..::Wawa Yusoff::..: ..::Gold Coast Morib Review::..

Tuesday, March 19, 2013

..::Gold Coast Morib Review::..


Hi guys! kali ni aku buat review details ek pasal 

Gold Coast Morib Birthday Promotion 2D 1N : RM 268.08

Dalam birthday promo korang akan dapat complementary Ticket to waterpark untuk 2 orang yang korang boleh masuk bile2 ikut suke ati korang selagi korang masih menginap di resort. Dengan syarat JANGAN TANGGALKAN gelang pas masuk tu.

Selain tu, korang juga akan dapat Buffet Dinner and Breakfast juga untuk 2 orang. Birthday person akan dapat birthday cake dan birthday present semasa dinner. Dan hal ni aku x bagitau kat mirzal. kengkonon ade la saki baki surprise untuk dia. Dala nak pegi sini pun banyak hal. haha :))

Selain dari tu korang juga akan dapat voucher untuk main motor ATV. ala, motor besar tayar 4 tu :p

Cake dia rasa biasa2 je. Ade lagi dalam fridge kat rumah. Food untuk dinner ok. As i said before, JUST OK. Banyak pilihan untuk buffet. Tempura, Nasik goreng jepun, Booth nasi ayam, spaghetti, air 4 jenis, salad2, desert and kuih muih. Boleh telan dan kenyang sudah. Memandangkan elman mikhael dah pandai makan nasik, aku pun amikkan la nasi ayam kosong dengan sup untuk dia makan. Berselera jugak dia makan malam tu sambil layan upin ipin. 

Kalau korang nak beli kudapan or makanan kunyah2, aku nasihatkan beli kat luar siap2 or bawak dari rumah. Memang ade kedai serbaneka kat situ. tapi mahal. better bawak siap2 roti ke cikedis ke untuk makan2 kat bilik. Tapi percayalah, korang takkan sempat nak makan pun sebab 2D 1N tu suntuk sebenarnye nak buat mcm2 aktiviti :p

Breakfast dia komsep outdoor. memang best. berangin je makan tepi kolam boleh nampak pantai. Breakfast buffet adalah way much better dari dinner. Macam2 makanan ade. Bubur, toast bread, croissant, nasi goreng, mee goreng, banyak lagi lah. Dim sum pun ade! Kalau perempuan kuat makan mcm aku memang semua pun nak telan. dah kata perut stokin :p


Kalau yang lepas aku review keseronokkan bilik. yup, bilik memang sangat selesa. dan kali ni aku nak review pasal waterpark. Waterpark dia memang best. slide memang banyak. Kalau boleh pakai proper swimsuit la mcm muslimah punye tu kan. kain dia licin. Kalau korang pakai tracksuit or legging yg jenis kain t -shirt tu takpayah la korang naik sebab mmg confirm takkan turun. tesekat tengah jalan.. ahahaha. ye, aku gelakkan diri sendiri. aku pakai legging yg licin mcm swimsuit tu, tp pakai jersey, kengkonon mcm cukup licin, sudahnye aku mendayung di dalam terowong. Nasibla dlm terowong tertutup tu orang tak nampak. tp dah sampai hujung2 tu mmg ketawa2 mirzal tengok aku. Gilos! malu kot dengan life guard yg jaga =))

Elman sangat pandai enjoy. Dia hepi je bawak main air. siap taknak naik lagi. jangan xtau, aku bawak tau dia main slide tu. wakaka. Gilir2, memule mirzal bawak, pastu aku bawak. Muka dia cuak tapi nak naik lagi dan lagi dan lagi... asikla tolak badan dia nak ke tempat tu. Sampai bilik bawak berendam dengan Jacuzzi pulak. bagi air suam. kat kolam tu dala air sejuk mandi pepagi pulak tu. Yg kelakar nye si elman boleh mintak nenen masa dalam Jacuzzi, layan kan la jugak. haus kan mandi kolam tadi, lepas tu dia terus tido..! Ye, dia tido masa tengah nenen dalam Jacuzzi masa tengah berendam... ayoyoyo.. ngantuk sangat sampai dalam air pun boleh tido.. Masa dah siap kemas2 nak checkout elma  masih pengsan!

Masa nak checkout gigih la mommy pikul elman, nasibla mirzal dah antar semua barang ke kereta. Lepas checkout konon nak pi main ATV la, lepas amik voucher si mirzal tak baca betul2. Rupe nye waktu main ATV adalah pada pukul 5pm - 7pm. Jadi di sini kami tersilap dan terasa rugi. Kalau korang datang check-in TERUS REEDEM voucher ATV tau. so korang boleh main petang tu jugak.  Tapi kalau x main, korang di benarkan untuk claim gift yang disediakan. Mirzal suruh aku pilih, jadi aku amik doll seramik baby boy baby girl. cute. gambar takdek! lupe!

So, aku rasa setakat ini sahaja review yg aku dapat buat. harap dapat membantu korang yang kepingin untuk kesini. Weekend Gateway adalah sangat sesuai..!! Dekat je, kalau ikut plus amik exit KLIA. kat roundabout nak ke LCCT tu ko ade singboard Gold Coast Morib dan please alert jangan ikut Gold Coast Sepang. Kalau sesat jangan salahkan mak incek ye.  

Ok, jap. kalau malam kawasan resort ni memang ade bau yang sangatttt tidak menyenangkan yang datang dari kilang sebelah. Tapi kawasan luar jela, tak masuk bilik pun bau tu unsless korang mmg suke bukak pintu bilik seluas2 nye. Tapi pada aku, ape ade hal, malam2 aku tido! Aku berpuas hati dengan service diorang, receptionist ok, life guard yg jaga waterpark pun tak marah2, cafeteria punye waiter pun elok. So, far bile di tanye pasti aku jawab mahu datang lagi...!! :)

kalau nak booking boleh ke sini..![LINK]





**Tak sempat komen??? LIKE pun OK ape :)


 

6 comments:

e k i n ♥ y u s r i said...

waaaahh..bestnye g bercuti

e.t.t.y said...

perut stokin tu camne pulak roman eh???? haha

Allene said...

thanks for the review wawa.. tak sabar nak booking plak.

Cik Puan Rara said...

yeay! thanks sbb review.nk try book.

SweetLikeWhat said...

wah menarik..best2..berbaloi dengan harga ;)

Anonymous said...

Bad accomdation n service.. kena tunggu sampai pukul 7 malam baru dapat bilik..