..::Wawa Yusoff::..: ..::Penyebar aura Negative.Syuuhh!::..

Thursday, October 3, 2013

..::Penyebar aura Negative.Syuuhh!::..

Assalamualaikum.

 ***************************************
amaran : sila baca dengan tenang tanpa perasaan marah. 
sebab time aku tulis ni pun sambil senyum2 sinis. hehehe :)

***************************************
 
Aku semakin baik dalam keadaan yg semakin buruk. tak kesahlah. Semalam pun dah buat satu keputusan dengan bulat hati. Aku harap Allah permudahkan semuanya untuk aku dan kawan2 yg lain. Amin.

Hidup dengan kebencian dan dendam memang takkan kemana. so aku sangat KESIAN kepada dia. Aku sangat bertuah, aku ada "tulang belakang" yg cukup kuat utk menyokong aku. Tapi dia?? Ye, Aku sangat kesian kat dia. Hidup dengan menganiaya org lain, menghina org lain, memalukan org lain... Takkan kemana! 

Kau susahkan orang lain Allah akan susah kan kau. Aku dapat lihat perkara ni DENGAN JELAS. Org yg pernah kau aniaya sekarang ni sangat gembira dengan kehidupan dia, sangat bahagia. Bertambah sihat aku tengok. Tapi kau masih disitu dengan kemurungan kau, dengan sifat dendam kau, dengan mood kau yg hari2 pun nak swing. Tu belum lagi dengan sifat merajuk kau yg kuat menangis dan MENAGIH SIMPATI orang keliling dengan CERITA yg kau sebar.

Aku bersyukur tuhan temukan aku dengan org yg mcm kau. Dengan melayan kerenah kau la buat aku kuat untuk hadapi semua permasalahan. Disebabkan kau jugak la sifat baran aku semakin hilang dan disebabkan kau jugak aku boleh nampak sebelah jiwa aku yg sebenarnya seorang yg SANGAT KUAT dan PENYABAR.

Dan sehingga ke hari ini masih berlanjutan aku boleh ketawa. Ketawa dengan keadaan yg kau sendiri cipta untuk diri kau. Aku sangat menyesal bertikam lidah dengan org mcm kau kerana aku dah berikan apa yg kau mahu. bergaduh itu satu kepuasan untuk kau bukan?? ok, tahniah. anda berjaya buat saya melenting. Dan aku akan pastikan itu yg terakhir untuk aku. Bukan cara aku dan aku taknak jadi mcm kau.

Alhamdulillah keputusan yg aku buat mendapat sokongan dari pihak yang sepatutnya dan apepun keputusan yg kau buat aku terima dan bersedia. 

C u in court..!! cewaahhh! Bye.!




P/S : sekadar meluah rasa hati, daripada aku menjerit tak tentu pasal mcm dia semalam, lebih baik aku luahkan kat sini dengan hati yg tenang.


**Tak sempat komen??? LIKE pun OK ape :)
 

10 comments:

Hana Soffelia said...

Owh, itu aura negatifnya semalam eh wa? Hana pun pernah rasa mcm wa. Tapi setakat ni hana masih mampu bersabar. Hana boo layan walaupun dalam hati mengelegak marah. Kadang2 taip entry mencarut bagai, pastu simpan dalam draf je. hahaa

Semoga hidup wa lebih tenang dan bahagia.

e k i n ♥ y u s r i said...

biarkan aura negatif tue wa
kite bg aura positif plak
insyaallah

D Yatie said...

Alhamdulillah. Syukur.

Memang. Manusia yang hidup penuh dengan dendam, benci, marah, dengki tak akan kemana. Hidupnya dalam diri dia sendiri. Mencipta drama kehidupannya sendiri dengan rekaan semata-mata. Orang begini langsung tidak bahagia.

Saya pernah membuang masa saya dengan berfikir tentang perkara lebih kurang begini. Sesak! Tertekan! Sehingga tiba satu masa, suami marah. Suami suruh ingat Tuhan setiap masa. Ingat Allah. Ingat Allah.

Alhamdulillah. Perempuan. Memang tak lari dari berfikir perkara remeh. Tapi bila dah kena marah. Baru padan muka. Baru nak sedar. Hehe.

Mimy Hamid said...

wawa buang aura negatif serap aura positif...bila positif banyak dari negatif kita tak akan terjangkau akal fikiran...hugs wawa

mama leen said...

orang2 macam ni memang ada wawa.. kat mana2 pun.. banyak bersabar ok..

Allene said...

chill wa... chill...
luahkan je... tp awak mmg kuat. =)

♥ ROS ♥ said...

Mcm2 kan ragam org ni wa... Kita kena kuat kan,, semoga allah berikan yg tbaik pd si sidia itu :)

SweetLikeWhat said...

macam2 kan kerenah orang sekeliling kita..itu mengajar kite jadi lebih matangkan..pedulikan orang macam tu yang hidup dalam dunia die sendiri..takkan ke mana kalau dia tak ubah sikap die..

Erna Nordiana Zamri said...

baru berkesempatan nak baca. pastu selalu je baca blog kawan-kawan tak leave komen.

wawa..bersama orang yang positif, maka positiflah kita.

semoga wawa sentiasa baik-baik sahaja :)

SyimaSyaz said...

pikir positif je wa... k chill