..::Wawa Yusoff::..: ..::Animasi Super Squad::..

Monday, May 19, 2014

..::Animasi Super Squad::..


-Jemputan Blogger Movie Day Out-





Seperti yg diketahui, last week adalah kali pertama nya aku membawak si kael ke wayang. Terima kasih atas jemputan BroFramestone dan TQ Yanamib sebab recommend :)

Kami sampai ontime. 1.30 dah terpacak kat registration counter. kemain awal. eksaited kata ko.. Eksaited nak bwk kael tgk wayang. dah kata 1st time untuk dia.. ehehe. Tp registration lewat sikit. anak2 dah tak keruan, yg main tangga. yg begolek beguling, yg berlari memanjat segala pun ade. Kael?? aku suruh ayah nya handle. Dia asik la berlari2. 

Bila dah start registration, maka maskot pun keluar dan bermulalah drama airmata.kwang3 :D


Haru ko tau x?!! Punya lah dia kecut dengan maskot tu. mak nye baru nak fe'feeling begambor sekali. Nak jugak lah acah2 suruh dia pegang maskot tu. Huh! baru je maskot tu keluar dia dah "Waaaaa....!! Akok mi....akok...anak...." Sedeyyhhhh!

ko tengok lah muka dia tu ha.. kesian okeh! tp aku gelak jugak. kahkah!
lama jugak dia menjerit2. sudahnye mirzal bwk lari ke bowling atas tu. terus senyap. terus eksaited main boling. pastu dah nak start tu terus masuk panggung dan selak bekal mcm biasa sbb dia pun mmg dah mengantuk.

Dan masa tu jugak lah maskot tu nak masuk lagi sekali dan sekali lagi dia buat drama air mata kat dalam panggung tu. Pffttttt....!! satu panggung suara dia saje. tp nasib lah boleh kata majoriti bwk anak so xdelah tebal sangat muka ni. dalam pada ngamuk2 tu filem pun start dan dia otomatik senyap!!

Surprisingly dia boleh terus layan cerita tu tanpa nangis, takut atau pun melasak. elok dia duduk diam dan dia sangat suka cerita ni. *Clap*


Starting cerita ni dah action dan gadunh2 ala2 letup so si kael yg mmg suka action movie ni mmg dia suka sangatlah. adrenaline tu yg buat dia suka cerita2 mcm ni. Bila tgk dia boleh layan cerita mcm ni, aku pun kagum. Dan yang bagusnya dia tengok cerita ni sampai habis!!

Untuk makluman korang Super Squad ni adalah terbitan Netcarbon SDN.BHD [LINK] 
Dan antara artis yg terlibat dalam menyumbangkan suara adalah Dafi, Diana Daniele dan Abg Laksamana Aaron Aziz :D

Cerita pada aku mmg best untuk budak2 tgk. tak boring sbb penuh aksi. ko byg kan la si kael yg super active tu pun boleh duduk diam. Cerita ni x banyak cakap sangat. Maksud aku x byk scene menyembang2 tu lah jadi budak2 pun tak boring. Kira boleh gelak jugak la tengok sebab ade selit2 mek kelate tu kecek. hehehe. Sekali lagi aku ulang, kael boleh tengok cerita ni sampai habis. ye, sampai habis!! Dan kesudahan movie date kami pada hari itu adalah apabila, si maskot masuk sekali lagi dalam panggung dan drama air mata kembali bermula dan segeralah aku suruh mirzal bawak dia cabut.. sempat jugak aku tunggu sampai broframestone abis speech dan soal jawab kuiz semua.



TAYANGAN SUPER SQUAD 
5 JUN 2014


Sila bawak anak masing2. 
Diorang boleh explore satu dimensi yang lain utk kartun malaysia dan hero kartun melayu :)


8 comments:

CikNaa said...

syok nyeeee.. ciknaa xdapat la nak tinggal si kenik rania tu..

Mommy_Cha said...

best wa.
eh aku tgk gambo furst si hadif anak lin amik gambo kahkahkah.
tergelak akuuuuu!

Allene said...

pantas update ye...hihihi
mlm ni, siap2 buat draft la..hihih

Syima Syaz said...

bagus eh dia layan kartun tu... kalau Aisya jgn harap.dia tak suka tengok tv kecuali hi5 je

Bro Framestone said...

Oh budak nie rupanya yang melalak dalam pangung tue...

Hana Soffelia said...

Masa tgk kat gojes yg undangan tu, alahai mcm best je, mcm nk joint tp apakan daya ayahnya xblh cuti.

wa, jgn kata kael, naurah pun tkt maskot tau.

Love Razila said...

Wah..syioknyer, baik...siap2 update jadual wayang =)

mrs kayrul said...

hehehe...anak aku pun diam jer tengok..layan sampai abis plak tue