..::Wawa Yusoff::..: ..::Ape yg aku tau, aku nak korang tau jugak::..

Wednesday, November 7, 2012

..::Ape yg aku tau, aku nak korang tau jugak::..

hye! sebenarnye banyak nak update. tp nak update info penting ni dulu.

memule sekali aku nak sorry la kalau info yg aku bagi kat bawah ni x berapa nak tepat sangat. aku buat entry ni pun untuk berkongsi dengan korang semua ape maklumat penting yg aku dapat daripada seorang pengajar perubatan OT (occupational terapai)

Let me share, pengajar ni dah otai. nak pencen dah pun. so dia bercerita berdasarkan pengalaman dia sepanjang melibatkan diri dalam bidang perubatan.  aku keje dengan KKM. so far kenalan aku kat opis pun ofcoz la dari bidang perubatan. baik dari segi pengajar, staff nurse mahupun tutor. ni lah untungnya kalau keje bawah KKM. ade je info menarik. hik3

ok. ni nak mule dah cerita. info ni laku dapat dari perbualan laki aku dengan pengajar perubatan ni tentang lelah, athma, batuk dan selsema berpanjangan. Aku akan gelarkan dia Granny sepanjang dalam entry ni sebab cara dia cakap memang untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar kepda kami yg muda2 ni. bukan sebagai pegawai perubatan tapi lebih kepada prihatin seorang nenek kepada cucu2 nya. senang kata dia membebel laaaa... hehehehe :) 

Nasihat yang dia berikan untuk elak semua perkara tu terjadi kepada anak kecil :-

1. Susukan anak dalam keadaan duduk
Granny kata, Jangan susu kan anak dalam keadaan baring walau ape jua keadaan. Kadang2 terutamanya pada waktu malam,kita pun tgh mamai dan susukan anak dalam keadaan separuh sedar. tak mustahil kita akan terlelap dan air susu tu akan masuk ke saluran/rongga pernafasan ke paru2. Sangat bahaya untuk bayi terutama lelaki. baby boy rongga/saluran pernafasan dia agak besar berbandaing baby girl. jadi kebarangkalian air susu tu akan mengalir dan masuk ke paru2 boleh berlaku. dan itu boleh jadi punca paru-paru2 ber'air.


2. pastikan anak sendawa selepas minum
selain dari tu granny ade cakap. tak kira berapa bulan pun usia bayi kita. kebanyakkan bayi yang tersedak susu adalah bayi lelaki. jarang sekali kita dengar bayi perempuan disebabkan size saluran pernafan baby boy yg lebih besar. sebab tu kita kena pastikan baby betul2 sendawa selepas minum untuk elakkan ade lebihan air susu ditempat yang tidak sepatutnya. 

**Perasan tak kadang2 baby kita sendawa dan keluar air susu sekali?? mungkin itu lebihan air susu yang granny maksudkan. ape org tua2 kata?? baby muak eh?

3. Air-Cond
Ramai yang beranggapan air-cond tak elok dan punca lelah,demam dan sebagainya. betul tak?? Menurut granny, sebenarnya air-cond tak ade kena mengena langsung dengan lelah. Air-cond is good katanya. Sebab air-cond adalah kering. Lainlah kalau pakai kipas yang keluar air tu. that one is not good for baby sebab dia melembabkan keadaan suasana bilik.

**Masa ni aku macam.... Ooooooo... ye ke.... selalu aku dok pk air-cond la buat punca sakit segala. hehe.

4. Stokin
Pakaikan stokin selama mana yang boleh. Granny kata ape sakit pun puncanya dari kaki. Sebabnya terlalu banyak urat ditapak kaki. jangan biarkan kaki anak sejuk.

**Alhamdulillah aku masih memakaikan elman mikhael stokin dan x pernah alpa untuk pakaikan.

5.Tido tiarap
Posisi tido yang terbaik untuk bayi adalah meniarap. cara ni dapat keluarkan lendir dan air liur yang ada dalam mulut bayi melalui mulut. dan kalau bayi selsema atau batuk, dapat elakkan sinus dan kahak dari masuk ke saluran pernafasan.

**Aku memang suka tidokan anak dalam keadaan meniarap dan dia pun sangat selesa. Tapi sejak dah pandai bergolek ni, abis satu katil pun dia terjah. sekejap telentang, sekejap tiarap, kang sekejap mengiring :)

6. Pakar Peadiatric
Menurut granny ,Seboleh2 nya kalau anak sakit pegi bawak jumpa peads. memang boleh kalau bwk pegi klinik biasa nak2 nya klu kita ade klinik panel kan? senang. Tapi kita kena mesti tahu yang diorang ni sebenarnya tak faham sangat pasal bayi. kebanyakkan dari mereka adalah general medical dan bukan spesifik dalam sesuatu bidang. mungkin dia boleh bagi ubat, tp hanya sekadar ubat jela. Kalau bwk baby jumpe peads, biasanya dia akan bagi antibiotik yang berlainan setiap kali klu baby perlukan rawatan. antibiotik utk baby memang sentiasa kena tuka sebab diorang membesar dgn cepat dan penerimaan diorang kepada setiap ubat juga adalah berbeza2.

**Kitorang pun dah start tukarkan klinik utk elman mikhael. klinik yg kitorang bwk selalu ni klinik biasa dan doktor tu plak lebih kepada pakar sakit puan dan tuan. hik :p

ok.sekian untuk update kali ni. xtau bile lagi baru dpt update. dah kata hujung tahun. aku banyak keje weh! 




7 comments:

Mommy_Cha said...

patutla lama tak hapdate! hehehehe
momy cha sentiasa bwk mikha pegi DEMC jumpa paeds kesayangan kami sekuarga Dr. Koshy. takut plak nak gi kinik biasa2. tapi terpulang pada individu kan?
tepuk dada tanya selera kan?
yang penting anak sehat sudoh!
kannn?

puan.mila said...

entri y sgt mmbantu..gud info! thanks wawa..

erna said...

wawa..thanks for the good info. LIKE! bab menyusu sambil baring tu, memang erna selalu buat seab iman kadang nak menyusu sambil baring. stokin hingga ke harini erna pakaikan iman. walupun dah 7bulan. kalau ada ilmu2 lain, share tau! tq

Riana said...

good info..tq wawa =)

Fizlynn said...

Thank you for sharing... :D

veesakura said...

gud info! thanks for sharing!
1. malam2 selalu i susukan sambil baring sebab nantok. pasni takleh buat dah.huhuhu
2. kadang2 tak burp sebab hussein susah nau nak burp. takuttttt
3. mmg pakai aircond pon sbb doc kate kalo kipas, lagi banyak habuk
4. stokin.memang malam2, pakai stokin termasuk mak dia sekali. hikhikhik
5. tido tiarap. hussein tak reti tido camni sebab i tak pernah ajar. yang die tau terlentang or mengiring je...
*dah panjang cam entry plak. hikshikshiks

Ct Sakinah said...

good info..
mohon share ye sis >.<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...