..::Wawa Yusoff::..: ..::15 and Counting::..

Sunday, September 23, 2012

..::15 and Counting::..

Aidilfitri 2012, wah, raya dah abis baru ko tehegeh nak hapdet. ape bleh buat. bizi gamaknye dan buat2 bizi pun ye.

Alhamdulillah aidilfitri aku tahun ni sangat lah bermakna dan merupakan aidilfitri yang sangat sibuk sampai aku x sedar tau2 je dah abis raya. nnt aku review satu2 ape yg bizi nau tu.

~kesayangan~

Meh sini mokcik nak citer satu2. kita raya ahad kan?? my turn utk beraya bersama in-laws. dari ahad(19/8) ke ahad balik(26/8)  mmg actvt kami beraya sakan. pastu cuti merdeka plak(1-2/9). masa ni kitorang bizi dengan persiapan dan kenduri aqiqah elman mikhael serta open house rumah MIL. 2 majlis serentak. Memang penat giler biler membayangkan yg isnin nye tu kena keje cam biasa pasal annual leave hanya tinggal saki baki sahaja.

minggu berikutnye plak(8/9) turn family aku untuk berkumpul bersama semuanya dan mengambil gambar keluarga. lokasi adalah kat rumah aku. fotografer abg ipar(baju hitam) masa ni la elman dah start demam2 yg tidak diketahui puncanya tu. 
Elman kekal tidur hingga ke hujung majlis


 ok, masa ni dia dah bangun dan org lain punye turn plak bergambar. tapi kami potong que untuk amik lagi sekali sebab gambar2 sebelum ni dia tidor. aci kan? :p

alhamdulilllah aku berjaya siapkan makanan utk family aku, dalam keadaan tidak terurus dengan anak sakit bagai dapat jugak aku buat yg terbaik untuk keluarga yg nak datang. Menu : sambal kupang, nasi goreng, kebab (yg x berapa nak jadi). Lucky kakak aku dtg tlg jagakan elman so aku boleh cope keje2 kat dapur dan dia sempat buatkan menu tambahan meatball carbonara. gambar semua xde pasal terlupa nak snap. dang!


Sisters Stick Together. 
Warna ikut turutan dalam keluarga -Merah-Coklat-hitam- and Me!-
Kami ade sorang abg(sulong) lupe plak nak amik gambar dgn dia :)


Minggu seterusnya(15/9). Boleh kata minggu last Syawal kan?? Kami sepakat nak buat makan2 sikit kat rumah jamu kawan2 kerja dan yg terdekat. alhamdulillah suksess. Secara terang-terangan mmg aku ngaku la kan bab masak ni bukan kegemaran *tutup muka* 

serba sedikit gambar yg sempat aku snap sebabnye lepas tu org dah start ramai sampai apepun aku tak ingat. yang paling teruk sampai aku tak tau laki aku kat mana sebab rumah dah terlalu penuh

pada mulanya ingat MIL nak dtg tlg masak. Last2 dia cakap dia nak jadi tetamu VVIP, nak datang makan je. Dush!! hamik kau. tak terduduk ko masa tu?? jemputan sampai 60-80 orang, pastu ko ni dala jenis masak ala-ala je, ade hati nak nak hidang kat orang?? mau cerry berry tetamu ko nanti. Sib baik la SIL datang tolong. Tp dorang pun gerun2 je nak masaknye. memang ntah ape2 ntah kami. Last2 pk2, tgk bahan sume ade, MIL dah bagi rempah soto siap2 barulah aku ade keyakinan sikit nak masak. tu pun SIL yg tolong guide. dah ade org tlg guide pun boleh salah step lagi. kahkahkahkah!!

Alhamdulillah majlis kami berjalan lancar. Menu boleh tahan banyak. Malam tu sempat SIL buat trifle yang sangatlah mabeles! superb sedap! Soto, Mihun sup, nasik impit, kuah kacang (mak buat), nugget2, fries, Meatball carbonara dan air oren+eskrem soda. Amacam?? Sendirian berhad ok. Memang aku bleh senyum puaslah. aku tgk orang makan pun elok je. memang aku berterima kasih sangat dgn SIL yang banyak tolong aku kat dapur.

Terima kasih sangat kepada tetamu, kawan2 dan keluarga yg dtg memeriahkan rumah kami. dan kepada kawan2 yg aku xdpt nak jemput tu minta maaf sangat ye. Actually bukan nak buat open house pun, jamuan kecik nak jamu kawan2 opis je. Insyaallah nnt kalau ade rezeki kami takkan lupe nak jemput korang k?


~My SonShine~

dan pada minggu ini, hari ini, syawal pun dah abis maka barulah aku bleh lepak rumah ngan mirzal dan si bulat budak cendawan. golek2, main2, gelak2, nangis2, hehe. heaven sangat!




5 comments:

erna said...

owh ini boleh dikatakan raya sakan :P
entry ini entry penutup bulan syawal. hehehe

Wawa Yusoff said...

erna : ye erna.. memang raya sakan kami tahun ni. penat pun sakan jugak :D

siti norsarah Aminuddin said...

comelnye mama dan anka pakai baju kaler biru :)

Wawa Yusoff said...

siti norsarah Aminuddin : hehe. Tq dear :)

Mommy_Cha said...

bestnya ramai adik bradik pompuan..pastu muka semua sepesen yunk oi...alahai best!best! i adik pompuan sorang jer...kureng best huhuhu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...