..::Wawa Yusoff::..: ..::Mikhael dan CD::..

Wednesday, June 27, 2012

..::Mikhael dan CD::..

Cloth Diaper aka CD. sume mommies dah tau kan. Mikhael pakai CD since 2weeks. 1st CD dia pakai size newborn, gifted from kak erma. pastu lelama tu tgk montot dia semakin monggel terusla cuba pakai kan normal CD memang elok je muat2. sejak dari tu terus pakai CD. memang xde beli pampers. Kitorang sempat beli 2beg pampers sahaja. itupun ade baki lagi setengah beg dalam bilik tu sebab xsempat nak abiskan mikhael dah pakai CD.

Entry kali ni memang bertujuan nak share pasal CD,

Dengan CD moo moo dia :)

Dengan CD denim :)

gambar ni masa mula2 dia pakai CD normal size. nampak cam besar sikit. Perasan x ade cam belipat kat CD tu. ha, button2 tu sume guna adjust size la. so, kecik sikit cawat CD dia. sesuai je kat montot.
sekarang ni pakai dah elok2 je. bila pakai CD ni kat rumah memang malas nak pakaikan dia seluar sebab CD ni cute. hihihi

info lanjut pasal CD ni aku pernah buat entry kat SINI

Nak handle CD ni x susah pun. masuk je mesin basuh. bukan nak basuh tangan pun. 
CD ni ade 2 bahagian. Inner dan Insert
Kalau dia berak, mula2 buang Poo poo dia kat toilet bowl, cuci sikit2 pastu masuk mesin basuh. Biasanye aku akan cuci CD ni sebelah malam. so collect sume yg dia pakai satu haritu terus cuci sekali dengan baju2 dia yang lain. Kalau nak lebih mudah alaskan dengan nappyliner. Poo poo dia xkan melekat la kat CD. Amik je nappyliner tu bungkus ngan paper terus buang (kalau xnak bungkus pun xpe). Aku bungkus sbb faktor sanitizer. Pastu CD bleh terus masuk mesin. tak payah la nak bilas2 kat toilet bowl lagi. 

Ade yg kata renyah nak uruskan CD ni. sebenarnya tak. bila pk yg terbaik untuk anak, mesti korang takkan rasa susah. Sama je mcm menyusu kan?? kenapa kita sanggup bangun tengah2 malam utk pam? sebab kita nak anak kita menyusu dan membesar dengan susu kita. itu adalah yang terbaik untuk dia. Sama jugak mcm CD ni. Disposable Diaper ade banyak bahan kimia dlm penghasilannya. tp CD memang kita tau cuma kain sahaja dan kita boleh basuh pulak tu kan. Sangat jimat

Untuk cucian CD ni boleh la guna pencuci yang tiada enzyme, tiada bleach dan softener utk penjagaan dia supaya tahan lama.


Sabun yang terbaik untuk cuci CD ni 


Mula2 aku guna yang ni. tapi x berapa berkenan sebab x wangi. lama2 CD ni ada bau hamis sikit.

now, guna Cosway Kiddie wash. Yang ni best. Sangat bersih dan wangi. Insert pun fluffy dan lembut je.

yang ni tak pernah guna, tapi kalau nak jimat bolehla cuba nanti :)


Info Lain sumber dari SINI:-
Bahan lain yang bukan pencuci yang sesuai digunakan untuk CD

Soap Nut
Laundry Ball

Bahan Pencuci yang tidak sesuai digunakan untuk CD

Pureen Kiddiwash
Pureen ABD
Kao Attack
Nappikleen
Top Detergent



Kalau korang rasa renyah nak uruskan CD ni, korang pk pulak kos yang terpaksa korang keluarkan tanpa sedar untuk beli Disposable Diapers. 

I'm sure semua orang pun ade alasan tersendiri sama ada nak gunakan CD or DD.
 Entry ini hanya sekadar untuk berkongsi.


Kalau berniat nak cuba CD, try beli kat 2 vendor yg aku suggest kat bawah ni. Aku memang selalu borong CD dorang. Sebab dorang selalu bagi harga package. beli banyak sikit mesti dapat disakaun punye :)




5 comments:

n0rraslida alias said...

tQ wa! sudi share!!!

the awesome trio said...

eyyy comeinyaaaa mikhael!! meh aunty ciumm sikit.hihi

Cikpuan rara said...

u leh x tunjuk cara masukkan inser tu.rara still xpaham lg.then nk tanya,kalau dye kencing,xke terkena cd tu? kalau kencing kan air.xmeleleh keluar ke?

then insert tu yg mana? inner yg mana?

boleh ajar sket x? hmm pas buat entry nt bg tau eh =)

Mommy_Cha said...

tak penah kasi my mikha pakai CD lagi...pemalas lipas nak basuh :)

Leen ^___^ said...

Thanks for sharing ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...