..::Wawa Yusoff::..: ..::Kesibukkan Tiada Batasan::..

Thursday, September 12, 2013

..::Kesibukkan Tiada Batasan::..

 hai. kerja aku harini adalah men'google sahaja. ntah ape yg aku google pun aku tak tau.tp yg pasti jiwa aku takde kat opis harini. Kenapa?? Ntahhhhh... barangkali aku tgh sibuk nak re'organize rumah. memang macam2 dah aku google nak mencantikkan lagi rumah yg sekangkang kaki kenit si kael itu sahaja. Biar lah besar mana pun kalau rumah bersepah serabut jiwa pun takkkan tenang. ye dakk? Rumah ku syurga ku.  Gitewww.

Lama kot x update. sebab sibuk. Ahhh.ko alasan tak pernah nye nak logik. Kesibukkan yang pertama of coz la kat opis yang tercinta lah sangat ni kan. kesibukkan yang kedua pulak adalah kenduri kendara adik ipar, dah tentula pegi ulang alik kampung yg  mcm aku cerita haritu. kesibukkan yang ketiga adalah shooting raya dengan family aku pulak dan kesibukkan yang keempat adalah kesibukkan yang aku sendiri carik iaitu mengemas, mengemas dan mengemas. ye, aku suka mengemas, mengubah alih barang, mengemop dan apa sahaja yang boleh memperelokkan keadaan rumah. tak tau kenapa tapi aku mmg ade masalah cepat bosan dengan susun atur yg sama terlalu lama. paling lama aku boleh tahan 3bulan. lepas tu kompom aku alih, tp masalah sekarang aku ada 2 orang tukang sepah yang sangat suka buat sepah sampai aku sendiri stress.Yg kecik dimaafkan, yang besar..???

ok cukup. ni nak bgtau. kt opis aku ni FB dah semakin slow nak bukak. kena blog ke ape tak tau la kan. kadang tak boleh bukak langsung. nak kena tunggu pkul 1tghari baru line laju bedesup boleh bukak segala web. Di sini nak mintak ampun dan maap la kalau ade komen2 korang kat FB, atau group dan kadang ade yg mention nama aku nak mintak tolong ke ape aku tak dapat nak reply segera. Klu nak online thru phone korang boleh tau kot ketidak seronokkan nya mcm mana. jadi kadang klu aku sempat aku reply, kadang tu mmg aku buat senyap je. mintak maaf lagi sekali. specially kat group yg awesome iaitu GBSB. sorry ye mommy gojes sebab daku senyap lately..

ok, nah gambar bento elman mikhael yg baru sempat aku upload kat sini. sorry la kalau ade yg tunggu dan tanya mana bento elman. [ade ke?] sorry la sangat. mmg aku tak sempat update blog. lepas naik cuti kenduri aku terlibat dengan kursus pulak dan lepas tu ade je benda nak diselesaikan.

#bentoelmanmikhael filled with rice, chicken soup and marble kek (songlap dari umah MIL) kekeke. jom training! #bento #bentomalaysia #foodfortoddler#kidsfood #winnithepooh #lunchbox



#bentoelmanmikhael filled with nasi goreng ikan bilis, seedless grape and marble cake. it's monday! #yawn

#bentoelmanmikhael filled with bread, nutella spread and seedless grape. its friday, mak's birthday and Jamuan raya! *blessed*
#bentoelmanmikhael filled with #spaghetti #olio and seedless grape #winniethepooh #lunchbox #bento#homemade #kidsfood #foodfortoddler

#bentoelmanmikhael filled with bread spread with butter and strawberry jem, seedless grape and biscuits for snack. #elmanMikhael lepak opis mommy pagi ni. kala x behave baru pos umah umi liza ;)
Yes, elman aku hangkut ke opis pagi ni sebab mirzal tak sempat nak anta. ade urusan urgent nak di selesaikan. kengkonon nak test diri sendiri la nak jaga elman sampai petang kat opis ni, tapi nampak nye aku gagal 2 jam pertama. hahaha. penat hokey...! segala cable nak dicabut nya, segala komputer nak dipicit kat dalam bilik komputer tadi. bepeluh mak nye ni ha! sekarang ni dia dah tido kat pantry. elok lena beselimut. tu pasal aku sempat update sini. Tapi sat tadi ni baru je pengasuh dia mesej suruh hantar elman. boring kata nye elman takde... Cis, baru je nak act as supermommy! hahaha. kena lah anta lepas budak bulat ni bangun jap lagi. ni kalau jadi jiran ni, kompom anak aku kena pinjam hari2, macam dulu aku kecik2 pun suke anak pinjam anak org. hehehe. Alhamdulillah, elman mikhael dapat pengasuh yg sayang kan dia mcm anak sendiri :)

ok ye, lupe. sebenarnya aku ade janji dengan Mommy GBSB nak share pasal watermark tu kan?? ok2, entry ondaway. nanti aku publish k :)




**Tak sempat komen??? LIKE pun OK ape :)
 

3 comments:

D Yatie said...

Kadang2 kalau dah tiba2 dah busy. Mmg busy beno kan? Huuuuuu.

eydafaizal said...

sibok2 pon sempat berbento hek ..

hafizasharin said...

salam.boleh tahu tak you hanta anak kat mana? sy baru nk pindah sg buloh...dah pening mencari pengasuh for my 2yo.hope u dont mind sharing ;)