..::Wawa Yusoff::..: ..::Beg Tido::..

Thursday, November 22, 2012

..::Beg Tido::..

entry kedua dikala waktu rehat. nak buat review pasal Beg Tidur a.k.a Sleeping Beg.

aku rasa korang familiar kot.

aku ade belikan sepasang untuk Elman mikhael. Aku xtau nak buat review mcm mana. ape yg aku boleh cerita dan sampaikan adalah aku sangat berpuas hati dengan penggunaan sleeping bag ni. 

comel bukan??

aku beli sleeping bag ni kat ikea. mcm mana aku boleh terjebak?? tak pasti. yg pasti masa aku jalan2 aku nampak benda ni terus aku fikirkan kepentingan untuk membelinya dan mirzal pun setuju. Maka, kami pun beli dan sangat berbaloi. 

Budak cendawan aku ni bukan suke tidur pakai selimut. elok2 lena pastu letak je selimut kat badan dia siap la dia gesek2 kaki pastu bangun. yg kami plak risaukan sejuk dada dia. Bila pakai kipas kang mula la dia garu sana garu sini. Nak taknak kena la pasangkan jugak aircond. dah tu x nak selimut. acaner gayenye tu. Tu yg kami belikan dia beg ni.

Kain untuk sleeping bag ni sangat selesa dan lembut. seolah2 korang pakai comforter. seriously selesa. Tak berat dan memudahkan baby korang untuk bergolek, meniarap atau mengiring. Dari segi penggunaanye aku rasa sangat membantu. Imagine that korang pakai kan selimut kat anak korang yg gaya tidonye dah lasak, of coz la x sesuai. x pasal2 anak korang akan ade dibawah selimut. ye, elman pernah. hehe :)

Tengok betape selesanya dia bangun dipagi ahad :)

Beg ni sangat selesa untuk dia. Tidur dia lebih lena. kalau pakai aircond mmg aku x risau la dia sejuk sbb ade sekali aku letak aircond hangat sikit je dia bepeluh, jadinye mmg x risaula x pakaikan selimut kat dia sbb beg ni dah cukup utk memanaskan dia. Malam2 aku xpyh bangun untuk cek badan dia bertutup selimut ke tidak sebab beg ni ber'zip, Hampir 2bulan Elman mikhael tidur guna beg ni dan belum ade ape2 masalah malahan dia dah tau dah bila mommy pakaikan je beg ni otomatik dia tau masa dia untuk tidur

Biasanya klu dah time dia tidur tu aku akan tukarkan CD dia siap2, pakai kan beg dan nenen teruslah dia tidur. nnt dia lelap xpyhla susah2 nak pakaikan beg pulak kan? FYI, Elman mikhael punye waktu tidur seawal jam 8.00 malam dah hanya bangun minum anta 3-4 kali.
 Dari segi size pulak, beg ni xdela kecik dan tidakla besar. tp bile aku msukkan dia dalam beg ni ade separuh lagi ruang kosong. Boleh kata memang boleh pakai lama unless anak korang meninggi dengan cepat.

Overall, memang aku berpuas hati dengan penggunaan beg ni. Kalau bilik korang jenis tidur pakai aircond aku memang suggest sangat untuk korang pakaikan kat baby. 


Harga : RM49.90 at IKEA damansara.


15 comments:

Allene said...

menarik la... :) tak terfikir plak boleh jadi slimut... :D

Wawa Yusoff said...

Allene : Boleh cuba, memang sangat sesuai untuk baby tau.

Asz Miza said...

Wawa..kita ada beli yg kat ikea ni jugak..tp kaler merah nye..balik umah baru pasan yg tu utk bby yg da besar sikit..hehe..tp mmg slesa kan dalam tu..klo muat kita da masuk da..:D

aTy _faRed~ said...

Waahhh...mcm bagus gak bende ni..tp kalau bdk tido melasak cam qaleef tu boleh jugak tak pakai..?

Wawa Yusoff said...

ak aty : boleh je. wawa penah pakai kan beg ni masa ni dia belum nak tidur lagi. elok je dia begolek2, pastu meniarap mcm nak merangkak tu.

CikNaa said...

bagus nih.. razin pakai selimut 5minit je.pastu hilang la..

Mommy_Cha said...

mikha dengan selimut mcm musuh ketat!
asal selimut jer dia tendang padahal ekon terbukak kuat ni, siap bukak kipas lagi..hadoii..mcm nak bli gak mende ni. tapi nak bagi pakai seksa tak?
hihihi sebab mikha susah nau nak pakaikan baju hadoiyai!
makan budok!

erna said...

bestnye..kena beli satu la untuk iman. babah iman suka bangun tengah malam check selimut iman. so, boleh la beli. thanks for nice sharing :)

Mally said...

Wawa kena cari benda nie juga sebab deva memang tido xpakai selimut dah lah guna aircond...
Sypun kadang2 xthn sejuk tapi klu tgk dia boleh tido membongkang tanpa selimut dan dia xsuka pakai seluar masa nak tido so dgn pampers dan baju je...hehehe
Lepas nie kena guna sleeping bag ni juga

veesakura said...

i pon de satu, kakak ipar bagi.tapi dia punya bukan kat ikea, brand little penyu kalo tak silap.meamng senang, siap boleh golek2 dalam tu lagi.hehehe

aThidEaN said...

i pun guna. brand ikea gak..comel comel

siti norsarah Aminuddin said...

Mmmg patut beli kan..for safety..bb pun selesa tido.

Shakina Farhan said...

boleh masuk list sebab malam budak kecik tu kena beraircond..selimut mmg haram xnak la..

Noli@Ibu Wafa said...

wahh comeynyeee..

salam kenal ;)

Anonymous said...

WONDERFUL Post.thanks for share..more wait .. …


[url=http://cheapjordans2013.social-networking.me/]jordan shoes[/url]


[url=http://jordansoutletgc.webs.com/]air jordans[/url]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...