..::Wawa Yusoff::..: ..::2 minggu yang penat::..

Monday, June 18, 2012

..::2 minggu yang penat::..

Rindunyer..!! sangat2 rindu..!!

rindu nak hapdet blog je. bukan papepun. propa je lebih. 2 minggu xde internet. mcm kan org gile rasenye. Nasib la ade blackberry, xdela rasa kuno sangat. kahhh! Rindu wooo nak tulis sini. macam2 mau share. tau, janji nak buat entry psl b'pump kan. nanti boleh x? tangan ni nak buat luahan kepenatan badan jap.

2minggu senyap tanpa update sebab sibuk berpindah rumah. alhamdulillah semua dah selesai. kemas2 pun dah settle. tinggal 10% lagi barang2 mirzal nak susun masuk stor. Selain pada tu dah settle dan kami telah rasminya hidup berkeluarga bertiga bersama Muhammad Elman Mikhael si bulat - bulat.. hehe :)

Peneman setia mommy :)

Mikhael dah 2 bulan dan alhamdulillah kuning pun dah hilang sepenuhnye. Mikhael semakin sihat dengan berat 5kg. No wonderla aku rasa lenguh sgt menampung dia menyusu. Aku xde nursing pillow. nasib jugak aku x eksaited nak beli. Haritu ayu bagi pinjam nursing pillow dia, sumpah aku x reti pakai. haha. yela, pillow tu kan besar, mikhael pulak semangat dan panjang tp aku petite saiz. memang x sesuaiiiiiii :p

Khamis aritu lepas balik checkup mikhael kitorang sempat bawak dia survey2 sekolah dia. Alhamdulillah dapat. dan yg sangat melegakan taska mikhael tu dah biasa handle susu ibu dan Cloth diaper. yess, mikhael pakai CD so, mmg kena tanya betul2 kat orang taska tu. belum sempat aku explen dia dah ckp yg dorang memang dah biasa handle CD. so aku terus register kat situ. Insyaallah 2 minggu sebelum masuk sekolah nnt nak pegi lagi sekali tengok persekitaran betul2 and kalau ok semua baru kitorang letak deposit. Insyaallah.

sudah 2 minggu hidup bertiga sahaja. takde mak nak tolong masakkan lauk, takde kakak nak tolong jaga mikhael, takde bapak nak tolong layan mikhael, takde sape2 nak tolong ape2. Hanya kami sahaja yang perlu bekerjasama untuk menguruskan rumah tangga. kalau dulu aku just uruskan mirzal, kali ni semua tumpuan aku pada mikhael dan mirzal. tiada lagi untuk diri sendiri. Sementara aku masih dalam mode cuti. Semua akan aku usaha untuk buat sendiri, bangun tengah malam aku belum lagi harapkan mirzal. aku bagi can je kat dia. esok2 aku dah start keje memang aku cuit2 juga mintak tolong dia bangun tukar kan CD anak. tp kalau bab menyusu tu memang haruslah aku bangun gak. small matter la. seronok tau! walaupun ko ngantuk, bangun pagi tekebil2, tapi bila ko tengok anak ko bangun tido sambil senyum.. alahaaiiiiiii.... hilang terus ngantuk!

Mikhael dah semakin bijak, dah pandai sengeh lebar, dah pandai berborak dan dah pandai atur jadual. kalau dulu dia tido je, sekarang ni tak lagi dah. Antara 5.30 pagi - 6.30 pagi dia akan bangun. masa ni la aku curik2 masa dengan mirzal nak solat ke ape ke sebab lepas tu dia akan ajak kitorang layan dia borak dan sebelum pegi kerja mirzal akan bawak dia duduk tepi tingkap. nanti boleh dengarla suara dia dok bual ape sambil tengok luar. macam tula dia setiap pagi sekarang ni. kalau mirzal x sempat aku la bwk dia duduk tepi tingkap layankan mata dia tengok luar. Seronok dapat tengok perkembangan dia. sampai aku rasa nak berenti kerja. nak jaga dia. serious aku rasa nak berenti. tapi apa kan daya, keadaan tak mengizinkan.

Mikhael buat muka cendawan. hahah


 Sama tak??? hahahhahaha

mommy sayang awak mikhael...!!!!

11 comments:

erna said...

alhamdulillah dah tak kuning2. terror la mummy handle mikhael sendiri. ERna ni masih ada bantuan ibu. lagi1..wawa,semoga sekolah mikhael nanti,baik2 je..amin

S.n.Fariza said...

alhamdulillah. comel. :)
kiss kan utk sy :p

ctmah said...

cendawan pun cendawan la..janji comel.hehe!

Cikpuan rara said...

alahaiiiiiii comels nya lah hai..best kan leh duk rumah sendiri dan ada keluarga sendiri.

Mommy_Cha said...

mikhael boleh geng ngan mikhail mommy cha suka buat muka dek time bergambo :)

aTy _faRed~ said...

saye seminggu tak de tenet..tak ley hapdet blog pon dah ngigau2 tido..huhu..
anak kite lebih kurang umur..dah masuk 2 bulan ni memang agak berjadual sikit..masenyer kosisten..senang kan..:) may be kite pon dah terbiase ngan rutin die..:)

Fizlynn said...

Syok la wa cuti 3 bulan, masih banyak masa boleh spend dengan baby, Akak 60 hari je, bila dah start duduk sendiri tanpa bantuan mak korang kena banyak tolerate, semua benda kena buat sama-sama, takyah nak jadik superwomen, kena kerah jugak ayah dia tolong apa yang patut.

aTy _faRed~ said...

saye pon rase macam nak notis 24 jam mase fes day keje balik lepas pantang tu..huhu...
muke cendawan tu memang comel..!! ;)

Syima Syaz said...

comelnya muka cendawannnn.....comel comel sgt!

~lonelyna~ said...

haha...memang comey...saya gelak sampai tersembur bila awak cakap muka cendawan...haha

Anonymous said...

Hi...bape lama baby awak kuning yer?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...