..::Wawa Yusoff::..: ..::Rentetan kisah si Pinky Modu::..

Tuesday, July 17, 2012

..::Rentetan kisah si Pinky Modu::..

*merajuk diri*
*terima kasih kepada yang bertanya di entry lepas*
*anda, anda dan anda sangat prihatin. i like*

haaaahhhhh! mcm kan hape je. 90 hari bercuti. dan selalu sebut taknak gi keje, taknak gi keje. rupenye cik.modu ku itu turut mebawa hati nan lara bila dia sedar akan keadaanya yg akan di hangkut kehulu dan kehilir. maka, setelah sisa2 dan saki baki bercuti hanya masih tinggal 3hari dia pun telah membuat perangai dengan tidak menjalankan tugas dengan baik.

mukadimah aku seperti ingin meluaskan perasaan berbaur percintaan dan kekecewaan. ok.merepek. oh. lupe nak kasi tau. semalam aku dah stat keje lepas cuti 90 hari. perasaan?? TEPU!!

mcm ni citernye, lastweek ari isnin aku dah stat perasaan suction modu mcm xberapa nak bagus. aku adjust2 nak dekat 10minit baru dia stat suck. pastu sesi2 berikutnya gitu gak. aku dah rasa xsedap ati. nak nangis pun ade. mana taknye, kawan baik tuuuuu. kemana2 sahaja bersama. melakap setia setiap 3-4 jam. bila dia buat hal mau nye x keruan aku jadi.

hari rabu memang jelas sekali modu dah takmau berfungsi. lepas 10minit aku adjust, letak high level tp keadaan suction dia hanya seperti level kedua. terus aku amik mezzo manual, on laptop, sambil pam sambil search masalah2 modu. dan memang penemuan nya itu adalah common problem for modu. sebab backflow yang terperangkap pada tempat khas tu dah penuh. Jadi, memang kena servis.

Entry ni yang buat aku tau modu ni mmg ade masalah cenggini. Settle je pam, kemas umah sikit2 aku terus ke Fabulous mom. TTDI damansara. SA tu kata service makan masa 4-5 minggu. weyyyyy lama giler... aku nak keje dah ni. kalau boleh xnak la pakai manual. makan masa. dia kata boleh dpt on the spot kalau pegi anta sendiri kat Sarakids. Memang aku ada terbaca Sarakids je yang buat servis Modu ni.Akupun terus call mam tanya psl Sarakids kat TTDI shah alam. Rupenye dia kata Sarakids dah pindah ke Puchong. adoiii makkk..manela aku familiar ngan tempat tu. Teruslah balik umah dgn frust sbb xdpt servis modu. Sbenarnye tak bapela nak frus sgt sbb aku dpt belikan ciman menan mcm2 kat Fab.mom. kan dorang tgh buat sale. Oh, Ciman adalah anak aku si mikhael. sepupu dia Aqil 3tahun ++ panggil ciman. Nama tu terus melekat sampai sekarang kat dia :)

Balik lps diskas ngan mirzal, kitorang pun decide nak anta je kat fab mom memandangkan kami tak berapa nak tau area puchong + keadaan masa yg tak mengizinkan kitorang nk pegi sana sini. lagipun dah bizi nak buat persiapan puasa dan raya. Esoknye terus kitorang repeat ke Fab Mom and drop modu kat situ. Details kalau nak anta servis modu kat Fab Mom

Service Charge : RM 20
Anggaran masa : 4 - 5 weeks

Item yang diperlukan : 
1.Warranty card
2.Resit Pembelian/No.resit sahaja
3. Body Modu

Caj perjalanan dari sarakids ke Fab Mom : RM 30 - 50
(di caj oleh Sarakids bergantung pada jarak perjalanan)

**Loan Unit tidak diberikan

Selain dari diskas pasal modu, aku diskas gak ngan mirzal untuk 2nd pam. Dia kata xpayah sebab mezzo dah ada. nanti klu beli elektrik jugak dah jadi 2 pam elektrik aku. Sambil buat muka simpati untuk dapat kelulusan beli 2nd pam elektrik. macam2 fakta aku keluar kenapa perlu 2nd pam yang elektrik jugak. Jangan kata fakta je, auta pun banyak aku kasi. bukan ape, kelulusan dari segi kewangan pun dari dia jugak tu pasal kena pandai goreng. hahahah.

Alhamdulillah Fakta dan Auta aku diterima pakai. Aku naik keje dengan kawan baru. nanti aku citer la ek. Dalam keseronokkan dengan kawan baru, Frozen EBM aku setengah peti ais terpaksa dibuang. Sekali lagi aku menangis. menangis sambil pegang pintu ais sambil muka kat tempat freez.

Nest entry k! nak sambung keje. 90hari punya keje nak kena settle ni =)



9 comments:

Cik Tqah said...

alolo.. sedihnye.. dah dpt yang baru kan.. hihihi.. apsal kene buang stok plak? peti ais rosak ehh

Shakina Farhan said...

betul2..kena pandai bodek suami..hihi..modu tu sgt comel color pink..

ctmah said...

ciannye wawa..xpelah.as long en suami setuju ok la tu..tp kenapa buang stock EBM tu?

youramirah said...

hhuhu saya pon dah let go modu. tak best lah! beli sebab terpedaya dengan fizikal pink beliau. hehe. skrg dah pakai swing, sama gak body cam modu. so far tak penah buat hal lagi. kalau buat hal macam modu siap lah! haha

erna said...

eh..bukan ke modu wawa tu baru lagi..dah nak kena anta service?
hurm.sraakids puchong katmana? erna kat puchong ni :)

Fizlynn said...

Oh kesian Wa...penat tu nak kumpul EBM... ni mesti kes blackout kan, hari tu rumah akak blackout sekejap je dah macam risau je dekat EBM tu, nasib baik 30 mins je blackout, else memang menangis, kalau ada extra money beli la deep freezer, dalam 400 je, EBM pun boleh tahan 7 months dalam deep freezer, akak baru je invest deep freezer takut kes blackout.

Mally said...

Sian wawa nasib baik i jz guna letrik pump yg jenama pureen so far xde masalah....
Xpe dah ade kwn baru kan...
Teruskan je kumpul EBM...

Anonymous said...

saya sangat tidak recommend guna modu sbb suction tak bagus & cepat rosak. Nak hantar service pun punyalah susah. Saya tak duduk area KL, jadi by pos je. Lepas 2 minggu pos ke Puchong, parcel return balik kat saya sbb takde org pick up kat kedai puchong??? Dah tu, saya call kedai, call h.set, semua tak berangkat. Warranty saya dah nak habis tak lama lagi..saya rasa teraniaya :(

Anonymous said...

Very interesting data, thank you for sharing.