..::Wawa Yusoff::..: ..::Panggilan Kecemasan::.

Wednesday, September 12, 2012

..::Panggilan Kecemasan::.

Tajuk x menahan. Publisiti sangat la kannn.. Memang la wey... cukup cemas la untuk aku bile org taska call kata anak aku ngamuk. After a week mak nye ni dgn dia sbb demam campak. pastu dgn neneknye 2 ahri sbb aku x nak anta taska kan. dia pun dah sedap dan manja kan sangat diri dia. asal bunyik je orang angkat, asal ngamuk je org dokong, nak tido plak masuk buai. harini 1st day ke taska semula... Azab!

Pengasuhnye sms "kak, elman xnak duduk bwh"
*aku assume dia sekadar nak asik kena pegang je. aku pun call la tanya*
Aku : dia xnak duduk bwh @ tidur bawah
Mimi : Semua pun dia xnak. asik nangis je
*suara budak nangis menjerit sebagai background perbualan*
aku : Suara dia ke tu mi?
Mimi : A'ah kak, kitorang pegang dia nangis, letak dia nangis, minum pun dia xnak
*aku dah bajet yg dia ni mmg dah sedap bebuai*
- Terus call mirzal and pegi ke taska-

Sampai taska mmg suara dia la yg paling kuat aku dengar. Masuk je tgk, sangat kasihan. mata dah sembab menangis, suara sampai sedu2 menjerit. dah senyum pun masih ade saki baki sedu lagi. Seriously mmg kesian!

Sejak Preggy lagi mmg aku dah pantangkan utk pakai benda ni. tp mak aku baik hati, x nak kasi aku susah2 time pantang. dia pun beli kan kain buai pastu setting elok punya kat dalam rumah. Setiap kali tinggal dengan mak pun elman akan bebuai. Sebelum2 ni mmg dia ade buai jugak. tp boleh je dia terima tido bwh kalau kat taska. Tp sejak demam haritu dia tido buai. Penangannya adalah sekarang! rasakan ko, bila anak dah sedap bebuai. selagi x dapat dia akan mengamuk.

Since kejadian pagi td, aku ngan mirzal terpaksa beralah, daripada aku tgk dia nangis meligat mcm tu, xpelah kami berangkut buaian walau ke hulu ke hilir sekalipun. Aku redha dah. pasrah aku dgn kehendak dia. tak sampai hati tgk nye.Lagipun dapat pahala ape buat utk anak. hehe

Br je dpt msg dr mimi "kak, elman dah tido.."
Tadi aku tumpang kan dulu buai kat taska tu. Jap lagi tghari nak kena beli lain hanta kat taska khas utk dia. xpyh kongsi2. Mirzal kata, "takpe kita bg je tido buai. nnt dah besar sikit pandai lah dia bwk diri"

Yess, mmg betul tu. elman pun skrg baru nak masuk 5bulan, dia x paham apepun lagi. sanggup ko nak paksa ank ko tido bawah sampai bengkak2 mata nangis?? nnt dia dah paham, dah pandai main, dah pandai berkawan, pandailah dia... Silap2 tgh2 main pun dia boleh tido. 

Moga urusan hidup kamu dipermudahkan ye sayang.. Insyaallah.

Buat masa ni, aku hanya memangdang sudut POSITIF sahaja kenapa anak aku perlu tidur berbuai
Anak aku senang Tido
Tido plak dalam waktu yang lama
Dapat Rehat yg cukup
Tak risau kalau ade semut kat lantai ke sbb dia selamat tergantung


**Apa sahaja untuk kamu wahai elman mikhael... mommy love u!!


10 comments:

the awesome trio said...

dulu pun masa gigih takmau kasi anak tido buai. pikir punya pikir selain meyenangkan mak aka babysitter, letakla juga addin dlm buai. nasibla anak bujang saye tu boleh adapt tido mana mana pun. ahahaha!

Mally said...

buai tu elok jg tapi bila dia dah nak dekat 1thn bg dia practice tido kat tilam kalau x susahnak budak2 ni sbb Anak sulung sy Raj dah 2thn lebih baru belajar nak tido kat tilam..

erna said...

erna awalnya xdelah pulka terpikir tentang nak bebuai atau x iman tu.al-kisah ms iman lahir, abg erna tnya kat ibu apa lagi yg iman xde..semua pun ummi babah dah belikan.menyambut anak sulung.. :)
jadi abg pun belikan mesin untuk buai elektrik.so x payah la nak bebuai iman tu.masukkan dn blh tgl.senyaplah die.tp ikut mood jugak.klu dia xmo duk dlm tu,bising bukan main mulut mintak d angkat dr buai.anak..anak..kau lah segalanya :)

ciman bijak!

puan.mila said...

ololo ciannya..baby mmg cmtu klu dh diajr sx trus nak slalu berbuai..mcm ank buah mila mostly semua tido berbuai..baby klu tudo kt buai mesti lama n y jd masalahnya klu g jln2 umah org y xda ank kecik so xda la buai..mean kena selalu beringt la y tu :D

cikpingu said...

xpe.. ok je bby tido buai... tuk keselesaan bby jgk... esok dh bsr pndi je tido bwh...

Cheyan said...

Tak pe..nnt elok la dia, sama jugak ngn anak I, kadang2 tido berbuai jugak..kadang2 tido kat bawah ja..tp kalau buai mmg lama la..hehehe

mikhail riefqee said...

tido atas ke bwh ke buai ke katil ke yang penting baby selamat dan dpt tido cukup lena udah le wawa. janji dia sihat otomatik hati kita pon senang, yer dop?

#momycha#

wawa yusoff said...

Memang terbaeeekkk la semua mommies kat sini! Memang lega sangatlah hati mak nye ni ha bile dpt feedback yg mcm ni. xdela rasa down sgt sbb anak nak buai. boleh gitu?? haha :D

TQ semuaaaa!!

aTy _faRed~ said...

Alaaa..tido bukan bjkan teruk sangat pon..bgaty..asal memudahkan dirk dan semua org ape salahnye.. dan lagi..yg penting anak tu cukup tido..baru elok tuk perkembangan die gak t..:-) dan lg..nanti2 biler die ley tido sendiri atau biler dah ley paham..insyallah die akan bentk sendiri tidur berbuai tu..bg aty..tak akan ade yg negative kalau kite amik dr sudut positif...:-)

NuryaMohd said...

samalah anak saya pun... dulu beriye2 taknak ajar buai, tapi sekali letak dalam buai ( saje nak test2 ) sedap pulak dia.. dan Skang boleh je tdo buai ataupun takde buaian... Jangan kita siksa anak dengan pendirian kita yang tegas. Anak2 pun ade kehendak jugak kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...