..::Wawa Yusoff::..: ..::Fasa Tantrum Elman Mikhael::..

Tuesday, June 10, 2014

..::Fasa Tantrum Elman Mikhael::..



Budak ni??
Phewww. Lap peluh jap.
ye, belum nulis dah lap peluh ngenangkan perangai yg dia baru dapat 2,3 hari kebelakangan ni.

Tantrum tahap melompat2, selagi tak dapat ape yg dia nak selagi tu dia menangis merayu,
semalam dah dibukak baju sbb dia mandi bedak sebotol kat umah nyai nye,
dia ngamok sakan aku amik bedak tu,
nak lap kan badan sbb nak balik umah, dah mlm.
mengamuk2 taknak bukak baju, bila dah aku bukak, masuk terus dlm beg,
Yang geramnya, lagi dipujuk lagi mengamok. 

Grrrrrr......!!

EH..?? dia bukak balik beg tu...........
keluarkan baju yg tadi. nak jugak pakai!
Sudah nye, badan tak ber'lap, baju tak bertukar.
Pakai jugak la baju yg penuh bedak tu pulang kerumah.

*******************************************
Kael, nak tau tak?
mommy ni kadang ada jugak rasa mcm nak tukar hijau,
tp belum berjaya lagi,
mungkin sebab tu kamu jd lemak kot?
tp mommy positive je kata ni perangai baru awak.
Mommy cuba je ikutkan dulu...

mommy tak kesah awak nak sepahkan rumah,
tumpah bedak, tumpahkan air coklat dan berenang bersama,
mommy jugak tak kesah awak angkut semua periuk sudip mommy ke depan TV jadikan bahan mainan,
Dan jugak mommy lagi tak kesah bila awak keluarkan semua buku2 awak dan menjerit2 mintak dibacakan walaupun awak tau masa tu mommy tgh beketuntang kat dapor, atau pun awak naik atas mommy masa mommy tgh sujud pun mommy tak marah

Tak, mommy tak kesah semua tu. Silakan lah...explore, belajar.

TAPI.........

kalau mommy tegur dengarlah,
kalau mommy marah..diamlah,
kalau mommy pujuk..terimalah...

So, awak nak berapa lama utk practice perangai baru ni??
mommy bagi awak masa 2 minggu je,
after 2 weeks kalau perangai baru masih berterusan,
siap kamu.
mommy rendam dalam kolah masjid!

ok?? Deal.

7 comments:

Syima Syaz said...

wa.. tu nama dia UJIAN. heheheh

aznor ibrahim said...

mami rendam dalam kolah mesjid..hahaha.saba mami saba.kael nak cerdik tu

Aeen said...

dugaan..heheh..bersabar la selagi boleh sabar yeh...ain pun tengah alaminya ni....bukan takat betukar jadi hijau..nak bertukar jadi merah pulak.....heheh..

Cik Asma BLuppy said...

sabar ye mommy. saje nak tarikkan perhatian mommy la tu.

Liyana said...

Heheeh tersengih2 baca entri ni...faiq pun klu tantrum ya rabbi mak nye bertukar itam terus lol

Maria Yusoff said...

da namanya budak wa. tp, perangai yg camtu la kadang2 buat kita akan tergelak sendirian. Kakak aina yg da 3 tahun tu pun masih tantrum lagi. Sama la cam perangai kael tu. Dia nak semua2 dgn cara dia gak. Slowly ajar dia berdisplin. In shaa Allah...kael anak yg bijak. Sampai satu tahap nanti, hilang tantrum dia..wa lak yg akan rindu. :-)


"Kael, mommy tu sygkan awk, sbb tu mommy kasi warning awal2"

veesakura said...

hahaha!! abes la kael, mami dah bagi warning tuuuu