..::Wawa Yusoff::..: ..::Yakin dengan KetentuanNya::..

Thursday, January 23, 2014

..::Yakin dengan KetentuanNya::..


Saban tahun, setiap tahun Allah sentiasa memberikaan agar aku peluang dengan memberi permulaan yg baik utk tahun baru. Sejak akhirnya kehidupan belajar 2007, awal 2008 aku start kerja, Awal 2009 kehidupan semakin baik dari segi pekerjaan dan kewangan tetapi kehidupan 2009 yg agak perit.



Kemudian, aku membuka buku baru 2010 dengan Mirzal baru dan bertunang, 2011 berkahwin, 2012 kehadiran Muhammad Elman Mikhael, 2013 business yg berkembang baik dan pada 2014 Allah makbulkan doa aku. Bukan sahaja doa aku malahan doa2 org sekeliling aku yg turut mendoakan kebaikan buat aku.. 

Alhamdulillah.. Aku dikurniakan "tulang belakang" yg cukup kuat. Sakit nya aku sakitlah mereka, Susah hati aku susah juga hati mereka dan Gembira nya aku gembira lah mereka. Begitu juga sebaliknya.. Berita itu memberikan kegembiraan yg tiada tara :)

Semalam, dengan berita itu dengan surat itu, bukan aku sahaja yg keseronokkan. Ramai rupanya yg turut berkongsi rasa yg sama. Syukur. Walaupun separuh dr kehidupan akan rasa kosong, tapi aku yakin Allah akan menggantikan dengan yg lebih baik. 

Moga perubahan ini akan memberi lebih dari seribu satu kebaikan bukan sahaja buat aku, malahan buat dia dan juga buat semua .In shaa Allah. Amin.

Sekian untuk harini. Terlalu banyak perkara utk aku selesaikan buat masa sekarang.


4 comments:

Allene said...

alhamdulillah.. semoga dipermudahkan...

amal salleh said...

*thumbsup*

ctmah said...

semoga hidup wa bertambah baik dari hari ke hari..amin

Mommy_Cha said...

wa semoga wa dilimpahi rezki dari hari ke hawi mendatang.
aminnnn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...