..::Wawa Yusoff::..: ..::Cerita hujung minggu & Puding Karamel::..

Tuesday, July 23, 2013

..::Cerita hujung minggu & Puding Karamel::..

hi. assalamualaikum.

Isnin datang lagi bersama kesakitan hati..!!
dah. malas nak pk. saya sedang berpuasa.
tu pesan ustaz Ebit Lew. Kalau rasa2 nak marah ke nak maki hamun ke selalu bgtau dgn diri...Saya sedang berpuasa

Harini plak selasa datang dengan kesukaan hati. Pasalnye ape yg buat aku sakit hati semalam dah dapat balik ape yg dia buat kat aku. What u give u get back!

Moh ler kite sembang cerita minggu ini. Jumaat aritu aku lesu. kan kami sibuk berbubur lambuk kan. So aku mmg rase malasssss sangat nak masak. Ajak makan luar je. lepaskan maghrib dulu, buka ala kadar br keluar. Aku ajak makan Papa John. Sesekali tukar selerea.. asik makan nasik je hari2. lg pun nak membeli kasut raya elman. kebetulan akak aku ade kat rumah. dia mc jadi dia buat kan roti sardine. Menu buka haritu bubur lambuk dgn roti gulung sardin. Nak resepi jugak? Toksah mengade. sardine je pun!

Masa kat jasko rawang, kemain active si elman. nasib la time makan tu dia elok2 je bediri2 kat kerusi, baring2 sambil makan wedges. Dapat la jugak kami makan denga aman. pastu dia da kenyang dia da start nak main2.

Ni time kat Play place jasko. dia leka men kereta ni. Dia leka sangat dengan animals yg ade kat dalam box kereta ni. Kakak aku yg layan kan dia. Mirzal gi bayar kasut raya dia. Oh, membeli kasut raya elman sangat lah senang. tak baper la nak senang sangat. Dia tetap maintain dengan supersonic power dia. tp bile sampai bab nak mencuba kasut elok je dia hulur kaki. senang. tak gaduh. ok, settle kasut elman mikhael!

Hari sabtu pagi aku balik umah mak aku. kengkonon nak tinggalkan elman sebab aku ngan mirzal nak pi shopping barang kitorang plak. Mirzal anta keta dulu service. Major service ko...pukul 4.00 nak dekat kol 5.00 baru selesai. Total burst RM 615.85. Aiyak! Shopping mende??? Sudahnye gi bazar je beli murtabak dengan air tebu. 



Ahad mmg kitorang keluar gak pg shopping. Tinggal jugak elman kat kakak2 aku. senang je depa jaga elman. bwk pegi main kat Kremlin. elman mmg suka main kat pool ball ni. Main sampai letih sampai tido straight 3 jam. Tapi nye kitorang bukan shopping brg kitorang pun tp pegi beli baju elman mikhael... LAGI..... kitorang pg hytex warehouse sale kat Dewan Serbaguna MPS. Kali ni pegi tak meriah sangat. tak mcm tahun lepas [LINK] Tp cukupla untuk baju basahan elman mikhael. Baju pakai hari2 nak anta umah pengasuh.


Balik je dari warehouse terus tungtang2 kemas rumah dan ape2 yg patut sebab kawan2 nak pot luck kat rumah aku. diorang pesan aku buat air je, makanan diorang bawak, fuhhh..memang best la! sungguh. mmg aku buat air je. kekeke. Eh, takla. melampau sangat la kan kalau mcm tu.. Aku buat lagi Roti Lapis Daging Berkeju tu. Kali ni resepi aku ubah sikit, tak pakai halia dan guna sos spagetti. Lazat..! Rasa dia ala2 lasagna :) Fokus pic makanan tu yg aku dah potong2 4 segi dalam pinggan tu. Memang sedap kali ni. Lots..and lots of cheese :)
Elman mikhael sangat la baik. sangat baik. tak cranky langsung walaupun ramai tetamu kat rumah, dia buat hal dia walaupun ade gak kadang2 rasa nak buat mak nye ni menggaban! Tp mmg sangat baiklah compare dengan hari2 yg biasa... -,-

Ini adalah semalam. biasa lah kalau puasa napsu tak pandai puasa. kemain mcm2 tekak ni nak. Pastu tu aku ni kalau dah jenis teringin jam2 tu jugak aku nak buat.

Semalam sampai rumah mirzal nak gulai ayam, sambil2 menggulai tu sempat la aku buat puding ni tapi tak sempat la nak makan time buka puasa. lepas isyak baru sempat makan. aku buat seloyang. pagi ni dah tinggal separuh. Mirzal tak suke puding ni. 2 sudu je dia makan. Ntah Sape ntah makan sampai separuh loyang (",)

Aku suke puding ni tp kalau nak beli kat bazar sepotong besar gini diorang jual RM 2.00 ke RM 2.50 tau. mahal! pastu kadang rasa ntah ape2, dahla aku ni tak makan telur dpt plak rasa dia yg memang telurrr sangat. mmg mual! so, kalau buat sendiri boleh adjust! dan yg pasti kena dengan selera. So, resepi aku ni byk aku adjust. Aku tak guna air utk puding sebab aku nak mmg kenyal2 gitu texture nye.


RESEPI PUDING KARAMEL
sumber : Wawa Yusoff


Bahan-bahan Puding

4 biji telur size A
satu tin susu cair 
4 sudu besar gula
1sk esen vanilla

Karamel:
1 Cawan Gula
1/2 Cawan air

Cara-cara [Karamel] 
masukkan gula dan air ke dalam pan
 Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. 
Biarkan sejuk.

Dalam periuk masukkan semua bahan utk buat puding dan kacau sebati. Nak blend pun boleh. Panaskan dan kacau dengan perlahan. jangan sampai mendidih. Tutup api  tapis dan tuangkan adunan tadi dalam loyang berisi karamel. Kukus utk 30-40 minit.

Terbalikkan loyang dan hidang. siap!

eh, panjang nye entry kalini.



**Tak sempat komen??? LIKE pun OK ape :)

 

10 comments:

mama leen said...

em sedapnya.. baru ingt nak buat semlam.. kawan akak kata buh roti gardenia 2, 3 keping lagi sedap

e k i n ♥ y u s r i said...

pegi jugak warehouse tue
tp husband bebel
sbb wat sblum gaji
huahuahua

Fiza Rahman said...

Nampak cantik puding caramel tu. Saya ni salin resipi jer, buat tak lagi.

Resipi roti lapis daging berkeju pls ☺☺

ciksuen said...

dah amek gambar resepi,,mlm ni nk try..he..tq share! :)

Aeen said...

sedapnye la...favourite tu puding caramel..:)

ayahmamilisa said...

cantek je jadi karamel wawa..nak try wat jugak la :)

Aty_Fared said...

Gi jusco rawang tak bgtau..dekat dah tu umah..kalo tak ley ngedet sama2..heheh..:)

Love Razila said...

Emmm gamaknyer kalau xbubuh telur xjadi kot eh??Xsuke telur gakkkkk

ctmah said...

wawa!nak resepi roti lapis daging berkeju tu...rasa kecur dah ni..hehe

Cik Puan Rara said...

haritu rara buat karamel fail.nt nk buat lg.xpuas mkn haritu.servise kete 600 lebih.huaaaa nangis.dh lah nk raya.