..::Wawa Yusoff::..: ..::Kekasih Hati::..

Tuesday, December 4, 2012

..::Kekasih Hati::..

Menjangkau Usianya 8 bulan


Alhamdulillah seronoknye tgk Elman Mikhel sekarang. 

Untuk Elman Mikhael,
walaupun 24/7 mommy x dapat tgk perkembangan awak, mommy tetap bersyukur. Mommy dgn ayah pun bekerja sebab awak sayang. bukan sengaja mommy letak awak dibawah jagaan ummi liza. Mommy nak tolong ayah cari rezeki. nanti boleh beli toys kat awak banyak2, bawak awak jenjalan, cari baju lelawa. kan..? kan..?

Mommy happy ummi Liza jaga awak dengan baik. Makan minum awak semuanya terjaga rapi, Dulu masa awak kat taska mommy selalu risau keadaan awak. Org taska kata awak x nak minum, mommy bekalkan 9oz pun tak habis. Diorang kata awak TAKNAK minum. Bile balik dari taska selalu sangat mommy tgk mata awak sembab, kalau tak awak tengah menangis atau awak tengah sedu2 saki baki menangis. Bile dalam kereta awak terus kalut nak nenen sampai terlelap. tak sempat sampai rumah awak dah lelap. Setiap kali tu mommy rasa sedih sangat tengok keadaan awak. Mommy mmg pelik kenape awak letih sangat. Rumah kita 10 minit je jarak dengan taska. Bile mommy cium je awak ade bau yang semacam. tak senang hidung mommy. ayah pun komplen. awak takde bau baby. tak wangi. Tapi masa ni mommy takde pilihan. Hari2 mommy doa supaya kehidupan awak dipermudahkan.


Alhamdulillah mommy bersyukur sangat. Allah mendengar setiap doa mommy. satu hari kawan mommy, ibu kepada kawan awak kat taska cerita semua pengalaman buruk dia dengan taska dan dia pun bgtau minggu itu adalah minggu terakhir dia gunakan servis taska. dan bile kwn awak dah takde, memang tinggal awak SEORANG sahaja kat taska. 5org budak yg lain adalah anak pengasuh tu sendiri. Mommy dah start risau sangat2 masa ni. Allah je yg tau, malam2 mommy nangis tgk awak tidur keletihan yg mommy tak pasti ape sebab keadaan awak mcm tu. Awak tidur seawal 6.30 ptg - 7.00 pagi.


Setiap kali menyusukan awak malam2, mommy doa sangat2 agar kehidupan awak dipermudahkan, Ye, ALLAH itu MAHA MENDENGAR lagi MAHA MENGETAHUI, tak semena2 mommy jumpe kawan (ibu Airiel) time kursus dan dia cerita tentang pengasuh. dia siap bagi no.telefon lagi. Ye, memang. Tak Semena2 ibu airiel bercakap yg dia pun sedang mencari pengasuh. Nampak kan? Allah nak bantu awak. Mommy terus call pengasuh (Ummi Liza) dan dia terima awak untuk di jaga. ALHAMDULILLAH.

Hari pertama awak kat rumah Ummi Liza, mommy bekalkan 9oz jugak. sama dengan mommy bekalkan kat taska. tapi Pukul 12tghari ummi call bagitau suruh hantar susu. Susu untuk awak dah habis. Mommy terkejut sangat tau x, mommy tersenyum. terus call ayah cepat2 bagitau yg awak perlukan susu. Mommy happy sangat awak minum banyak! Lepas tu mommy terus rasa marah, marah yang x boleh nak cakap sebabnye, kalau awak minum dengan Ummi Liza 9oz untuk setengah hari maknenye taska lama awak x bagi minumlah! MasyaAllah.... kenapelah mommy x perasaan keadaan tu.


Mommy jumpe ayah, mommy terus luahkan ape yg mommy rasa dan mommy menangis. ayah pun sedih sangat. Mommy dgn ayah x boleh imagine mcm mana keadaan awak yg xdiberi minum dengan sempurna selama 8jam! No wonder awak kerap menagis dan keletihan bile balik dari taska. Selama 2bulan awak berkeadaan mcm tu. Tuhan je yg tau mcm mana sedihnye mommy dengan ayah bile tau keadaan tu. Bile dengan ummi liza awak minum 20oz - 30oz sehari. Mommy dengan ayah happy sangat!

Harini, sudah 3bulan awak duduk dengan ummi liza dan mommy bersyukur sangat2 semuanya terpelihara baik. Awak semakin aktif, bile balik tiap petang awak sangat wangi! kebersihan awak terjaga. Awak ade kawan. Anak ummi liza selalu layan awak dengan baik. tunggu awak depan pintu setiap kali awak datang dan mesti lambai kat awak setiap kali awak balik Mommy bersyukur sayang.... sangat bersyukur. Awak tak lagi keletihan macam dulu2. malahan awak sangat aktif dan segar.

Moga Allah teruskan permudahkan kehuidupan awak di masa akan datang. 
InsyaAllah. amin





**Taska tu dah tutup, Elman Mikhael adalah anak terakhir disitu. Baguslah, tiada lagi anak yg akan mempunyai nasib yg  sama dengan elman mikhael. Dan semua cerita2 buruk taska tersebut melalui ape yg aku dengar dari ibu2 yang lain xperlulah aku cerita. cukuplah aku cerita kan pengalaman aku je.


**P/S : Bekerja biar ikhlas. Jangan kerana duit. Ingat, anak2 kecil itu juga BERDOA


33 comments:

hayati hashim said...

ALLAH
sedihnya.. kesian Elman Mikhael.
syukur ALLAH permudahkan segalanya untuk Elman Mikhael, semoga bnda2 mcmtu tak akan n x pernah terjadi untuk mmy lain..

n u, wawa adalah sgt sabar. kalau saya.........nauzubillah.

Wawa Yusoff said...

Hayati Hashim : yaallah...kesian. mmg kesian. tapi kami cuma dapat discover perkara tu selepas elman mikhael dipindahkan.

Ade terfikir utk pergi jumpe pengasuh lama, tp biler pk balik untuk ape. yang penting elman dah selesa kat tempat baru dan taska tu pun dah tutup.

cikpingu said...

nk nangis bce..sobbssss

Wawa Yusoff said...

ummie : wawa tgh naip ni pun nangis! huhu

yUmIe said...

ok menitik air mata bce..sobss
Alhamdulillah Elman masih terpelihara olehNya..

Ros Anis Rusli said...

sedihnya baca..mesti elman lapa sgt2 ms dok kt taska xguna tuh...geram btul dgn org yg keje tak iklas ni...

Wawa Yusoff said...

Yumie : tq dear, amin!

mama ila said...

Ya Allah..sedih sangat baca apa yg awak tulis tu... nasib ada ummi liza...alhamdulillah semua dah kembali ok..

Wawa Yusoff said...

Anis : ye anis. dia lapar asngat. bile dpt nenen je terus taknak lepas sampai terlelap.

Wawa Yusoff said...

mama ila : memang sedih. selalu sy nangis tgk dia tdo. sbb nampak mcm letih sangat. anak pun pasif je.

alhamdulillah sekarang semuanya dah ok :)

fifi tiez said...

Sampainya hati orang buat baby camtu..sian baby..

Wawa Yusoff said...

Fifi tiez : tulah kan.. sy geram sebenarnye! Tp mungkin itu cara tuhan nak uji saya.

erin said...

eiii jahatnya, kesian dekat elman..alahai kalau anak sy pun mesti sy marah sgt2 kat taska tu.

Wawa Yusoff said...

erin : marah punye pasal tu yg sampai menangis2 tu walaupun elman dah pindah. geram!

Fieda said...

sedihnya cerita awk...kesian elman...alhamdulillah sume dah ok..suka tgk pic elman yg 1st tu..comel senyuman mu :)

yatt said...

9oz jer skit nya, sian dia... bella yg baby gurl pun at least 15oz siang

Wawa Yusoff said...

Fieda : Alhamdulillah semua dah ok. sy panggil tu gambar jual lesung! hehe

Wawa Yusoff said...

yatt : ye, sikit sangat saya hantar. itupun tak habis. mesti bwk balik yg frozen lagi sebotol.

CikNaa said...

8jam makne nye dia kelaparan..kejam betul la taska tu.. kesian elman :(

afiewithayie said...

sedey nyer mama afie baca..sanggup dorg wat cmtu kat anak sekecil itu kan..nangis..huhu..doa sangat agar anak kita sentiasa dilindungi dan dipelihara oleh NYA..

ctmah said...

menitik air mata baca entry u ni..makin risau hati nak hantar anak ke tgn org lain :(

Wawa said...

huh dr tgh hari td baca tp sempat baca separuh je. ni nak blk keje, bukak balik baca sampai habis tetbe je mommy naila bergenang air mata. hik3. malu i.

eee! jahat gila taska tu dera anak org!mntak2 annaila tak kene mcm tu. sedih gila kot.

~ NANA ~ said...

alaaaa sedihnya, cian elman :( i x dpt imagine kalau farish camtu...huhu...alhamdulillah nasib baik jmpa ummi liza

erna said...

sedih la..keluar air mata baca entry ni. erna punx dapat bayangkan kalau orang buat bukan-bukan kat iman.sedih sangat..alhamdulillah dah dapat pengasuh yang baik.semoga ummi liza terus jaga elman dengan ikhlas :)

MimahAjil said...

comelnye lesung pipit Elman...
pinjam boleh

NoRazUraShIma said...

sedih bace wa...siankan anak kite bile org wat gtu..
p/s:that;s why akak pull out dari taska..biar mahal sket tp kite hepi..eyyan pon penah anta taska 2 bulan..hem kdg2 tepkir knpla akak lambat prasan mende tu..

"cikkin" said...

Sedeynye bace wawa..alhamdulillah..elman mikhael da jumpe pengasuh yg lebih baik....

"cikkin" said...

Sedeynye bace wawa..alhamdulillah..elman mikhael da jumpe pengasuh yg lebih baik....

Anna Boleyn said...

Comel nye..pandai die senyum depan camera. :D

Kesian plak baca pasal taska n takut. Nnt sy dah ade anak tak tau lah nak suruh sape jaga. Tak ley percaya skang ni. Huhu

!k@ said...

Menangis baca entry ni....tergamak diorg bt kat baby mcm tu...alhamdulillah dah ada ummi liza...

MimahAjil said...

syukur Alhamdulillah,Allah sayang Elman.jadi Allah jaga Elman dan temukan dia dengan ummi Liza..:)

Allene said...

itu la wawa... taska ni, ikut nasib. better cari bs. syukur elman tak pape.

Yana Libra said...

sedih sgt bila anak kita jadi camtu kan..
pengasuh sy skang ni jaga mungkin ok, tapi Adam ni mungkin dah biasa org layan & manjakan. Skang ni dia banyak menyendiri. Anak2 pengasuh plak ramai kecik, laki lak tu..mgkn tak sesuai utk dia..

Untung dapat pengasuh yg baik kan :)
Pengasuh lama saya sebelum ni pun ok sangat, cuma dia nak meniaga tu yang berhenti jaga. Dari 2 bulan dia jaga Adam sampai Adam 2 tahun..sedih rasa bila dia berhenti jaga.. skang tengah pujuk dia jaga blk ni..huhu..insyaAllah dia kata bulan 12 ni..nak train org kat kedai dia dulu.. :)