..::Wawa Yusoff::..: ..::Segalanya Kembali Pulih dan FM::..

Friday, December 14, 2012

..::Segalanya Kembali Pulih dan FM::..

Memule sekali aku nak thanksssss kat engkorang semua yg bg sokongan moral kat aku masa aku up entry susah hati haritu [LINK]
Sengsorang aku senyum tau baca komen2 korang. mekasihhhh sangat2! best tau korang ni. walaupun kenal kat blog je tp korang murah hati nak share mcm2 petua dan nasihat kat aku.

Susu aku drop sangat korang tau kan. pernah aku pam dapat 3oz je sehari. aiyooo.. nangis! Now, dah kembali ok. aku bersyukurrrr sesangat! Ni aku nak share, dalam pada aku gigih menselamatkan susu yg hanya ada sipi2 je dalam badan aku ni, aku terpaksa go to FM @ 7 month and 3 weeks.

Kalau ko kata aku x sabar, silakan. yang aku tau aku nak anak aku kenyang dan boleh membesar dengan sihat. ape guna aku besungguh2 taknak bagi FM sedangkan anak aku dah meronta2 mahukan susu. ye, korang boleh cakap, anak dah makan so kenape nak kalut jugak untuk FM. betul x? Easy to say, NALURI IBU. ko je yg paham dan tau keperluan anak ko, berape banyak dia minum, berape banyak dia makan dan ape yg perlu dan tidak. betul tak?? jadi, aku rasa tindakan aku untuk dia tu  betul.

Dek kerana aku stress sebab susu drop dan aku masih gigih lagi pam, sebenarnye itu bukan cara yg sesuai. Ingat eh, konsep BF ni kena TENANG tapi dah kalau ko kalut nak push gak diri ko nak capai target mana mau nye ko nak tenang! Kat entry lepas aku ade ckp yg aku anta 15oz dlm 5 botol kan, kengkonon cukupla untuk anak aku minum bebanyak kali. hurrmmnn... aku salah. petang tu aku tanya ummi liza, cukup ke susu yg aku bagi. dia kata TAK CUKUP. dia terpaksa minum air kosong je kadang2. Oh myyy... kesian anak aku. Kitorang bincang2 dan kitorang decide untuk FM. Pagi masa aku nak anta FM tu, derai2 air mata tau x. mirzal pun usaha2 pujuk aku supaya tenang, doa banyak2 moga2 susu aku kembali ok.

Bile start aku bagi FM. aku kembali tenang, aku tak risau anak aku x cukup susu. dan aku masih pam macam biasa cuma tak kalut dan stress nak capai target. Aku masih hantar 15oz sehari dan kalau x cukup, ummi liza akan top up kan FM. kitorang start dengan Lactogen sebab nak tengok ade alahan ke tidak, kang beli memahal tetibe anak aku x leh terima susu lembu tak ke membazir. Alhamdulillah elman terima FM dengan baik. xde alahan susu lembu, x cirit birit dan x pulak batuk2 dan tidak pulak sembelit. Syukur, semua ok!

Aku masih teruskan pam sebab niat aku untuk dia BF hingga 2 tahun atau lebih. Ingat tau kalau korang kalau stop pam memang stop jugak la production. 
Kuasa allah itu besar. Anak aku minum FM hanya untuk seminggu. 
Sebab???? Production aku dah kembali ok malahan lebih banyak.... Syukuurrrrrr!!! Kan dah kata, konsepnye TENANG. aku perasan perkara ni yg bile aku x pk anak aku x ckup minum dan aku teruskan pam macam biasa hanya untuk memenuhi demand dia. 

Tapi bukan semudah itu ye. macam2 aku usahakan untuk production kembali stabil.

13 oz : 20 minit : 11.00 am : 12.12.12

TIPS kalau susu drop :-

1. Power Pumping
Aku buat power pumping balik. dan aku x buat malam. aku buat masa waktu susu aku tengah banyak,
contoh : korang mesti tau kan biasnya production susu korang banyak time bile. so masa tu korang buat. macam aku production aku banyak time pagi -  tengahari dan petang - maghrib. biasanya aku buat power pumping pukul 6.30 ptg.

2.Buat aktiviti kegemaran 
Aku suke mengemas. mengemas tu termasuk la mop lantai, cuci kain dan segala yang berkaitan dengan rumah. baking juga aku suke! bile aku mengemas mmg aku akan rasa bengkak  susu. tu maknenye aku happy.
Kat sini bukan lah aku nak kata mengemas boleh banyakkan susu ye! jangan korang salah paham plak. kang korang beriye2 kemas tp susu korang x meriah nnt kang korang ambush aku pulak. Konsepnye kat sini, bile kita gembira susu pun  akan meriah. 

3.Disiplin
 Disiplin kat sini aku nak sentuh tentang supplement dan waktu korang pam. Aku amik shaklee sebab aku takut gile susu aku kering. dah lembik sangat kot masa tu! mmg dah risau sangat2. Jadi mmg shaklee ni aku on time amik. untuk ganti balik ape yang badan kita dah hasilkan untuk susu tu.
Waktu pam juga memang aku tetap. xde tangguh2 sebab nak bagi production tu terus seragam

4. Tambah Sesi Pam
kalau biasa aku pam 2kali, kali ni aku tambah lagi 2 sesi. total aku akan pam 4kali dalam sehari.
11.30 am
4.00 pm
11.00 pm
6.30 am

Tujuannye nak bagitau kat breast bahawa demand dia banyak, so dia mesti buat  production lebih.

5.Lain-lain
yang ni aku nak sentuh bab makan. ye, macam2 aku terima nasihat untuk amik milk booster. 
antaranya : 

Milo + oat
lobak putih
susu badam
kurma cina
longan kering

dan aku try semua yg korang cadangkan, so aku xtau yg mana satu berkesan kat aku. hahahahaha :D

Selain dari susu PAM MODU aku pun dah kembali pulih..! hoyeyyy!!
ingat x aku pernah up entry modu dulu kan [LINK]
gambar kat atas tu kali kedua aku guna Modu selepas di servis. alhamdulillah beroperasi seperti biasa.

Dan sekarang ni aku kembali merasa bengkak susu selepas 2mingu tak merasa. Tesengeh aku sorang2 masa bengkak haritu sampai mirzal pun pelik. haha. aku berjaya hantar kan elman mikhael EBM sepenuhnya sekarang ni. tp aku memang ade tinggal la FM kat rumah ummi liza. Alhamdulillah... syukur!!




**P/S : aku buat entry BF dan aku selalu up gambar, bukan kerana aku nak riak dan takbur. sekadar untuk berkongsi dengan semua rezeki yang Allah bagi kat aku dan juga untuk berkongsi aku juga diberi dugaan seperti yang pernah korang alami. sekadar untuk berkongsi. aku harap takde yang terasa hati.. Kalau ade antara korang yang terasa hati dengan setiap entry aku berkaitan dengan breastfeeding. Aku mintak maaf..




15 comments:

fifi tiez said...

Tahniah dear!! Betul ckp u.kita je tahu keperluan ank kita..

erna said...

wawa..syabas!!!!
suke sngat dengan semangat yang wawa ada. seronok nya...seronok sangat! elman pun boleh terus nikmati susu mommmy :)

hidayah hiddensity said...

happy nyer dengar everything has revert back to normal. alhamdulillah rezeki mikhael. awak, shaklee beli y mana satu? price brp? kita pun tengah survey milk booster in case after deliver nanti susu kurang.

Allene said...

alhamdulillah... ;)

D Yatie said...

Alhamdulillah dear.. Syukur kerana anak masih diberi rezeki untuk diberi susu ibu... :) Tidak akan ada yang berkata ria atau berlagak bila kita tidak menyentuh sensitiviti orang dengan memberi gelaran2 tertentu.. Allah Maha Mengetahui Allah Maha Mendengar.. Keep on breastfeed ya.. :)

~ NANA ~ said...

alhamdulillah..i rasa umo anak cmtu mmg susu ada drop sket la coz i tgh rasa benda tu skrg (farish 7m 2w skrg)..nmpk gayanya kena stat buat pp lagi la mcm u buat..huhu

ctmah said...

syabas n good job dear.i pun dh tersangat malas buat PP.huhu!ape nak jadi la ctmah niii =(

CikNaa said...

saited plak rase..huhu.

Liyana said...

Alhamdulillah..
Tgh struggle gak ni..ssu drop.tp kmbali smgt sjk ada pam baru..hihi

Wawa Yusoff said...

Alhamdulillah...tq semua ;)

Nana & ctmah ; kalau dah terasa susu dah start2 mcm nak drop terus buat power pumping. Jangan tangguh2. Memang menangis la mcm i ni ha nnt.. Hehe

Hidayah.H. : wawa amik shaklee set menyusu vit c.cit b.vita-lea.alfafa + ESP.

mama ila said...

alhamdulillah..semoga rezeki susu untuk eiman mikhael melimpah ruah.. =)

Ros Anis Rusli said...

alhamdulillah...skg anis lak lalui benda ni..pam dpt 3oz je..tp ttp tenang pam j ari2 3 oz...ttp rezeki namanya...

MimahAjil said...

Alhamdulillah..masih rezeki Mikhael..

Fiza Rahman said...

Thanks for the tips. Alhamdulillah...production susu kembali seperti sedia kala. Semoga impian nak menyusukan hingga 2 tahun tercapai, in shaa allah.

Saya nyer stok susu pon dah habis. Skang bagi EBM fresh ☺☺ dan alhamdulillah production maintain.

Cikgu Norazimah said...

tahniah dear !sy pun tgh gigih kumpulkan stok sekarang ni..serius, esp+alfafa mmg milk booster paling best kan?