..::Wawa Yusoff::..: ..::Ibu FM vs Mommy EBM::..

Monday, August 13, 2012

..::Ibu FM vs Mommy EBM::..



Entry mengikut permintaan. kaaahhhh! mcm berpuluh2 pulak yng mintak nak baca citer ko kan wawa. kui3. Anyway, thank you kat korang yang bagi feedback nak tau cerita yg mana. ade gak yang rajin membaca blog aku ni ek? TQ juta2. :)

ok, meh nak story pasal seorang perempuan, juga merupakan seorang ibu yang agak berumur jugak. tak silap umur dia dalam 40++ kot. 

1st, aku nak kasitau. aku hormat kepada ibu2 yg bagi anak mereka susu formula. pada aku xde masalah pun. Masing2 ada alasan sendiri kenapa diorang pilih FM instead of EBM. Tapi, yg aku nak cerita kat sini ade satu kakak ni cakap kat aku ""susahla kalau anak asik minum susu ibu je...." Bila dia dapat tau yg  anak aku Fully breasfeed.

Ceritanya gini, sejak bersalin, barula 2,3 menjak ni la baru aku beborak dgn dia. She is mother of 3 kids. dah besar2 dah semua anaknye. 

Kakak : Anak minum susu ape??
(actually aku bangga gile sebenarnye nak jawab)
Aku : Alhamdulillah masih susu ibu

Kakak : Pastu? Pegi keje mcm mana?

Aku : Sy pam siap2, buat stok. lps tu hanta la kat pengasuh

Kakak : Kalau kat rumah bagi susu pam jugak??

Aku : Eh, x. kat rumah direct la dengan saya. bila ke pengasuh je sy bagi susu pam

Kakak : Kena pam selalu la?? Sehari bagi berapa banyak kat pengasuh? Lepas tu nnt pengasuh kena panas kan la ke boleh terus bagi je??
(masa ni aku dah pelik. apasal kakak ni zero knowledge. anak dah 3)

Aku : pam berjadual kak, sehari sy hantar 6oz je sebab anak sy minum x banyak. pernah hanta sampai 9-12 oz, x habis pun. buang je sudahnye. Yg fresh sy pam pagi2 boleh la dia kasi terus tp yg chilled ebm/frozen pengasuh kena panaskan dulu la guna warmer yg sy bagi

Kakak : Susahlah kalau anak asik minum susu ibu je. Susah awak pun ye, susah pengasuh pun ye jugak. Kenapa tak bagi susu tepung je?? kalau akak, bagi je susu tepung. senang. bancuh je dengan air suam/air panas. anak awak pun sentiasa dapat yang fresh.

Aku : Kak, susu yg keluar dari badan kita ni berbulan tahan kesegarannya kak *ckp sambil senyum*

Kakak : Tapi, kalau dah sampai beku tu tak elokla nak bagi kat anak.

Aku : Selagi namanye susu ibu. takde istilah TAK ELOK. Anak akak dulu mcm mana??

Kakak : Akak xde susu.... dapatla 2-3hari je susukan diorang lepas bersalin. lepas tu terus bagi susu tepung. semua anak pun mcm tu.


-END of discussion-

yang lebih2 korang takyah tau.borak2 kosong je lepas tu. So, aku rasa korang paham ape yg aku nak sampaikan. Jelas bukan??? Tak semua org ade rezeki untuk menyusukan anak mereka. So, aku bersyukur sangat2 Allah bagi aku peluang dan nikmat ni utk aku susukan anak aku sepenuhnya. Nikmat menyusu tu, hanya kita je yang tau. Dalam kes aku ni, x bolehla aku nak melenting tak tentu pasal. akak ni mmg xde ilmu penyusuan langsung sebab dia xde rezeki menyusukan anak. allah x kurniakan rezeki tu kepada dia.

Tapi kan korang, masa dia kata bagi je susu tepung. senang. bancuh je dengan air suam/air panas. anak awak pun sentiasa dapat yang fresh. Memula tu aku hangin jugak. Ape tak cukup fresh ke susu yg aku bekalkan?? jauh lagi baik kot susu ibu dgn susu FM. Tapi aku senyum lagi, hormat lagi aku kat akak tu. sib baik la cara dia bebual ngan aku tu memang nampak kan sangat dia xtau ape2. Aku tenang jugak la nak menjawabnye..

Kepada kita yang dikurniakan rezeki dan susu melimpah ruah, haruslah bersyukur dan jangan cepat melenting bila ade 2,3 pendapat luar yang support susu FM. semua orang pun ade alasan tersendiri. Dan satu lagi aku nak nasihat kat diri aku sendiri, Jangan terlalu bangga  kerana dapat menyusukan anak sepenuhnya kerana nikmat ni juga allah boleh tarik bila2 masa Dia suka. Sebaliknya sentiasa bersyukur dan terus bersyukur serta sentiasa berdoa agar nikmat dan rezeki yang dikurniakan berkekalan...



Insyaallah..amin.


17 comments:

('',)pzAEdy~ said...

sabau je la bhdpn dgn org cmtu.

Mommy_Cha said...

walaupon I nih bagi susu lembu a.k.a susu FM @ anmum ke anak i tapi i tetap hormat org yg berjaya bagi susu ibu kat anak derang. jeles tau i. i nih kasi susu lombu jer..apa barang!! cumanya, tak kisah la susu lembu ke, susu kambing ke, susu unta ke, susu ibu ka, susu ayah ke (err ade ke susu ayah) yang penting anak tu sihat walafiat, cukup makan minum dan jauh daripada penyakit. jangan rajin kondem itu ini semua tak betul, because if 1 finger we apooint to others, 4more fingers are appointing to us...realize it or?....cewah dah terkeluar theory palsapah sains I gitew...ok! pisnowar darling!

Allene said...

orang tua klu bercakap, kita ya kan je... klu melawan penjang hujah dia....

CikNaa said...

bila masuk bab fully BF ni taktau nk ckp pe..sbb ai half je.. kt pengasuh bg fm..

MimahAjil said...

lain org lain dia punye pendapat kn...mcm akk tu kte fhm la kot sbb dia kate dia tkde susu bdn...klu yg ada susu bdn dan dia sndiri fully BF ank dia tp tiba2 paksa kte bg ank FM sbb kte keje...tu mmg tk ptt...skt ht bg arhn kt kte mcmtu.....

aTy _faRed~ said...

betul..sokong semua ape awak cakap..:)

erna said...

huh...geram jugak.erna ni over sesitip kalau bab bab susu ibu. takpela..semua nak beri yang terbaik utk anak-anak mereka :)

Wawa Yusoff said...

harus kental kalau berhadapan situasi gini :)

Wawa Yusoff said...

teori palsapah akak tu mmg diterima pakai sangat2. yg pentning baby sihat! :D

Wawa Yusoff said...

memang. kalau veteran kalau dah becakap, janganlah disanggah. dengor kan aje. maklumlah, dorang makan garam dulu katenye kan.. :D

Fizlynn said...

Ehh..sikitnya Ciman minum.. 6oz je hantar sekolah... Akak sekarang hari2 kena hantar dalam 25oz ke baby sitter, stock pun dah nyawa2 ikan dah sekarang ni, harap dapat la bertahan lagi 2 bulan sampai si kecik tu start makan. Btw memang ada orang yang tak ada rezeki susu langsung tau, bukan sebab dia taknak menyuskan anak dia, my own cousin pun puas dah we all pum etc etc, siap la cousin2 lain tolong bf kan anak dia pasal dia takder susu, nasib we all ni 3 orang sekali beranak selang 3 minggu. Again pendapat berbeza tentang susu ibu ni, as long as orang tu tak biar anak dia kelaparan baik la jugak dia kasik FM kan...

Wawa Yusoff said...

awat ciknaa half je...?? xpe dear, maybe setakat itu je rezeki razin. cuba lebih gigih utk anak kedua ye :)

Wawa Yusoff said...

kan?? siap boleh bg andaian yg susu kita x fresh lahi. punyelah nak suruh kita bagi susu tepung.

xpela, nak wat camne. dia kurang ilmu penyusuan :)

Wawa Yusoff said...

yey! calet skettttt :)

Wawa Yusoff said...

samelah kite erna. mmg sensitip. tp kadang2 tu kena bertempatla jugak nak sensitipnye pun kan... hehe :D

Wawa Yusoff said...

iye kak, memang. tu pun kadang2 mesti ade yg frozen EBM x berusik. pernah wa hantar 9oz. mesti ade lebih. pengasuh dia selalu komplen dia x minum banyak. pengasuh dia naik risau. takut la anak kita kembung ke ape kan.

ni nnt nak try tukar botol. kot2 la sebab botol dia x mau minum.

veesakura said...

act kan, tak kisah pon kalo anak tu minum fm if bersebab. i mean, tak suma ada rezeki susu meriah kan? but, sangat kisah kalo orang tu bagi anak dia fm sebab nak jaga body or sbb rasa susah nak perah susu bagai sedangkan susu dia melimpah ruah.kalo camtu, i mmg hangin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...