Food tester of kos la laki aku. Sedap atau tidak aku paksa jugak dia rasa :p


Mak-mak sangat rasanya bila balik keje pi kedai memborong lauk. selalunya mirzal yg buat bab2 membeli ni. aku tukang masak je. Tapi 2,3 minggu dia asik membeli ayam je aku pulak naik jemu nak masaknye. 

1 pe'el laki aku ni selera dia bermusim, Kalau nak makan ikan keli, berminggu2 la dia beli ikan keli, tiba masa nak makan ayam, berminggu2 jugak lah dia beli ayam,

bila tiba masa dia rasa nak makan kat kedai  feveret dia mmg dia takkan beli lauk utk aku masak. tu kadang aku dah muak malas nak keluar, nak masak pulak lauk xde kadang tu yg jadi kek la, puding roti la, ciskut la. asal boleh je. janji aku tak payah keluar makan. koman2 pun aku masak burger. LOL.

ok, sekian bebelan seorang isteri.

Bahan-bahan mudah dari aku yg baru 2 kali masak tomyam. 
kohkohkoh!

Tomato sebijik
Bwg besar sebiji
Carrot
Bunga kobis
Halia
Daun limau purut
Cili api
Bwg putih

Udang dan sotong sahaja. Kalau ade ketam lagi sedap.
Aku guna pes tom yam plak kalini. before this pakai kiub tu mcm x kick la pulak rasa nye



ok, Siap untuk dinner!!
Cukup la utk perut 2 org setengah :p
Tambahan jejari ayam aku gorengkan utk snack kael. dia suka tu. 
pagi td pun aku bekal kan mende ni je.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...