..::Wawa Yusoff::..: ..::Resepi Churros::..

Wednesday, March 26, 2014

..::Resepi Churros::..



Churros


Resepi Churros :-

Bahan-bahan :

2 cawan air
2 sudu besar gula
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1/2  sudu teh garam
1 sudu kecil esen vanilla -optional-
2 sudu besar butter/marjerin/minyak masak -Pilihlah yang mana satu-

Cara-cara:

Didihkan air. Kemudian masukkan gula, garam dan butter. 
Bila dah sebati ketiga-tiga bahan, perlahankan api. 
TIPS : Gunakan kuali atau periuk yg besar supaya mudah utk dikacau dan digaul

Masukkan Tepung perlahan2 dan kacau laju utk elak berketul.
TIPS : Ayak tepug dulu supaya halus dan mudah utk kacau

Selesai, tepung akan kelihatan mcm Crumb, atau berketul2.
Letak atas dulang dan masukkan telur
TIPS : Pukul telur + Esen Vanilla terlebih dahulu

Paipkan Bancuhan diatas baking peper atau dulang yg tidak melekat
TIPS : Paipkan seluruh bancuhan hingga habis utk proses yg mudah masa menggoreng

Kemudian goreng sehingga kuning keemasan. Minyak jangan terlalu panas, overheat dan overcook rasa Churros akan jadi kurang sedap.


Angkat dan taburkan dengan Gula halus. Untuk dipping boleh makan dengan ape sahaja. Kalau nak mudah makan dengan nutella pon boleh, dengan kaya pon boleh, dengan caramel paling sedap.
 Mcm aku makan dengan sos custard lebih puding roti :)

ok , sekian untuk harini :)

3 comments:

Cik Puan Rara said...

wa,masa paipkan tu x susah ke nk angkat masuk kuali?

Wawa Yusoff said...

Safura : Agak susah sebab dia lembik, tak boleh pegang dengan tangan. kena kaup pelan2 dengan sudip leper.

YanaUjang said...

senang! kena cari balik kertas piping kt rmh..pernah beli byk dulu..x ingt letak mana..haha

thanks wa! :)