..::Wawa Yusoff::..: ..::Episode Bersalin # Part 1::..

Thursday, April 26, 2012

..::Episode Bersalin # Part 1::..

Haiiii...!!!
nampak tak kegembiraan yg melampau kat situ. ehehehe. Mestilah happy, baru ni ha dapat online. Selepas 10 hari melahirkan c bulat itu harini alhamdulillah dah sihat sikit untuk menaip dan share segala entry and kronologi kelahiran our little Mikhael :)

kronologi sebenar adalah bermula dari Episode INI dan INI
Ok, jadi harini aku nak forward terus pd hari yang ditunggu - tunggu. 

15 april 2012 
 pukul 10 pagi camtu ajak mirzal gi jenjalan kat OU lepas zohor. dalam kol 1 camtu aku bleh muntah teruk sampai sakit2 perut. mirzal kata nak pegi jalan jugak ke. aku kata NAK! walaupun sakit2 gitu. dalam kol 2 camtu kitorang terus gerak ke OU dan tanpa rancang ape2, si gedik shida and aton pun nak follow jugak. Jadinye kitorang jumpe je kat sana. Sepanjang jalanke OU tu aku dah rasa perut semacam. setiap setengah jam perut akan mengeras and sakit. buat tak tau jela sbb x nak tertipu lagi ulang alik hospital. Cool jela,terus gi makan kat tempat kegemaran kitorang Pizza Milano. tp aku x order papepun. just orange juice je. makan pun curik2 makanan mirzal. Xtau kenape, xde selera plak. maybe menahan sakit kot

dalam kol 4 camtu baru jumpe ngan shida, aton and safuan. kitorang sambung lagi lepak kat tempat yg sama. Mirzal lagi sekali order menu yg sama. aku plak curik2 je setiap makanan yg dorang order. masa ni perut dah start semakin sakit bila mengeras. Masih cool lagi chit chat ngan bebudak ni.


Ondway balik dari OU. masa ni dah pukul 6 lebih. baru start rasa sakit selang 15 minit dan seragam. keras dan sakit. sepanjang jalan tu mirzal tanya nak terus ke hospital ke tak?? aku kata, x nak. jangan dulu. balik dulu. lagipun nak maghrib dah ni. Dalam pada risau2 tu dia ok je. ikutkan aje kehendak aku. sampai rumah aku citer ngan mak. Mak kata memang itula sakitnye. Aku still x percaya. sebab aku selalu dengar orang kata sakit dia mcm nak terberak. Aku xde pun rase mcm tu. Lepas maghrib tu sakit dah jadi selang 10 minit. mak dah risau tgk aku menahan sakit. aku ckp aku ok lagi. boleh tahan lagi. boleh gelak lagi. hehehe. Masa ni nak jalan pun dah rasa semacam je perut. 

Mirzal ckp lagi, Jom pegi hospital. aku kata x nak. aku boleh tahan lagi. nanti kang pegi2 x bukak lagi nak kena tunggu lelama pulak. dala sorang2 kat dalam tu. Dia pun lepak tgk tv, aku menebeng duduk kat hujung kaki dia. bila contraction tu datang mulala sekuat2nye aku genggam kaki dia. Dia senyum je. Bak kata mirzal Senyum itu tanda Gabra.

Masa ni barulah aku betul2 percaya yang itu adalah contraction. Muahahaha. ingat senang nak percaya diri sendiri dah nak beranak. Dalam pukul 11 malam camtu aku ckp kat mirzal nak pegi hospital la. Even masa tu aku boleh tahan lagi sakitnye tp kat hospital ade jugak nurse nak tolong pantau jantung baby. kalau kat rumah ni kita x tau ape keadaan dia dalam perut kan. so malam tu, terus sarung kain batik + pakai t-shirt mak. Salam mak ngan bapak and terus gerak ke hospital. Sepanjang jalan tu aku still pantau contraction. mirzal pun tolong tgk jam sekali. bila contraction tu datang memang mcm nak patah jari tangan dia aku genggam. Sepanjang dalam kereta tu kitorang senyap je. Kadang2 gelak jugak sebab eksaited nak jumpa baby. Sampai hospital aku suruh mirzal parking terus. aku x nak turun sorang2 kat dewan bersalin tu. Gagah lagi aku bejalan dari parking sampai ke dewan bersalin. Yang penting aku dengan dia.

Jap, nak makan. kebulur weyh =)

next entry cerita segala keadaan di hospital dan labour room. 


5 comments:

ctmah said...

congrats dear!selamat berpantang.
hi mikhael!welcome 2 the world :D
next entry plishhh :)

Mommy_Cha said...

congrats mommy!

('',)pzAEdy~ said...

paling suke kalo mommy to be type n3 pglmn bersalinm. macam2 ade. wawa, thnk for sharing ya !

Liyana said...

lagi...lagi... nk smbung bace, huhu

Cikpuan rara said...

wow great.jap nk sambung eps lain.