..::Wawa Yusoff::..: ..::Entry penutup 2012::..

Monday, December 31, 2012

..::Entry penutup 2012::..

wah, lame x menghapdet tetibe hapdet buat entry penutup pulak. 
belasah la labu.


Alhamdulillah tahun 2012 terlalu banyak sangat kenangan manis untuk aku dan keluarga. Ofcoz yg korang tau adalah kehadiran si budak cendawan Muhammad Elman Mikhael bin Mohd Mirzal. 

Dah nak masuk 9bulan dah si bulat aku ni. dah macam2 perangai, dah banyak akal. Lasak nye toksah cakapla. x terlarat aku nak memegangnye. mak nye dahla kecik kerempeng. anak nye pulak tebal kemain. x balance kalau aku yg membawaknye. ko tengok jela kat gambar tu ha. betape comotnye dia. hahaha. dengan pakai cd xde seluarnye, dengan singlet londeh nye. aku suke nengok dia gini. mak nye kejam. hahahah :D

ni gambar 1st dia mse memule dpt berdiri. sempat tu aku amik phone nak snap! hehehe

meh aku update sikit perkembangan dia. Nak masuk 9bulan ni perkembangan dia sangatlah drastik. Baru 2hari dia dapat merangkak dengan betul, esoknye dia dah memanjat nak berdiri. Terkejut aku! tengok2 je dia dah melekat berdiri kat walker dia. nasibla walker tu x bergerak, kalau x maunye dia jatuh secara berjemaah dengan walker tu. Haish, dia mmg sangat berani. baru je dapat berdiri sesuke hati dia pegi lepas2 tangan. geram nengoknye! menjerit2 org keliling dok risaukan dia. tapi dia maintai gagah je. grrrrr >___<


Di tahun 2012 ni jugak, rezeki kami melimpah ruah. baik aku, baik suami baik mak ayah dan juga keluarga. Syukur alhamdulillah, allah permudahkan setiap urusan kehidupan kami. betul kata orang Anak itu adalah rezeki dan secara x sedar allah akan kurniakan rezeki kepada kita melalui anak. 
Memang kami bersyukur sangat. Setiap apa yang di usahakan membuah kan hasil. Alhamdulillah. Kesihatan mak ayah pula sihat walafiat, belum ade ganguan kesihatan yang kronik. Dan kami sentiasa berdoa agar mereka dijemput menjadi tetamu Allah  s.w.t untuk menunaikan haji dan umrah kelak. insyaAllah. Amin.

Untuk Elman Mikhael. Cik.ZA :)

Kereta untuk elman mikhael, mommy dah janji since awak dalam perut lagi. maklumlah mommy pakai viva kontot tu je. nak masuk stroller pun begaduh. haha. Dengan viva tu jugakla kita berpindah randah, berhari raya, kehulu kehilir dengan si kontot tu. banyak berjasa hokey! Walaupun setiap kali nak menyusu awak akan terhantuk kat pemegang pintu pasal awak sangat panjang. bile melenting sikit je confirm terhantuk. haha. sian awak. Setiap kali tula mommy memekak nak gi beli kereta kat awak (mcm nak pegi beli ikan je kan. hehe) Alhamdulillah bile ade rezaki lebih dapatla mommy tunaikan hasrat mommy untuk keselesaan awak. dan si kontot tu masih terus berjasa untuk kita cuma dia rehat sikitlah :)

Untuk Azam 2013??? 
ermmm.... Azam aku untuk 2013 adalah nak mencapai azam tahun2 lepas yang tidak tertunai. aci ke tidak? hahaha

Untuk semua, selamat menyambut tahun 2013 dan moga kite semua dilimpahi keberkatan dan redha Allah untuk mengharungi kehidupan yang mendatang.

InsyaAllah, amin.



9 comments:

cha said...

happy new year you. semoga dipermudahkan tahun 2013 ni :D

Aeen said...

happy new year wawa..smoga segala azam utk 2013 tercapai..InsyaAllah..:)

kaklong said...

hepi2 kan diri yer.... hapi new year..(mcm pantun 2 kerat lak) hahahha...

smg bahgia bsama keluarga tersayang...aamiin

Wawa said...

happy new year wawa! ehhh2. perangai si elman same macam annaila...hihi...sebaya kan..:)

ctmah said...

welcome 2013..semoga kita menjadi insan yg lebih baik dr tahun2 sebelumnya..amin

Anak Lebah Comot said...

Happy new year too..

mama ila said...

selamat tahun baru wawa =)

~ NANA ~ said...

si elman ni sgt2 sweet ok dgn lesung pipit dia tu!

happy new year dear...smg 2013 ada cerita lagi menarik :)

Nor Aida said...

samalh kita..dgn viva la semuanye bole berjalan.dan skrg pakai alza lak,tu pun rezeki anak