..::Wawa Yusoff::..: ..::Puree keledek & Nasi Carrot::..

Thursday, January 10, 2013

..::Puree keledek & Nasi Carrot::..


ini adalah menu harini... :)

ada yg tanya sukatan beras yg aku guna kat stegram aku semalam. OK, ini lah sukatan sebenar yg aku gunakan hari2 utk masak bubur elman mikhael. Setengah pot kecik untuk 3 kali makan. Tengahari, petang dan malam.

Sarapan : Puree keledek + daging
Tengahari & petang : Nasi carrot + ikan bilis


Bahan2 untuk Puree keledek :
setengah biji keledek
seketul daging (size bebola)

cara-cara :
Stim/rebus keledek hingga masak bersama daging
**aku buat serentak pasal nak bagi keledek tu serap stok air daging. barulah sedap :)
Blend betul dan makesure daging betul2 hancur.

Bahan2 untuk Nasi carrot :
Beras setengah pot
carrot 2 ketul size (ice cube)
setengah biji bawang (size kecik)
**nak bagi rasa manis2 sikit
Sedikit ikan bilis untuk rasa masin
(aku guna dalam 10ekor ikan bilis size sederhana)
**Pastikan dibuang taik nye dan tulang. basuh betul2.

Cara-cara :
Masak nasik bawang dan ikan bilis sekaligus.
setelah nasik masak, keluarkan ikan bilis dan nasik sedikit untuk di kisar
**aku blend sikit dengan nasik sbb kan susah nak blend ikan bilis semata. blend betul2. tersedak plak baby korang nnt
Masukkan carrot frozen dan kacau hingga cair
Campurkan semula ikan bilis yg dikisar tadi
Blend kesemua bahan mengikut kesesuaian. nak buat bubur kasar boleh nak buat halus boleh sebab kan dah blend ikan bilis awal2 tadi.






3 comments:

Mummy Damia said...

izwa tak berani nak bagi Damia makan keledek sebabnya izwa dan Damia memang sensitif perutnya kalau makan bende angin

erna said...

masa iman makan puree..erna rajin la bagi makan keledek yang kuning. kalau keledek ungu iman kembung. apapun keledek memang sedap!

iman tak penah makan daging lagi. selalu makan ikan salmon dan ayam sahaja. boleh cuba resepi ni :)

Liyana said...

nk try buat la weekend ni..sjk demam ni dh xnk makan pulokk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...