..::Wawa Yusoff::..: ..::Masih kerja, Lusa Raya::..

Tuesday, August 6, 2013

..::Masih kerja, Lusa Raya::..

Assalamualaikum.

In shaa Allah lusa kita raya kan? aku nengok korang sume entry psl persiapan la, pasal tak beli baju raya la, pasal husband kena keje time raya la, pasal baju raya anak betingkek2 la.. aku pun mcm nak join jugak utk buat entry raya. tp aku xde ape nak diceritakan..

Persiapan yg dibuat setakat ni ala kadar.
Rancangan sebenar utk berbelanja sepatutnya minggu lepas. tp tu la kan, Allah lebih tahu. keadaan kesihatan aku dan elman tidak mengizinkan. Jadi persiapan semua last minit.. mungkin petang ni atau esok la nak buat dan beli segala. Haritu siap beli dah bahan buat kuih, tp ape pun tak menjadi lagi setakat ni. rumah masih tunggang langgang mengemas. Nasiblah raya kat rumah mak, rumah sendiri pun jarang ade tetamu. tgklah camne nanti.

Dari segi kuih muih, In shaa Allah cukuplah untuk memenuhkan balang. dari segi bahan mentah plak tunggu ade org calling2 nak datang barulah beli kot.. Oh ye, satgi tenghari nak pi memborong bahan buat cheesekut. Food yg paling senang nak dibuat dan sedap utk dihidangkan pagi2 raya. yg penting boleh tahan lama. ni kalau buat moist kek dlm 3-4 hair camtu nak kena abiskan gak. klu tak rasa dia dah kureng.

Ok, lepas tu nak ceritakan tema kami anak beranak adalah pink belacan. Jambu sangat. Eh, tau tak aku beli 2 pasang baju melayu utk kael. satu warna turqoise. aku beli yg turqoise tu sebab jenis kain t-shirt. mmg sangat selesa. klu nak pakaikan dia pg open house mmg selesa sangat lah. Klu bab baju ni kael sangat untung. Mirzal sendiri sanggup berhabis utk dia.. Siap dapat baju "kuda" lagi tau.

Si mirzal kaki shopping. dia shopping lagi teruk dari aku. sekarang ni, dia kat Kenanga Wholesale City. ye, sekarang ni dia kat sana. tau2 je dpt gambar baju kael dia mintak pendapat nak beli lagi. Hurmnn.. untunglah kamu anak.. Klu nak ikut mommy kamu ni tak suke sangat berbelanja. Hhahahahah!! kemain aku menipu..!!! Tapi betul wey, compare mirzal dgn aku, mirzal lagi suke men'shopping.


ok lah. last nak cakap ni. aku nak mintak maaf kat korang yg pernah membaca setiap entry aku. andai ade yg aku tulis tu terkena kat batang hidung korang atau pun ade antara korang yg tersentap mak jemah aku mintak maaf sangat. yela, kadang aku yg aku tulis tu semata pengalaman aku dan luahan isi hati je, tak niat pun nak sindir or perli sesiapa. tp kalau korang dah terasa aku nak buat camne kan, aku ni manusia biasa yg serba serbi kurang nya. nak2nye bab ketinggian. memang kurang sangatlah. berat badan pun kurang so BMI jadi tak normal.. ok, merapu.

SELAMAT HARI RAYA..!!!



**Tak sempat komen??? LIKE pun OK ape :)
 

5 comments:

Aeen said...

Selamat hari raya wawa & Family....
wahh..best tu husband suka shopping...kalau dua2 kaki shopping lagi best...xyh gadoh2...hehehe...

ZazaMyMoon said...

Selamat Hari Raya Wawa..
enjoy your day ;)

D Yatie said...

Selamat hari raya wawa. Entah kenapa tak boleh nak komwn betul2. Terpaksa menyelit kat sini. Huuuuu.

cha said...

selamat hari raya u maaf zahir batin :)

Love Razila said...

Wow...pink belacan, cantiklah utk orang putih ... kulit macam saya xsesuai sebab gelap =)

Selamat hari raya,
Maaf zahir & batin =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...