..::Wawa Yusoff::..: ..::Sambung kisah insurans::..

Tuesday, April 8, 2014

..::Sambung kisah insurans::..


ok, last entry haritu aku dah sembang panjang kan psl insurans. ni nak sambung sikit.





Untuk kael aku amik insuran medical card + savings = RM 150 sebulan
-untuk makluman : Polisi aku ni takde untuk klinik. utk hospital sahaja-

RM 120 utk medical benefit dan RM 30 utk savings. Nampak mcm sikit kan savings nye tu tp klu didarab kan bertahun2, in shaa allah dapat membantu si anak akan datang.

Benefit lain, sekiranya terjadi apa2 ke atas si pembayar (iaitu mak/ayah) si anak akan terus mendapat perlindungan seperti biasa tanpa apa2 bayaran sehingga umur nya 21 tahun kecuali savings. Menarik kan??

Kiranya klu kata pedek umur aku tak dapat nak membayar premium bulanan, medical benefit masih diperolehi cuma savings jela xde. Kiranya masa umur 18 tahun tu dia akan dapat setakat saving dia yg sempat mak dia bayar jela.

Medical benefit yg kami peroleh masa kael Warded haritu antaranya adalah Elaun Wad Rm 100 sehari. Mana nak dapat? Masuk hospital tp dapat elaun, bill hospital pulak ditanggung sepenuh nya oleh Insurans. Elaun wad ni biasa nya utk cover si penjaga kalau2 terjadi hal2 yg melibatkan potongan gaji ke ape.. yela kan, kadang dah hujung2 tahun ni cuti pun ala kadar je.. mcm aku ni ha, straight 5 hari cuti. Nak apply cuti raya pun seram sejuk je ni ha. hehe

Kalau anak masuk hospital kerajaan pun korang still akan dapat elaun wad jugak. Tp klu dah ada medical card yg membolehkan korang utk PILIH mana2 hospital panel yg jauh lebih selesa dari gov hospital takkan lah korang taknak guna faedah tu. ye tak??

Untuk claim ealun wad tak susah pun, semua nya insurans akan selesaikan dengan pihak hospital, just maklum kan aje kat ejen korang tu yg korang dah discaj. Mcm aku ejen best, selalu follow up dan utk elaun wad dia siap tanya cek tu nak bg kat tangan atau bank-in je. Aku prefer bank in jela senang kan. Dan mmg dah niat dari masa kael sakit lagi, andai anak ini sihat sepenuhnya aku nak buat sikit kenduri kesyukuran atas segala nikmat rezeki yg allah dah bagi + majlis hari lahir si budak cendawan tu secara kecil-kecilan...

Elaun wad yg kami terima tu akan digunakan sepenuhnya utk majlis yang dirancang.. 
In shaa Allah hujung April ini :)

Aku berani recommended Ejen Insurans aku ni. Kak Erin, org nya lembut dan boleh jelas dengan setiap penjelasan dia pasal Polisi 


No. Tel :  012 - 647 0377
Emel : erien77@gmail.com

6 comments:

aznor ibrahim said...

wawa, nak tanye la.bill ditanggung sepenuhnye kan, so mase discaj memang tayah bayar pape la ea.

Wawa Yusoff said...

Kak aznor : ada lah few amount yg kite kena bayar, tapi nya amount tu akan dicover balik oleh elaun wad yg kita akan dapat..

Uni Aqilah said...

medical card skrg ni, dah macam satu keperluan, bukan sekadar kehendak lagi. kalau syarikat tempat kita kerja tanggung medical utk anak2, alhamdulillah, tapi kalau sebaliknya, kita perlu ada medical card utk anak2.

p/s : medical card adalah antara hadiah terbaik daripada ibu bapa utk anak2 tersayang.

Chekgu Azrine said...

Info yg menarik sis..
Act akk dh lama berminat nk ambk medical card utk ank akk aish..

SyimaSyaz said...

betul tu... rm30 pun kalau dari umur sebulan sampai 18thn... boleh la buat bayar yuran study nanti kan...

Mommy_Cha said...

kita bab-bab insurans ni semua atas laki kite jek.
hehehehe.
sebab staf DEMC Hospital ni memnag pihak management akan arrange polisi insurance cover untk staff & family sekali.
monthly potong gaji rm250 cover untk satu family gitew.
:)
nice info wa!