..::Wawa Yusoff::..: ..::Review Gambang Part-2::..

Tuesday, October 2, 2012

..::Review Gambang Part-2::..

Kalini entry berilimiah. Tidak berniat utk mengajar ye, aku tau korang lagi pakar la dari aku bab2 nguruskan anak ni kan. saje je aku nak share camne aku uruskan anak aku masa meeting haritu. 

Breastfeeding & Meeting

 ok, camnih. kami dpt check in bilik pkul 1.00 ptg dan aku kena start talk pukul 2.30 ptg. dan pada aku sejam sengah adalah masa yang sangat suntuk utk aku uruskan 2M itu (Mikhael dan Mirzal). Mana nak kemaskan barang lagi, nak gosok baju lagi, nak pam lagi, nak tidokan si kecik lagi. memang bedesap-desup sangat aku dalam bilik haritu. Bertuahnye aku ade mirzal dalam hidup. Sementara aku melayan si elman nenen bagai dia lah yg selesaikan memunggah barang dari kereta ke blik. aku x tolong apepun. selesai je pasang buai semua aku terus pam utk tinggalkan susu masa aku xde. 

jam dah 1.20pm. Aku mintak tolong mirzal iron kan baju semua sementara aku mengepam. Mikhael sakan begolek sambil jeirt2 dengan suara wisel dia. mirzal la yg jadi super dad dalam bilik. klu aku pakai FS ofcoz la x pyh susah2 aku harapkan mirzal iron baju kan. sambil pam pun aku bleh layan anak, gosok baju sume. takpayah dok melekat kat plug (hurrrmmmnn.... kaut tak alasan ni utk aku beli FS). 

Situasi aku-1 : DF awal pagi, 7.00am Pam. dan biar kat luar. tak masuk fridge sbb aku akan tinggalkan bilik dan electric akan off sepenuhnya. Fresh EBM kan boleh tahan 4jam. 
7.30am-8.00am bwk 2M pegi breakfast. 8.30am aku start talk/meeting. 8.30am 2M balik bilik. biasanya mikhael akan tidor terus tanpa minum sbb dia dah DF pagi2 tu. So mirzal akan masukkan EBM ke fridge dan panaskan klu mikhel bangun nak minum antara 8.00am-12.00tghri

FYI, kalau korang terlibat cam aku ni, takpayah bawak frozen EBM. even ade fridge dalam bilik pun korang kena pk bile kita tinggalkan bilik dah tentu la electric semua mati kan. jadi keadaan EBM tentu akan teganggu. Unless korang rajin nak usung EBM ke fridge kitchen hotel/resort. tp pada aku better tak payah. lagipun bukan korang tak tgk anak sampai sehari. Paling lama korang tinggal pun mesti 4jam. pastu tghari korang bleh jumpe dia utk DF atau pam lain.

Situasi aku-2 : 12.30-2.30 tghari adalah waktu lunch. biasanya 12.30tghari mirzal dah tggu aku kat tempat makan. Aku tgk mikhael pun dah elok mandi hensome dah. lega sangat hati tengok ayah pandai uruskan anak. hehe. Dan kebiasaannye mikhael tak mintak nen sebab mirzal dah bagi BM gy aku tinggal tu kat dia. So, kami boleh makan dengan senang hati.

Balik je bilik aku terus pam utk tinggalkan sesi kedua petang tu. kalau korang pam dapat banyak pagi tu dan masih ade lagi dalm fridge xpe, boleh bagi dia minum. Tapi korang tetap kena pam. Itu disiplin. jangan sampai Cik.B korang anggap takde demand plak time nnt kang merajuk susu pulak jadinye.
Biasanya sejuk mini fridge boleh tahan smpai 2jam.  kalau setakat korang tinggal bilik utk pegi makan takpayah la risau susu rosak pulak. insyaallah masih elok. dengan syarat, jangan bukak pintu fridge masa korang takde dalam bilik. Mseti ingat ye, pam tetap pam.

Situasi aku-3 : masa hari ke-2. 1st day  jadual sangat pack. aku kelam kabut dan sangat tekanan sebab kena bekejar sana sini. masa pagi bangun tu aku pam dapat 1.5oz je. MasyaAllah, apa sudah jadi ni? Masa pukul 12.30 tu 2M dah tunggu utk lunch + elman dah merengek2 sebab x cukup minum. Mirzal tgh amik makanan kat situ gak elman N.I.P.

Ok,kalau dalam keadaan gini, toksah la korang takut sangat anak kelaparan. ye, tenangkan diri dan pergi buat urusan korang mcm biasa. Memang anak korang akan kehausan. Pesan kat hubby utk bwk anak dekat dgn korang in case dia nangis nak susu. Semua org pun dah maklum, utk ibu yg menyusu sentiasa diberi kelonggaran utk keluar mengepam/menyusukan anak tak kira lah pukul berapa punu waktu tu.. Jadi, korang xperlu risau. Bgtau kat urusetia utk urusan korang tu mesti settle punya.

Jadi, ini antara yang dapat aku share sepanjang kami kat gambang dan perjalanan breastfeeding aku di sana.
I love breastfeeding!

Dari segi penjagaan elam mikhael oleh ayahnye sangatlah aku berpuas hati dan boleh berbangga dengan Mirzal. Setiap kali aku balik bilik pun aku nampak elman sangat lena. dah siap mandi, dah minum dan sangat selesa. Mirzal dapat uruskan EBM dengan baik dan dapat jaga elman dengan sempurna sepanjang ketiadaan aku. Alhamdulillah. Entry kesusahan hati yg lalu telah terjawab... hehehe :)




2 comments:

puan.mila said...

cabaran btol BF ni kn..hopefully mila boleh buat nnti..:)

aTy _faRed~ said...

eerrr..dah lame tak mengepam...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...