..::Wawa Yusoff::..: ...:Lari ke LANGKAWI::..

Friday, February 1, 2013

...:Lari ke LANGKAWI::..

pheww.. bersedia untuk entry yang panjang kali ini..!

cuak ke tidak nak membacenye. x ah. aku tipu je. aku sendiri malas nak nulis panjang2. Langkawi je pun kan. most of u dah familiar and kenal sangat2 dengan tempat ni. kalini dah masuk 3kali sampai langkawi. dan yg paling best adalah kami berkonvoi beramai2 dengan adik beradik and parent. best sangat!

Last time pegi naik flight  so x rasa sangat la penat. tp kali ni pegi konvoi naik kereta memasing dan kami ofcoz dengan elman mikhael yg lasak itu. kesian aku nengok nye. letih dia. 3,4 kali tido bangun pun x sampai2 rumah lagi. haha

Aku buat review sikit2 la ye. mana la tau kot2 ade antara korang yg tgh plan nak ke langkawi dengan anak kecik. kot la aku boleh membantu kan :)

7.30 am @ Kuala Perlis

kami gerak dari rumah 22.1.2013 pukul 9.000 malam lebih kurang lepas isya' gitu. klu bwk anak kecik ni jalan malam adalah lebih memudahkan. sebab malam dah tentu waktu tidur diorang kan. jadi xdela dorang melasak dalam kereta. aman sejahtera sahaja. kami tiba kat kuala perlis jam 4.30 pagi dan tggu masjid bukak untuk solat subuh. selesai tu semua pakat2 tukar baju dan bersedia untuk ke langkawi. Oh, agak pelik solat subuh di masjid kuala perlis, imam x baca doa qunut  pun pastu Al-fatihah dia pun xde Bismillahirrahmanirrahim. Abg ipar kata senario tu biasa di sana sebab mereka berasaskan Mazhab Wahabi. WaAllahua'lam.

Dari segi kemudahan untuk membawa anak kecik aku prefer bawak Buggy dan Carrier atau aku panggil Beg Kangaroo. ehehe. Tp klu korang ade stroller yg jenis ringan dan senang nak handle mcm certain Quinny, Graco dan Combi bawak jela. xde masalah sbb nnt kat tempat nak masuk feri ade crew akan tolong. Tp memandangkan Stroller elman mikhael SCR 5 dia tu agak bulky dan x friendly user langsung maka nye aku pakai buggy anak buah aku je si aina. ringan dan boleh dilipat2.

Ticket Ferry : 
RM 18.00 : Adult with Mykad
RM 13.00 : Child with MyKid
Free : Child Below 3yr


persinggahan pertama kami adalah di Idaman Suri. tempat nak membeli barang rumah yang memuaskan hati aku dapat beli non stick pan dan pemanggang ajaib kononnye. ahaha :D
keadaan si anak terbiar ketika ibu2 sibuk membeli belah :)

Kalau pegi langkawi mesti nak singgah sini sebab mmg murah. Luminarc, Correlle, Vantage, eh. banyak la lagi. semua ada. pastu kami pi Gamat Nusantara dan Check-in di Federeal Villa @ Pantai Chenang yang sangat best pantainye. Bilik dan apartment yg kitorang dapat pun mmg best minus all the bad services. sikit2 tu maafkan jela. huhu

Tempat yg paling best kalau jalan bawak anak2 kecik yg dah berakal ni adalah di Wildlife park
Rabbit ni cium2 kaki elman. hihik 

kat sini memang best. binatang2 semua dia biar lepas gitu je kecuali buaya. haha. Dekat entrance nnt dia offer kalau2 kita nak bagi makan kat semua binatang ni dia jual RM 10 utk 2 beg makanan. dalam paper bag tu semua ade. apple, seeds, carrot, cabbage, peanuts. ade makanan untuk semua binatang. memang enjoy. Elman Mikhael sangat happy dan tak takut langsung. Geram aku nengok kan gelagat dia!

Entrance Fee:
RM 15.00 : Adult with Mykad
RM 10.00 : Child with MyKid
Free : Child Below 3yr


ok. cukupla kot. lain2 tempat kat langkawi mcm makam mahsuri and cable car tu biasa2 jela. nak review pun xtau nak cakap pasal ape.

Ni nak cerita pasal hal makan elman mikhael sepanjang 6hari punya vacation yg tiada dapur dan blender. tp aku bwk slow cooker. Mengaku memang salah aku yg terlepas pandang untuk fikirkan tentang makanan elman mikhael dan ape kaedah yg sesuai untuk aku bg makan kat dia kat persekitaran yang serba kekurangan untuk dapat kan makanan yang sesuai untuk baby. 

Untuk preparation kepada yang nak pegi akan datang, jap lagi aku up satu entry ye. dah tibe time rehat. 

Lets makan!



1 comment:

yatd said...

kat mane yg ada abit tu...???kitorg tak jumpe pun or mb masa suntuk so tak smpt nak pg semua tempat....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...