..::Wawa Yusoff::..: ..::Pendapat seorang isteri::..

Thursday, August 15, 2013

..::Pendapat seorang isteri::..

hai, jumpe lagi kita?? kemain kan, satu hari satu entry aku up. harap tak bosan. kerja dah siap. tp printer rosak. ade 3 bijik printer tp semua rosak. jadi marilah kita buat kerja yg tak perlu menggunakan printer iaitu blogger.com. lalalala~

2hari ni kita semua dikejutkan (ayat berita sangat) dengan video kakak kena pukul dalam lif tu. honestly aku gigil tgk video tu. tp tgk jugakla sampai habis, harini akak tu dah keluar statement. aku tak side mane2 pun sbb aku sendiri tak tau butir ape yg diorang gaduhkan. sekadar dari pembacaan je. tp ape yg aku terkilan kan akak tu kena pukul depan anak2. sepak terajang bagai. oiiii scary sangat ko tau x.

aku cerita kat mirzal, dia kata mungkin akak tu dah melampau yg buat lelaki tu buat tindakan luar batasan. ok, serious aku mcm x puas hati dia ckp mcm tu. Even klu akak tu salah pun lelaki tu takde hak utk pukul sepak terajang mcm tu. 


Dan kalau seorang suami menjumpai isterinya ada tanda-tanda nusyuz (derhaka) dan menentangnya; maka dia harus berusaha mengadakan islah dengan sekuat tenaga, diawali dengan kata-kata yang baik, nasihat yang mengesan dan bimbingan yang bijaksana. Kalau cara ini tidak lagi berguna, maka boleh dia tinggalkan dalam tempat tidur sebagai suatu usaha agar instink kewanitaannya itu dapat diajak berbicara. Kiranya dengan demikian dia akan radar dan kejernihan akan kembali. Kalau ini dan itu tidak lagi berguna, maka dicuba untuk disedarkan dengan tangan, tetapi harus dijauhi pukulan yang berbahaya dan muka. Ini suatu ubat mujarab untuk sementara perempuan dalam beberapa hal pada saat-saat tertentu.

Maksud memukul di sini tidak bererti harus dengan cambuk atau kayu, tetapi apa yang dimaksud memukul di sini ialah salah satu macam dari apa yang dikatakan Nabi kepada seorang khadamnya yang tidak menyenangkan pekerjaannya. Nabi mengatakan sebagai berikut, “Andaikata tidak ada qishash (pembalasan) kelak di hari kiamat, niscaya akan kusakiti kamu dengan kayu ini.”  
(Riwayat Ibnu Saad dalam Thabaqat)

 Wallahua'lam~

****************************
Aku bukanlah selayak nya nak mengupas halal haram memarahi atau memukul isteri ni. kadang aku sendiri tak terlepas bermasam muka dengan suami. Tapi apa lah salah nya sebelum nak marah isteri tu tengok dulu muka isteri, tengok dulu pada diri layakkah dia di marah dan diherdik seteruk2 nya. lihat pada anak betapa comel nya dia di hadapan kamu bermain, tersenyum ketawa dan lihat kembali apa akan ada kah anak dihadapan mu itu tanpa pengorbanan isteri kamu untuk melahirkan dia di dunia dan bermain dengan kamu??

Kamu suami, ye kami mengerti akan hebat nya kamu, mencari rezeki menyediakan segala kelengkapan utk keluarga. Tapi itu belum melayakkan kamu untuk berpaling muka ketika kami si isteri minta pertolongan. Kamu suami, kami tau ketaatan kami kepada kamu. dan kunci syurga buat kami. tapi tahu kah kamu seorang isteri tidak wajib taat kepada suami yang tidak taat akan perintah Maha Pencipta?? Renung balik ke dalam diri, cukup layakkah kamu untuk menghukumi isteri yg dengan sewenang2nya?? Kalau kamu seorang yg panas baran, kaki pukul, naik tangan dan bermulut lepas, apakah yg kamu harapkan dari isteri kamu???

Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan juga sebaliknya..

Aku bercakap melalui pandangan seorang isteri yang sekadar meluahkan perasaan kecewa terhadap apa yang telah aku tonton, yang telah aku dengar. Ada pelbagai kesah masalah rumahtangga yang pernah sampai kepada ku samada melalui pembacaan mahupun pengalaman kawan2 dan perkara tu buat aku sangat terkilan.


Untuk kita semua, moga rumah tangga kita terpelihara dari segala musibbah dan keburukkan. amin.



**Tak sempat komen??? LIKE pun OK ape :)
 

11 comments:

Wawa said...

kannnn...pukul depan anak2....sedih!

ZazaMyMoon said...

bila tgk video tu mmg kita kesian kat ppuan tu, betul kata Wawa tu, kita sendiri tak tau apa bijik butir masalah rumah tangga dorang, so kita tak boleh nak buat conclusion.

Hope kita para2 isteri sentiasa dilindungi oleh suami2.. mintak dijauhkan dari kejadian serupa tu..

n0rraslida alias said...

btol kata wawa. k.lida setuju! :)

misz sheyla said...

betul..setuju... kalau betul pun perempuan tu salah..tapi cara lelaki tu pukul..dsyat gile...takut tengok...

Anonymous said...

couldn't agree more!

bila tempah kad kawen, kemain lagi letak doa,

"isteri dijadikan dari tulang rusuk, untuk dipeluk, bukan dari kaki untuk diterajang (ok, ni tambah sendiri), atau dari kepala untuk disanjung"

tu belum kawen.

Dah kawen, dan-dan isteri jatuh di kaki.

sedih.

berdosa mendoakan rumahtangga orang runtuh, tapi dalam kes ni, i hope kakak tu cepat lah bercerai.

~ NANA ~ said...

mintak jauh perkara mcm ni...i memang tak setuju pukul bini dpn anak2 tu...tak patut tunjuk perkara negatif mcm tu

azizah :) said...

itulah takut kan dapat lelaki baran camtu... kalau yer pon xpatut la nak sepak terajang camtu..siannya akak tu depan anak2 pulak..

Allene said...

amboi wawa... marah sungguh... lin memang tkut nak tgk video orang kena pukul ni. so lin biakan je. mungkin geram tak tinggi mana la. tp masuk buletin, tgk sikit je lin da geram. agak2 la nak pukul. klu lin kick laki tu balik. tak suka ckp, bukan pukul pantang btul la. ingat sakit beranak tu punca dari dia. nak bg dia zuriat. so kena la hargai sikit.

Sarah Veelara said...

I pun bdebar tgok video tu.serius.sgt gigil.setuju apa y u ckap

Hana Soffelia said...

sampai sekarang hana tak tengok video tu.. ngeri je. tp apa2 pun tak patut pukul isteri depan anak2..

Fiza Rahman said...

Tgk video tu pon kat dlm berita. Memang sedih lah. Sedih tgk anak² yg terpaksa menonton aksi bapak sepak terajang mak. Si anak pon nampak tak keruan. Nak tolong tau tau mcm mana gayanya. Memang trauma anak2 ni. Kesian sgt.