..::Wawa Yusoff::..: ..::Birthday Trip For Cinta Hati::..

Monday, March 18, 2013

..::Birthday Trip For Cinta Hati::..

In a small word : Weekend Escaped! :)

Alhamdulillah tertunai jugak hajat di hati untuk membawa mirzal celebrate birthday dekat tempat lain dengan cara yang lain. seronok! *sebenarnye xtau dah nak beli hadiah ape kat dia*

Macam2 kesah aku nak membawak si beliau ni ke sana. berdolak dalik dia xnak pegi, last2 mau jugak. Gold Coast Morib Resort.  Aku amik Burthday promo package :)

Kitorang gerak dari sungai buloh dalam 12.30 dan konon2 nak dekat ikutlah klang sbb dah dekat sangat dengan Banting.. last2 menyesal tak sudah! Klang punye Jammed ya ammmmpppunnn....!!! Nak muntah aku duduk dalam kereta. perjalanan yg pendek jadi lama sesanggggattttt..! nasiblah si elman elok tido je sepanjang jalan tu. aku pun dapat la lelap kejap2. x leh lelap lelame, mirzal ni senang ngantuk kalau drive dlm cuaca terik. cepat je nak tutup mata nye!

Sampai morib tepat2 pukul 3 memang waktu check in. Boleh tahan beratur org check in mcm kat mekdi. sirious x tipu. Si elman mikhael dah start melasak x boleh duduk diam. Asik la nak merangkak kat lantai tu. Di pegang tak mau. Lepas dapat bilik terus serannggg...! 


Ni bilik kami. Studio Room. ko nampak tak makhluk comel sedang beradu lena di situ :)

Bilik sangat selesa, lengkap dengan Jacuzzi  Memang mirzal dan mikhael sangat enjoy. diorang berdua je dok bergelumang dalam Jacuzzi tu. Mommy of coz la bizi nak kemas2 kan baju masuk almari elok2, setup ape2 yang patut.
si kecik ni muke penuh teruja je mandi bubble banyak2. yg aku geram kan tu dia sibuk nak makan buih tu! sakit perut kang!


Elok lepas solat aku ajak mirzal turun cafe carik makanan. lapar! elman mikhael pun x makan pape lagi. Kitorang decide makan kat situ je, malas nak carik makan kat luar. Kalau dah makan kat situ haruslah ko paham harga nye kan. Dah kata malas nak keluar, bayor jela. haha. 

Cafe ni pulak ngam2 sebelah water theme park dia. kitorang dudukla kat cermin2 belakang sebelah kolam tu. Dah la si elman ni tak tentu arah asik nak ke kolam je. tak boleh duduk elok2 dah. asik menjerit2 nak ke kolam. sudahnye kitorang makan gilir2, sekejap aku bwk dia tepi cermin tu, sekejap kang mirzal pastu si elman ni hanya boleh makan klu duduk dekat2 dengan tepi cermin kat kolam tu. tak kesahla nak, janji kamu makan. Pastu dia dah start cranky, dah kenyang dan mengantuk.

Naik bilik kami ni semangatlah nak tukar baju pi turun main air. masa tu dah pkul 5.45. Sampai je bawah terus hujan!! ceh! takde rezeki nampaknye. naik la balik. elok sampai bilik elman dah tak larat nak tido sesangat. Pastu hujan dalam 5 minit je! tau aku tunggu je kat  bawah. Kesian kat elman, tido kan la jugak. dalam 6.30 camtu ari cantik panas. Kitorang yg tak keruan nak pi main air. haha! tukar kan baju mandi elman, dia mmg tak sedar. tido jugak. angkut la jugak dia bwk turun. memang dia tidoooo je sampai lah tepi kolam. usap2 dengan air baru dia bangun. terus eksaited nak turunkan badan ke kolam! kelakar la anak aku ni. Elman mikhael sangat suke dan pandai main air. kitorang siap bwk dia main slide lagi. muka cuak tapi mau lagi dan lagi :)

Malam tu lepas maghrib terus gerak untuk Dinner pulak Dari segi foods, ok2 saje. nak kate sedap tidak, nak kata tak sedap pun tidak. just ok! masa dinner ni la diorang bagi cake and birthday gift untuk birthday person. Best jugak. Ramai jugak yg birthday sama dengan mirzal. banyak meja ade cake. hihi :)

Malam tu konon nak pi pusing2 resort. tp kat tangan dah penuh barang. ingat nak pi anta dulu. tp bile dah masuk bilik dah malas nak keluar. si elman plak syiok main kejar2 dalam bilik dengan kitorang. sampai tido pun kena paksa!

Esok nye breakfast dan sambung main theme park lagiii then checkout!

Details review akan dibuat kemudia. yg ni cerita2 mengarut untuk hari minggu kami :)



12 comments:

Lyana MK said...

ritu pun beli deals gak tuk bufday hasben... tp yana x suke la makanan dia.. x semenggah..huhuh tp part private jacuzzi best.. hahah tp time tuh fayyadh baby lg...dia x pandai main...so pass masuk theme park gone gitu je

Mimy Hamid said...

akak dah plan nak pegi jugak...tapi tunggu husben betul2 free...macam syok je tgk elman mandi

Syima Syaz said...

nak beli gakla utk bday husband next mont

sweetlavender86 said...

jacuzzi tu bestt!i hari tu siap 4 beranak berendam.wakakaka..lepas mandi pool msuk bilik lepak jacuzzi plak.fefeeling omputih.wakakaka

Aty_Fared said...

Waaahhh beshnyer hadiah..hurrmm..aty teringin gak nkhadiahkan asben camni..tp memanjang asben taknak...hurrmmm acaner...

Allene said...

uhhuhu lin pun plan nak g masa bday hubby. masa bday lin da busy.. uhhuuhuh... best2... =D

ctmah said...

wow!bestnya..ptg semalam lepak2 tepi pantai morib aje =)

ciNDerella stRikEr said...

nad pon baru pg hari tu. best kan wawa. tp deal yg nad beli tu bukan utk bday. kan best kalo ada aniv promo. bole feeling2 candle lite dinner tepi pantai. ecewaaah..

Bardboo said...

best jugak ni kan untuk aktiviti2 hujung minggu..nanti nak ajak hubby la...

p/s: Saya ada buat segmen 'Aku Seorang Surirumah'. Segmen tamat pada 30 April 2013, dan hadiahnya adalah Mivva Beauty Box. Jom la join sekali ye.
Bacaan lanjut di sini: http://bardboo.com/segmen-aku-seorang-surirumah/jom-join-segmen-aku-seorang-surirumah

erna said...

bahagia rasanya dapat bercuti macam tu dengan si cinta hati. bukan berdua..tapi bertiga. cepatttt review harga sume la senaraikan. malas nak servey. dgr cite wawa je la. hehehe

Cik Puan Rara said...

woooweeee best nya!

SweetLikeWhat said...

seronoknya..terasa nak pergi bercuti baca entri wawa ni..