..::Wawa Yusoff::..: ..::Percubaan utk Malam Pertama::..

Wednesday, May 7, 2014

..::Percubaan utk Malam Pertama::..


Sebelum aku terlupa, meh la aku nak cerita sikit al-kisah malam tadi yg buat mata aku bagai ade setan yg bergayut suruh tutup dan tido! ergghhh -,-

Elman Mikhael, seperti yg korang tau dalam usaha utk wean off. Utk 2 minggu ni aku stop ESP maka, production pun dah kurang. ESP mmg milk booster aku yg sangat serasi. Dan lepas tu kenapa aku rasa mcm tiba2 nak sign up jadi shaklee member pulak ni?

Ok, skip. sambung cerita malam tadi. Utk makluman korang, kael dah mahu minum fm dalam botol. Hoyey! satu kelegaan buat aku setelah agak susah hati pada entry yg lepas kan [LINK] . start weekend haritu kami balik seremban. walaupun aku tau kael takkan minum botol kalau dengan aku tapi aku gagah jugak bwk segala susu dgn botol dia, siap dengan thermos air panas. Ko tgk, betapa bersedia nye aku. muehehe. Kat seremban rajin2 jugak la aku menanya dia nak susu ke tak dan everytime aku tanya mcm tu dia akan jawab... "anak..." (taknak) tapi kat seremban aku tanya dia jawab... "nak mi...nak ziuzu" ye, dia panggil susu dengan panggilan "ziuzu" ape ke pelik pelat kamu ni kael. S jadi Z. LOL :D

Dia jawab je camtu aku pun bergegas la pi bancuh susu. 5 oz sekali minum dan habis. siap mintak lagi. huehuehue. I is sangat suka. dan lepas tu mmg dia nak minum botol kecuali nak tido. Dia akan mintak candu dia seperti biasa. But, oklah. Waktu siang tu dia cuma melekap dengan aku 3 kali je itu pun semata utk tido. lain2 waktu aku offer dia botol atau dia sendiri akan mintak.. "ami... ziuzu...nak" Bahasa dia mmg tonggang tebalik sikit. kebiasan nya mmg perkataan NAK kat belakang.. Contoh.. "amam...nak!"

cukup utk mukadimah yg aku panggil makluman. muahaha. Kesah malam tadi si kael byk minum susu botol. Jadi, masa nak tido aku nak testing la bagi dia lelap sendiri. sembang2 dengan dia cakap "nenen dah habis..." dia pun minum sekejap agaknye mmg dah sikit sbb aku stop ESP dan aku puasa pulak tu dia pun asik ulang "da abih..da abih.." pastu dia minta botol aku pun buatkan lah dan dia minum golek2 atas katil dengan kami dan begitu semangat yg aku rasa dah nak berjaya utk dia tido tanpa melekap. hehehe. settle botol dia mintak gosok belakang badan "atak....mi. atak... aaaa...atak" (gatal...mami...gatal.. ayah...gatal) gitu lah bahasa dia. panggil ayah masih belum ada bunyi.. hanya "Aaa" sahaja. tak cukup mommy, ayah pun dia kejutkan utk garu belakang badan dia... nampak dah dia bepusing2 nak lelap... sikit lagi nak berjaya walaupun kadang tu ada jugak nak selak2 tp aku kerap cakap dah habis dan dia x jadi lah. dan perkara itu berlanjutan sehingga pukul 2.50 am. yg akhirnya aku sendiri surrender kael pulak lelap x lelap asik nak selak je aku sumbat kan jugak. kurang dari 5 minit dia tido. 

Oklah utk malam pertama, dia dah boleh tolak ansur sikit2 bila kata nenen dah habis... usaha akan diteruskan utk ini dan malam2 yg seterusnya. Rasa nye mcm nak kena beli botol lain sbb botol yg aku ade ni 5oz je. dia pulak minum 8-10 oz. jenuh asik nak membancuh je. Dan disebabkan malam tadi jugak pagi ni mommy dengan kael mengantuk gila2. nak bukak mata pun liat. si kael pulak ayah nye kata tak boleh bangun langsung. letakkan atas motor pun tiod sampai lah kat rumah umi liza dia masih tido, tido duduk atas motor bersandarkan badan ayah nye... sian dia... :)


8 comments:

Cik Puan Rara said...

kena beli yg 9oz tu wa.heee.sian kan anak.nk wean off bukan lah perkara yg senang jugak kan.sedih lak baca.atak atak.hehehe.kelakar.princess pon kalau nk pape.nak tu mst kat blakang.bu shushu nakkk.hahaha

Nadt said...

good luck wawa..sket lagi tu nak berjaya da. saif pun sejak da x dapat nenen ni, tiap kali nk tido mesti suruh garu sana sini. dan dan je gatal tiap kali nak tido. gaknye bila garu tu ble buat dia lupa nenen tu kot.hahaha..

Fiza Rahman said...

Ok lah tu. Akk ni mcm susah sket. Si qhalif x nak botol langsung klo nak tido mlm. Melalak nak candu gak. Lagi x bagi lagi byk lak susu badan. Nak kena stop esp ngan alfalfa dulu kot :-)

FADLINA MOKHTAR said...

saya pun dalam usaha nak wean off anak saya.tak dapat2 lagi.huhu.jemput ke blog saya http://cinta-caramel-latte.blogspot.com/.

nak sign up jadik member shaklee pun boleh.jom register dgn saya :)

Amal Salleh said...

huuuu sadis juge smpi dkat 3am xtdo @_@

SyimaSyaz said...

baca semua kisah wean off, susah eh... terbalik plak i senang sebab dia sendiri refuse. lagi lah mak dia sedey...

Chekgu Azrine said...

Alahai..byk baca psl.wean off adik2 semua..
Senang je kome klu ikutkan..
Aish main stok melalak2 tau kul 2-3pg nk tetek..huhu
Mcm ssh je nk wean off..
Ssh hti sbb aish reject susu fm..
Hadoii

eyla azman said...

Gud luck sis semoga berjaya..

Faham prasaan sis

Sudi2 kan lah jenguk blog saya.. salam perkenalan dari saya