..::Wawa Yusoff::..: ..::Air mata untuk anak yang tidak aku kenali::..

Friday, February 8, 2013

..::Air mata untuk anak yang tidak aku kenali::..

innalillahiwainnailaihirojiun..

Al Fatihah untuk adik Ahmad Adam Syukri
Syurga untuk kamu sayang...

Ahmad Adam Syukri, mommy tak kenal awak, mommy juga tak kenal mama & ayah awak. Yang pasti mama & ayah awak menjaga awak dengan sempurna. Mommy mmg follow perkembangan awak sejak dari awal. Tak tau ntah berapa kali air mata mommy menitis untuk awak. Dan harini adalah hari terakhir mommy menitiskan air mata. Tp dalam keadaan yang tersenyum mommy menangis.

Mommy bersyukur sayang, allah dah hentikan kesakitan awak. awak x perlu lagi kena cucuk, kena operate mata, wayar berselirat di tubuh. awak tak rasa dah semua tu! mommy lega. Kuasa Allah besar. Dari awal awak sakit kedaan awak sangat la kritikal dari segi fizikal. Tapi Allah amik awak dalam kedaan yang sempurna. dengan tubuh dan kulit yang cantik, Suci...! SubhanaAllah..

Adam, Syurga untuk awak sayang......



Semalam dalam pkul 2.30 aku terpanggil untuk bukak page Adam. aku takpasti kenape. tp mmg sepanjang tenghari semalam aku teringatkan Adam. Bile bukak page dia rupe2nye, Adam dah pergi menghadap Illahi... Menitik air mata aku dan tersenyum.... Adam tak sakit lagi dah..

Balik jumpa elman aku terus sembang dengan dia. bagitau kawan dia dah takde. memang aku selalu sembang pasal adam dengan dia. memandangkan diorang beza sebulan je. aku pernah tunjuk gambar arwah Adam kat dia. Sambil aku cakap kat elman doa untuk Adam. Aku selalu cakap kat elman, tolong mintak dengan Allah ape sahaja yang terbaik untuk Adam.

Dan Allah telah memberikan yang terbaik buat Adam....

Aku mmg respek kat parent arwah Adam. diorang menjaga adam dengan sangat sempurna. sabar dan mmg berserah kepada Allah. Moga diorang tabah dan diberi kekuatan atas dugaan yang diberikan. Betapa istimewa nye mereka diberi dugaan dan juga Rahmat sebesar ini..


Selepas solat jumaat arwah Adam akan dikebumikan di Kabong. Sarawak.


Al-Fatihah untuk Ahmad Adam Syukri....







4 comments:

ctmah said...

Al-Fatihah..sayu hati

Aeen said...

Al-Fatihah...semalam bila tau dia meninggal menagis gak la..sedih sangat...sebak rasanya..(T-T)

e k i n ♥ y u s r i said...

xleh nak bce
terus menitik air mata
al-fatihah

MimahAjil said...

baca coretan Wawa buat airmata ni menitis lg...semoga Adam syg tenang menghadap Ilahi.syurga adalah tmptmu syg.AlFatihah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...