..::Wawa Yusoff::..: ..::Tips bwk anak kecil bercuti dan makakannye::..

Friday, February 1, 2013

..::Tips bwk anak kecil bercuti dan makakannye::..

ok. meh nak sambung cerita pasal makanan elman mikhael sepanjang percutian kami.

Pada asalnye mmg aku amik jalan mudah nak bg makan cerelac je memandangkan kemudahan yg tak ckup coz stay kat hotel. Tp anak buah aku si amani(7bulan) x makan cerelac. dia mmg makan bubur nasi. jadi aku bawakkan jugak slow cooker. Dan keadaan aku yg x berape nak cerdik ni pulak dah tau bwk slow cooker tak pulak aku pk utk bwk beras dgn ikan bilis.

Sampai hotel amani dah meragam, elman pun aku bg jugak la cerelac. mmg licin dia makan. syg nye TAk CUKUP. Sila paham kehendak perut anak anda ye. dah kalau ko ajar dia makan nasik hari2, pastu tetibe ko bg dia makan cerelac sejemput sah2 la x cukup kan.

TIPS.. 
kononnnye... hik3

ok. untuk korang klu pegi naik kereta, aku nasihatkan bawakla slow cooker. sangat membantu ok. sebelum tidur ko masukkan beras, air banyak2 sikit. pastu ko on letak kat level LOW. esok pepagi dah boleh bagi anak ko makan. kalau ko bawak termos, ko siap boleh bwk bekal lagi nasik tu masa nak pg jenjalan.

ini yg aku bawak. size dia sangat kecik. boleh muat dalam beg longchamp size sederhana. ha kau, x tau nak describe cmne size nye. haha =))

Lepas tu beras pulak klu rajin bawakla. Tp kan aritu abg aku beli yg ketupat nona mini tu. aku rasa lagi praktikal. masa nak masak tu amik je sepaket bukak masuk dalam periuk. Texture dia lagi lembut sbb beras dia mcm halus2 dr nasi biasa yg kite makan. janganla ko masuk dengan plastik2 pulak. kental nau gusi anak ko nak ngunyah ketupat :p

Pastu untuk lauk pulak, dari rumah ko gorengkan ikan bilis. agak2 cukup untuk sepanjang tempoh percutian ko la. dah goreng tu ko blend halus2. nnt masa anak nak makan ko campurkan sikit kat nasik. at least adelah rasa sikit. tak la anak ko makan nasik tawar je. klu rajin bwk la buah yg susah nak busuk. tak pun sepanjang nak ke utara tu kan ade banyak hentian R&R yang jual buah. ko sambar je 2,3 bijik. ade gak snack untuk anak ko kan. xdela budak tu boring makan nasik ikan bilis je. kalau mangga tu boleh je ko lenyekkan untuk campur dgn nasik. pisang pun ok. sedap.

Ini antara yang aku belajar dari kesilapan. yang mana aku tak bawak ape2 pun kecuali cerelac. Dan mcm aku memang suke masak hari2 untuk elman mikhael makan, perasaan x dapat siapkan makanan dia dengan sempurna mmg satu keresahan buat aku!!

Nasib aku baik sebab di utara memang Popular dengan MOI. iaitu nasik lembik yang di makan dengan sup. Bila beli bungkus, nasik dan Sup dia akan bungkus berasingan.


ginila rupanye. memang banyak kat sana. dalam keadaan terdesak. aku beli kan MOI ni untuk elman mikhael. tp xde la aku campur sup tu. Aku bagi nasik kosong tu jela. yg sedap kat satu kedai tu aku beli Nasik tu dia da siap2 ade ayam sekali. sedap sikitla elman makan. 

jadi untuk korang yg nak pegi bercuti ke mana sahaje pun nnt.bawak la slow cooker ni. kecik je size nye, ringan dan praktikal.

Harap aku dapat membantu ye.


9 comments:

CikNaa said...

baru dengar pasal MOI ni.. mcm bubur nasi, tp ada lauk yer..

Wawa Yusoff said...

ye ciknaa : lembik mcm bubur tp berlauk. sdap!

erna said...

wawa..tips yang bagus. TQ sharing =)

cik chinta said...

bgs r tips ni. npk gaye kn r asingkn det nk bli slow rice cooker ni kn. agknye klo dr sabah ke smnjg angkut pon larat x? xyah blend ek klo masak bubur ni? x tercekik ke?

Wawa Yusoff said...

Cik.chinta : klu stakat nak angkut cooker ni mmg boleh sangat. Cuma kena balut elok2 dgn suratkhabar or kain la sbb tutup dia kaca. Klu letak air banyak mmg bubur akan jadi sgt lembik. Xpyh blend. Lenyek2 dgn sudu pun da ckup halus.

Wawa Yusoff said...
This comment has been removed by the author.
yatd said...

bagusnye......

veesakura said...

sungguh rajin!

eamy milea said...

kalau katkelantan ...moi sup tu dipanggil nasi air.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...