..::Wawa Yusoff::..: ..::Anakku Ter'Campak'::..

Tuesday, September 11, 2012

..::Anakku Ter'Campak'::..

tajuk telah membawa terus ke entry. xpyh cerita panjang. hanya sekadar mencuri masa menenangkan fikiran dr mengahadap egala kerja atas meja. Agak lama jugak ni  x hapdet. bizi la. 1.9.2012 haritu baru je selesaikan kenduri aqiqah dan cukur jambul elman mikhael. alhamdulillah selesai semuanya. nnt update entry lain utk cerita kenduri. Ni nak cerita anak aku kena campak.

Ini bukanlah cerita kekejaman baby sitter tapi cerita pasal Demam campak yg tyelah mencampakkan dirinye kearah si bulat ku itu. Rabu pagi elman demam. tibe2 je naik sampai 38.5"c. risau jugak. tp hantar je dia kat taska lepas bg ubat siap2. pesan kat org taska ape2 yg patutlah. pkul 4.10pm dia call bgtau suhu elman cecah sampai 40"c. Mmg tekejut sangatla. mirzal terus pesan kat org taska letakkan towel basah kat kepala dengan badan dia. 4.15pm kitorang terus amik dia bwk ke klinik. sampai klinik suhu dah jadi 38.5"c. still tinggi utk budak sekecil dia. sepanjang malam sampai la khamis pagi, keadaan elman mcm tu je. suhu turun naik. tak menentu.

Siriously mmg panas giler kalau pegang badan dia. pukul 3.00 am naik suhu tinggi gini kami terus mandikan dia. mirzal rendamkan asam jawa dalam air pastu kitorang lumur kat kepala dia. Lepas pada tu bru nampak dia rasa lega terus terlelap sendiri. poor elman. Khamis aku el semata2 untuk pantau keadaan dia. Suhu dia hanya trun klu makan ubat. abis 6jam terus akan naik balik tinggi sangat. Masa ni mmg kitorang xtau demam dia kenapa. samada virus atau sekadar demam beralih bulan. kebetulan ade checkup bulanan utk dia. Nurse tukarkan ubat dia dgn jadual makan ubat +  suggest beli ubat bontot nama votron. Ubat ni beli kat farmasi sbb KK x supply. Masuk ubat bontot kat elman mmg agak mencabar sbb dia suka teran2. dlm 4kali cubaan, hanya sebijik je yg masuk. 3 lagi dia kan teran sampai keluar balik ubat tu dengan isi perut dia sekali. haii...la anak!

Baru lepas makan ubat. lalok je tgk dia. kesian!

Malam tu elman dah start meragam, barangkali bdan dia dah rasa bisa2. tido pun mesti nak meniarap atas dada aku. klu letak kat tilam otomatik dia menjerit. Mlm tu aku xtido. sebab takut terlepas dari dada aku kalau aku terlelap. lepas sendal bantal kiri kanan badan barulah aku dpt lelap dalam 30minit mcm tu dlm keadaan yg selesa. elman atas dada tp lengan aku disendal dengan bantal. so xdela rasa penat. dpt rest mcm biasa. Pagi jumaat tu aku el lagi. aku xpedulik dah pasal keje. anak aku sakit kot. mmg tak la aku nak dtg keje dengan kedaan suhu bdan dia yg mcm tu. masa ni suhu dia maintain sama. Keadaan berterusan sampai la hari sabtu.

Masa dia demam x menentu ni mmg aku bagi dia tido buai. sebab nak bg dia rehat betul2. budak kalau tido buai mmg lama kan. korang pun paham kan. dia punya lena boleh selesai segala kerja rumah kita

Pagi sabtu ade family gathering dgn family aku. dapatla jugak aku masak sikit2 dgn bantuan awon akak aku. Elman masa ni dah ok sikit cuma aku nampak muka dia naik ruam. so aku expect sbb panas dalam. rupenye ptg tu akak ipar aku nampak kat badan dia pun ade. ruam kat muka dia pun makin tebal. malam tu dia masih  nak tido atas dada, tp alhamdulillah suhu dia dah stabil dan tak panas badan lagi. pagi ahad tu barulah dapat disahkan budak cendawan ni kena demam campak bila keseluruhan daban dampai pinggang dah naik merah halu2 ni.... Masa ni aku lega sbb aku tau dia cuma demam campak, bukan lain2 sakit.

Campak halus. ni gambar hari ahad pagi. muka ade sikit sinyum. 
barangkali dah hilang bisa sbb campaknye dah keluar.


untuk beberapa hari ni aku x hanta dia kat taska. tumpang transit rumah mak aku. sib baikla mak dekat. bg elman rest betul2 dulu. ragam nye jangan ckplah. dah sehat pun masih nak tido melekat atas badan mak nye ni ha. Alhamdulillah elman dah sehat. Campaknye dah naik sampai ke kaki. kat muka dan badan dah menipis. Tapi pe'el baru lepas sihat ni asik nak tido meniarap je. pastu x nak kena letak. asik nak pegang je... nak bediri lompat2. I wonder, dah boleh masuk walker ke?? tak sabar sangat mak nye kot. hehehehhe :)





10 comments:

aThidEaN said...

glad elman dah sembuh..
ilyaas pon pernah mcm ni.
kita anggap tu campak tp tu sebenarnya heat rash reaction dr demam panas yg almost 5-7 hari..

Wawa Yusoff said...

aThidEaN : is it??? oh, so mcm mana nak tau ini rash reaction or demam campak ek.

siti norsarah Aminuddin said...

siannye elman...last two years tiga2 anak akak kena dmeam cmapak serentak..adam umur 2 thn..twins umur 9 bulan...boleh la membayangkan mcm mana nak layan elman yg sakit..sian dia tak selesa.

Wawa Yusoff said...

haaa?? serentak sampai 3org. saya layan yg sorang ni pun dah sembab2 mata ni ha. pening2 lalat je pg keje x cukup rehat.

hebat kak.. hebat :)

Mally said...

cian ciman...
Wawa sama juga anak sy gegurl Deva kena demam campak seminggu lepas... mmg tido meniarap atas dada...tapi dah ok skrg i bawa dia gi hospital diorang bg 1 cream utk sapu satu badan & 1 lg cream utk muka saje so far guna cream tu dlm 2hari campak dah turun....Ciman nak guna walker ye?? boleh je Wawa i bg gegurl sy masuk walker masa dia 5bln..lah ni laju je gelongsor sana sini si Deva tu....

Wawa Yusoff said...

mally : I x bwk pulak ciman ke klinik. sbb sebelum tu dah dpt ubat demam and antibiotik. Lps tu campak dia pulak jenis halus and more to rash. so, xbwk pun amik ubat cream. hehe :)

Fizlynn said...

Kesian nya Ciman...we all tengah sakit mata punya version dekat rumah...Ni demam double ni Wa nak beralih bulan dengan campak sekali...tu yang teruk kot...

erna said...

sian ciman :( kalau iman kena macam ni jugak, sure erna leleh air mata :P

shura shushi said...

Sian elman kena demam campak..dah sihatkan sekarang Alhamdulillah :))

Cho Zila said...

terkejut akak baca tajuknyer.. naik risau lak.. rupanya... cepat sembuh sayang...