..::Wawa Yusoff::..: ..::Throwback::..

Monday, January 6, 2014

..::Throwback::..



pejam celik sekejap je dah habis setahun. Dan aku rasa mcm x sedar lgsg dah dah nak masuk 2014. Memang aku rasa SANGAT SEKEJAP nak habiskan 2013 ni. Barangkali kehidupan yg sgt pack dan semakin sibuk kot. 

So, entry harini nak imbas kembali bitterwseet 2013

Suku tahun pertama :)



Mirzal start business kereta yg pada mula aku sendiri x yakin dgn tindakan dia. Tawakal sepenuhnya kepada Allah moga semua dipermudahkan dan dikurniakan rezeki yg melimpah ruah. Mirzal cuma mintak aku percaya dengan tindakan dia dan minta doa sama2. Turun naik keadaan rumah tangga itu biasa, biasalah, semuanya aru diperingkat permulaan. Semuanya baru nak dibentuk, baru nak cari rentak berniaga. 

Kesabaran adalah sangat diperlukan ketika ini...
Dan alhamdulillah..usaha Mirzal menampakkan hasil..Rezeki Allah s.w.t berpihak kepada kami.
Syukur alhamdulillah.
Waktu ni jugak keadaan kesihatan tak menentu. Sekejap2 demam, sekejap2 demam, tak sihat. demam panas sampai gigil2. aku dilanda kegatalan yg teruk yg sangat2. Sampai dah tak tau nak buat apa. Last2 pasrah jela dengan keadaan diri. Semua ikhtiar dah diusahakan, tawakal jela dan aku pulih selepas hampir 4 bulan kot . Humn... lama kan. Dan pada akhir suku tahun pertama Bermulalah aktivit bento ku. huhuhu. [LINK] 

Suku Tahun Kedua


Elman dah pandai makan makanan keras dan mcm2 dan pulak Elman mikhael menginjak ke setahun umurnya pada 16 april 2013 bersamaan genap 6 tahun aku bekerja di sektor kerajaan. Dan alhamdulillah kehidupan semakin baik, kawan makin bertambah, kenalan makin ramai, keluarga makin bahagia. Elman semakin bijak :)

Masa ni jugak dah start tahap mencabar kesabaran yg sangat2 tp masih boleh lagi bersabar dan mengikut rentak keadaan persekitaran. Aku telan jela ape yg org cuba nak buat kat aku. malas nak layan sebab dah bertahun aku hadap perangai dia yg annoring sangat2 tu. Sumpah menyampah >,<

Suku Tahun Ketiga 

Permulaan yg baik iaitu our 2nd anniversary. wiwit! hehehe. Tp kan, tak berapa nak baik jugak. on our 2md anniversary masa tgh men'shopping hadiah (tak sempat buat entry pun) abg ipar aku syam Ferguson accident jatuh motor yg agak teruk la kaki nya. Alhamdulillah sekarang dah sihat sepenuhnya. Dipertengahan suku tahun ketiga a bit hard. Masa ni la kael sakit (boleh kata teruk di pandangan mata aku). Masa ni jugak nak raya dan umah mak masih tak settle renovate. kael sihat sepenuh nya pada 2hari raya dan mak pulak baru dpt pindah masuk lg 5 hari nak raya. Aidilfitri yg agak kalut tahun 2013. Tp manis sangat kenangan tu.

Dan jugak rezeki bisnes mirzal semakin maju, alhamdulillah rezeki kami melimpah ruah disebalik dugaan kehidupan yg diberi. Dari 1 kereta masa ni dah dapat beli kereta kedua. Syukur! Dan sekarang ni kami ada 3 kereta yg digunakan. 1 family car, 2 business car. Ya allah tak tau nak cakap syukur nya mcm mana. Dan dapat pulak berkongsi idea perniagaan tu dengan pakcik2 mirzal yg sekarang ni pun dalam usaha menambah business car jugak. seronok!!

Suku Tahun Keempat


sangat mencabar! tu je boleh cakap. Seriously permulaan suku tahun keempat ni mmg sangat lah diuji dengan makhluk allah yg tak berapa nak cerdik! Tp bab memutar belit cerita dan keadaan dia mmg pakar. semua org pun tau dah rasanya. Dan lama kelamaan aku dah pandai tai-chi masalah. Dia? masih mcm tu sampai skrg. tak keruan je aku tgk. ada je benda nak diceritakan kat org lain. aku dengar jela kalau org cerita kat aku. Malas nak amik pusing. buat apa susahkan diri utk org mcm tu kan? ok. fullstop.

Yg bestnya mak & bapak sambut anniversary ke 40tahun. Alhamdulillah.. 40 tahun!! Aku yg tak cecah 4 tahun ni pun ha kadang2 panas gak dengan laki sendiri. hahahahaha. Yg lagi best jugak, Dapat anak buah baru pastu mam pulak +ve pregnant. Syiok sangat!!

Dan diakhir2 tahun, semuanya dipermudahkan. rezeki melimpah ruah. Dari segi kewangan, dari segi kebahagiaan, dari segi hadiah2 dan pemberian kawan2, samada utk aku atau pun utk elman mikhael. syukur. Dalam cubaan dia menutup dan merosakkan rezeki ku yg satu itu, dia lupa sebenarnya rezeki bukan datang dari dia.. Tetapi dari DIA yang satu.

ALHAMDULILLAH

Terlalu banyak sebenarnya yg perlu aku catatkan, apa yg boleh aku cakap tahun 2013 penuh dengan kenangan yg susah aku nak lupakan tp syukur semuanya berjalan lancar. Syukur!!


Dan untuk 2014 kami masih merancang yg terbaik utk kehidupan dan keluarga. 

Moga Allah permudahkan setiap urusan aku dan kita semua.

Amin.


8 comments:

Aeen said...

semoga tahun baru ini dipermudahkan lagi urusan dan dimurahkan rezeki wawa sekeluarga...:)

Aty_Fared said...

semoga 2014 lebih maju jaya..insyaa Allah Wawa.... yakin pada rezki..yakin jugak pada percaturan Allah.. :)

Umi Qi said...

Rajin tau mama buat summary berperingkat dengan gambar2 weeeeeee hebattt...umi Qi x mampu nak flash back semua...hanya amik yg happy jek...yg kurang happy malas nk throwback hehehhe...

Mama, nanti sama2 kita bina bahagia dgn keluarga masing2 ye...mmuahhhh syg dia yg jauh dimata tp dekat dihati :D

Wawa Yusoff said...

In shaa allah.. AMIN!

TQ semua sayang2 :)

Yg pahit harus di throwback jugak supaya kita tidak menjadi seorang pembawa kepahitan itu. huhuhu

amal salleh said...

amin.. moga y baik2 je utk 2014 ;)

Wawa Yusoff said...

Tq amal salleh.

In shaa Allah. amin :)

Cik Puan Rara said...

amin.semoga rezeki kita murah.moga ALlah lindungi kita.selamat tahun baru wa!

Love Razila said...

Alhamdulillah...semoga terus happy ye... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...