..::Wawa Yusoff::..: ..::Salam Ramadhan::..

Wednesday, July 10, 2013

..::Salam Ramadhan::..

Assalamualaikum semua :)


Alhamdulillah Kami sekeluarga masih diberi peluang untuk meraikan ramadhan pada tahun ini dan moga kami semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

Kalau tahun lepas kami lebih sibukkan untuk menyambut aidilfitri [LINK] maklumlah masa tu baru pindah, rumah baru, anak baru semua persiapan mestilah nak best kan. Tahun ini 80% dari persiapan raya dah selesai. baik aku, baik mirzal baik elman mikhael. Hari senin lepas mirzal pegi shopping senyap2 tak bagitau aku. tau2 dia bwk balik barang2. alhamdulillah cukup kelengkapan raya elman dan aku. 
(kemain laku aku pegi shopping. pandai)

40% lagi mcm langsir, kuih muih tu jela. Tu pun langsir tinggal jahit je. kain dah beli awal2. Tahun ni dapatlah kami lebih fokus kepada ibadah2 bulan ramadhan.. TAPI.... ermn. bulan puasa tahun ni lebih mencabar. Tahun lepas agak mudah sebab elman baru 4 bulan. Tak banyak kerenah. tido on time. klu mirzal pegi terawih tu sempatla jugak aku settlekan urusan rumah. tahun ni... 
hurmn. ko tunggu jela update yg mendatang :p

Kerinduan nak berterawih, Allah aje yg tau. Mungkin ada antara korang yg bwk anak ke Masjid atau surau. Tapi tidak aku. Kita kenal anak masing2 kan. Kalau aku bwk si elman, bukan aku je yg tak boleh solat malahan akan ganggu jemaah yg lain jugak utk solat. Elman active. Super active! kalau ade kesempatan aku kena la balik rumah mak aku dan mintak kakak jaga elman. masa tu jela peluang aku utk berterawih.

Dari segi puasa sebagai mak, x banyak beza nye. baik semasa mengandung, masa elman Fully BF dan masa elman dah besar sekarang. pada aku sama je. walaupun dulu aku EP mom masa puasa tp alhamdulillah susu maintain walaupun penah sahur dengan 2 teguk air suam je. Semuanya kuasa Allah. Yang penting DOA. Pagi tadi liat sangat nak berbento sebab geram tgk elman tido lena sangat. terus naik katil main pelok2 dengan dia. esok dan seterusnya mommy akan usahakan. Pagi tadi elman bwk bekal waffle gardenia je. hik3.
oh ye, elman sekarang klu nak sesuatu dia akan panggil aku camni "..mi..mi..mi..mi.." comel rasa nak lempang. pastu nnt dia tunjukla ape dia nak. dari segi word plak.. dia suke sebut flower tp dlm bahasa dia.. "fawer.." sumtime "fafa" "fawa" Bedal lah nak. word yg senang kamu taknak sebut plak.

Eh, panjang kemain entry tak begambar harini. dahla pose. confirm korang bosan. Aku ni failed sikit bab2 masak, tp klu bab mem'baking tu boleh la. klu bab masak ni ala kadar je. yg simple2. si mirzal plak makan nye tak susah. kalau buka puasa ni dia makan kebab or murtabak pun dia ok dah. jadi takdelah susah2 sangat aku google resepi. bak kata dia, asal ade, asal kenyang. Senang kan :)

Satu je tujuan aku sekarang. nak beli cream cheese nak buat cheesekut.

ok bai!

*nak gelakkan aku le teww*


**Tak sempat komen??? LIKE pun OK ape :) 
 

5 comments:

e k i n ♥ y u s r i said...

salam ramadhan!

D Yatie said...

Kite pun sama. Mmg tak leh la nak bawa arissa sebab dia tak pernah walau seminit nak dok diam. Hahaha. Ada je yg nak dikerjakannya. Huuu. Btw salam Ramadhan wa!

Cik Puan Rara said...

owh bento cuti lah eh.hehehe.selamat berbuka wa.

Love Razila said...

salam ramadhan...emm tahun ni pestime BF and pump di opis. Alhamdulillah...pagi tadi sempat ambil kurma coklat TMS dgn air masak but output masih ok. Syukur dipermudahkan =)
Selalu baca doa yg tertera kat blog awak. Suka...

Mimy Hamid said...

elman puasa tak hehehe..