..::Wawa Yusoff::..: ..::Roti lapis daging berkeju::..

Tuesday, July 16, 2013

..::Roti lapis daging berkeju::..

ini resepi yg sangat senang, cepat dan mengenyangkan!
aku buat banyak kali dah tapi ini kali lah baru nak up.

selalu aku buat yg simple kapit mcm sandwhich je. bakar pun pakai pemanggang ajaib. tp ni semalam aku olah sikit buat mcm pie


*Panaskan Oven 190' utk 10 minit*

bahan - bahan

Bahan A
daging kisar ramli 2 keping
bawang besar - ikut selera nak byk mana
bawang putih - ikut selera nak byk mana
halia setengah inci
serbuk kari/sos cili/sos tomato/sos spageti - ikut korang nak pakai yg mana
mix veggie - nak tukar sayur lain pun boleh, taknak pakai sayur pun xpe
Mozzarella Cheese

Bahan B
susu segar
telur 2 biji
roti 5 keping.

Cara - cara Bahan A
Bawang2, dan halia cincang halus. kemudian tumis
masukkan daging dan biar sampai masak.
masukkan sos pilihan korang.
masukkan sayur mayur
tumis tumis dan tumis sampai korang rasa cukup masak semuanya. 
tutup api dan biarkan.

Cara - cara bahan B

Potong roti kepada 4.
Bancuh telur dengan susu. 
Celupkan roti dan susun dalam loyang pembakar. 
-maksure dulang da sapu majerin-

Bila dah susun elok utk layer pertama, tuangkan daging tadi dan ratakan atas roti. taburkan cheese. teruskan untuk layer yg kedua. utk layer kedua tu biar cheese kat atas tu banyak. sebab nnt kalau bakar cheese tu akan serap abis kat daging. Kalau cheese sikit nnt daging layer atas tu jadi kering dek kerana panas oven tu. Bakar selama setengah jam.



UPDATE :-

 klu takde oven pakai pemanggang ajaib pun boleh. takpayah pakai loyang. 
just susun terus kat dalam pemanggang tu 
*kalau buat pakai sos spagetti nnt rasa dia mcm lasagna cuma lagi gebu, lagi lembut dan tak muak*



**Tak sempat komen??? LIKE pun OK ape :)
 

13 comments:

~ NANA ~ said...

nak try nak try! tq wa :)

PinKy MoMMa said...

menyelerakannnnn..klu boring2 makan nasi..boleh makan ni kan ;)

thanx wawa share resepi hehe

e k i n ♥ y u s r i said...

yg nie boleh pakai pemanggang ajaib ke wa?
klu pemanggang ajaib, nak bakar brape lame ea?
x penah gne

hayati hashim said...

Nk try. Tpi bukan sekarang sebab sekarang xde rumahtangga. Kiki.
Tq wa share resepi.

puan.mila said...

sodapnya..nk kena cuba nih..

Mimy Hamid said...

sedap sedap..tp takde oven la

Cik Puan Rara said...

aduhhh nmpk cm best.nk jugak lah.

ctmah said...

wow!nampak sedap wawa!
weekend ni nak cuba laaa =)
tq for the recipe

ciksuen said...

walla~ nmpk superb sgt tau..

cha said...

kalau tak guna susu boleh tak. i tak bolela mkn susu segar kembang tekak haha

D Yatie said...

@_@ selera betul nengok nyerrrr...

Nadt said...

senangnya..nak buat jugak la nanti..

eamy milea said...

wahh macam best je...nak try lah nanti...insyaallah.. :)