..::Wawa Yusoff::..: ..::Esok --> 16 Januari::..

Tuesday, January 15, 2013

..::Esok --> 16 Januari::..

Mentayang Gigi :D


Alhamdulillah esok genaplah usia si bulat aku ni 9bulan. Yarabbi...cepat betul masa berjalan. aku rasa mcm x puas nak gomol2 dia time lembik2 dulu. Rindunyer..!!

ekejapan je dia dah besar gini. gigi pun adah nak masuk 6 batang. "gigitan cinta" yang pernah dibuat amatlah ikhlas dan dapat aku rasakan "kasih sayang" yang diberikan. Menggigil2 mak nye ni ha nak susukan dia. huhuhu.

Elman mikhael dah start buat peramgai x nak makan. Grrrr. Jenuh mak nye buat mcm2 bubur, last2 dia makan cerelac. ape kes?? Aku rasa dia dah jemu kot. hurrmmmn. Haruslah membukak buku resepi untuk mengolah menu nampaknye ni. x mau aku dia makan cerelac je.

Elman mikhael membesar dengan sihat. alhamdulillah. aku dengan mirzal amat bersyukur dengan perkembangan dia. Lasak nye toksah cakap. Tak terlarat aku nak pegang dia kalau dalam kereta. Mulutnya x berbunyi tau2 je dah memanjat2,

Ini memang port kegemaran. Aku rasa speaker pak nye tu dah 5kali terhempas kot. tinggal nak hilang bunyi je. hahaha. ni gambar semalam. tak terlarat dah aku nak melayan dia. aku tengok je dari jauh.

Ni pun semalam gak. aku dah tak terlarat nak main kejar2 dengan dia. masuk je dalam kotak. terkawal sikit pergerakkan dia. Tapi 10minit je. Lepas tu kemek2 kotak tu jadinya Pastu dia sambung balik memanjat2. 
Dia dah pandai pilih buku kegemaran. kalau aku bagi buku lain kat dia ko siaplah tengok ngamuk dia. yang paling tak menahan sekarang ni bila dia takdapat sesuatu dia akan melenting melentik2 badan. Aku cakap kat mirzal dah " ni ade harapan nak hempas badan kat mall kalau tak dapat ape yang dia nak" Jawab pak nye "memang pun" Jadi, mulai sekarang kami kena bersedia atau train dia untuk yang lebih baik. Insyaallah.
Elman ni kalau main dia langsung tak suka di pegang. ko jangan haraplah dapat pangku2 dia kalau dia tengah main, memang menjerit dia. Tapi bile tido nak berpeluk2. kalau di peluk kemain lena lagi dia. Yang paling tak menahan suka tido atas lengan. semalam pagi dia kat atas lengan. aku pun nak bangun siap2 gi keje tapi dia boleh menggesek2 kaki dia sambil mulut jerit2 mata tutup tanda protes. Aku sorongkan balik lengan kat bawah kepala elok je dia terus diam. lena. Kebetulan aku sakit gigi, terus lah cakap kat mirzal aku x keje dan sambung bergolek bersama dia. 

ko tengok tu. dalam satu malam macam2 benda nak dibuatnya. ni belum lagi aku expose aktiviti dia kat dapur. segala laci nak di bongkarnye. bile tak dapat bukak dia jerit2. Geram aku! Memang nak kena beli gak safety gate ni. kang aku tengah goreng2 kot merecik minyak panas ke x ke naya. cukuplah sekali dia kena iron. ha kau, nak nangis aku nengok keadaan dia nangis pagi tu walaupun aku taksure sebeanrnye kena ke tidak iron tu kat dia.


ko tengok yang melecur tu. kesah nye gini, mirzal mandi kat bilik air dlm bilik, aku plak mandi kat bilik air luar dan boleh nampak la tv dr bilik air tu. sebelum tu mirzal elok je letak dia kat walekr depan tv. aku pun ade je dengar dia jalan2 dlm walker depan bilik air luat tu. tau2 je senyap.......... aku dengar mirzal menjerit disusuli benda jatuh. Bila aku sampai aku tgk muka mirzal dah cuak giler pastu dia basahkan muka elman dengan air. Aku tanya kenapa . Mirzal cakap "dia tarik iron yg kat ironboard tu pastu jatuh kena kepala tapi x sure kena yang panas ke tidak" Berderau weh jantung aku nengok dia nangis. Elman memang jarang sangat nangis keluar air mata. tapi pagi tu memang bercucuran. Tapi kejap je. akupun konpius budak ni nangis terkejut ke nangis sakit. Petang tu amik dia ummi liza dia pun cakap la yg elman melecur. ummi liza risau dah takut elman melecur kat rumah  dia. Yela, pengasuh kan. takutla kalau2 jadi ape2 kat anak orang.

Gitu lah elman mikhel. Lasak nye kadang2 buat aku sangat2 letih dah lesu bile time nak tido malam. Tapi bile bangun pagi tengok dia punye sengeh tu haaaaa... terus aku segar :)

Elman mikhael, mommy sayang kamu dunia akhirat. moga kamu menjadi anak yang bijak dan soleh. amin :)



**Nexwik nak pegi perlis dan langkawi. 22 - 27 januari. harap sangat elman mikhael sihat dan beri kerjasama sepenuhnya kat kami. InsyaAllah.



8 comments:

Allene said...

ciannya tgk tangan dia kena iron.... budak besar ni mmg tngah melasak...

cheQmOomOo said...

tp dia sgt comel..mcm nk gigit!

ISMA ILYA AHMAD PUAD said...

ala... syiannye dia..
mesti hati akak luluh tengok budak comel ni nangis hari tu

saya baca pun dah rasa sedih..
elman jadi anak yang soleh ye sayang ^_^

dia sangat comel ok kak!
hihi

~ NANA ~ said...

i suka tgk budak aktif! hehe...nampak panjang akal

alahaii pasal kena iron tu takotnya...cian elman :(

yatd said...

slam perkenalan

comel....

jom ke blog saya juga

erna said...

alaaaaaaaaaa kesiannya tangan melecur. kalau erna mesti dah join nangis sama..huhuhu

membesar sihat dan bijak elman!

Nor Aida said...

ya allah sebijik mcm anak saya bile memanjat kabinet tv tu.tu mmg port die klau nk tgok tv gak

LisaLisut said...

oh my..scary nyaa dgr dia kene iron.huhu..hannah haritu jatuh katil pn i dh rs guilty gila kene mrh dgn husben huhu. mmg lps ni kene be more careful la i..

time2 cm ni mmg ms diaorg melasak kan.kurus la mak dia hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...