..::Wawa Yusoff::..: ..::39 Weeks::..

Monday, April 9, 2012

..::39 Weeks::..

Status terkini, Masih belum beranak lagi weyhh =)

4 hari yang penuh drama

5 april 2012 - khamis
kat ofis rasa mcm air leaking. tp x banyak dan x berterusan. Cool je. Half day and pegi spital. Last Check-up at 9.15 pm. Doc kata air ketuban ckup, kantung x pecah lagi. so dorang x sure itu air ape. Bukaan 2 cm. Pulang ke rumah.


6 April 2012 - Jumaat
7.40 pagi. Turun tanda. Lendir + darah. Cool lagi. call mak mintak pendapat. mak kata pegi hospital terus. Call plak kak ina, memang ape2 pun selalu refer ngan kak ina (opismate anak 4. kihkihkih) mintak pendapat dia plak. Dia kata terus pegi. Contraction -mild-

pegi sarapan dulu pekena roti planta + milo suam pastu baru pegi hospital. Sampai hospital cek bukaan dah 3 cm. terus dapat katil utk menunggu. cucuk jarum yg tangan tu. Azab weh. 2 kali doktor pelatih salah cucuk. kali ke-3 baru doktor betul buat masuk elok.

Masa ni dah start check bukaan setiap 6 jam. dan setiap kali check tu jugak masih 3cm. Contraction dah xde. Suruh mirzal gi keje mcm biasa. sebab xde sakit pape. lagipun ofis sebelah hosptal. So xde la risau sangat. Sekejap2 dia datang jenguk.

7 April 2012 - Sabtu
Checkup 6.30 pagi still 3 cm. Aduiyaii ini anak laaaa.. x mau keluar ke.... Contraction xde. aku tgk org sebelah katil aku yg dah bukak 2/3 cm dah menonggeng menangis dah. Alhamdulillah aku still ok lagi jalan2 kat luar hospital. Mirzal ade event pagi tu. aku suruh je dia gi keje mcm biasa sbb aku ok. x sakit pape.

Checkup 1.00 petang. Bukaan masih 3 cm. So doctor decide untuk induce pagi esok pukul 8.00 am. Aku dah pasrah je. kalau dah ini caranye aku redha walaupun orang kata induce ni maha sakit kan. Family datang bwk pulut kuning birthday my niece aina cute. xdapat join. Sadisss!!!

8 april 2012 - Ahad
Checkup 6.30 pagi. Bukaan masih 3 cm. No contraction. Doctor decide untuk induce. Nurse suruh mandi, siap pegi makan. Mirzal datang pagi tu bawakkan air yassin dan breakfast dengan dia. Dah serah semua barang kat dia and cuma bawak masuk pampers, baju ngan blanket. Cuak + eksaited. Pukul 8.15 pegi kat katil balik and nurse masukkan ubat kasi buang sisa kumbahan segala.

1 doctor query kenapa nak kena induce sedangkan belum due. dorang pun refer kat medical officer yang paling tinggi sekali la katanye, 4 orang doctor dah berkumpul kat katil aku nak diskas samada nak discharge atau induce.

9.15 pagi. akhirnya dorang buat keputusan untuk mengkeluarkan aku dari hospital dengan bukaan 3 cm.. Ape kau rasa??? Eksaited sebab dapat jumpa laki aku. xde dia ulang alik spital lagi. Frust sebab xdapat jumpa baby????? TAKDE sebab mmg dah boleh agak c kecik ni belum nak keluar. dia x suka dipaksa2 barang kali.

Jumpa mirzal kat luar dalam 9.45 am mcm tu utk kasitau aku discharge, hamik kau. kami punya ketawa satu hospital pun boleh dengar. Mau x nye, kalau dah sampai tahap masuk ubat berak tu maknenye mmg confirmla nak kasi kau bersalin. Last2 elok je aku keluar hospital dengan hati yang girang. ngeehhhhh....!!!

dan hari ni 9 april 2012 bersamaan hari isnin yang malas aku masih bekerja seperti biasa dengan bukaan 3 cm tanpa contraction. C kecik ni belum keluar da buat ragam ye. Mudah - mudahan masa kamu nak keluar betul2 esok, semuanya dipermudahkan.. Moga allah sentiasa memelihara kamu sayang...

Due date c kecik ni adalah 16 april. iaitu hari ahad ni. Tp nampak gayanye dia masih sedap duduk dlm perut. Puan Pingu adalah jiran due date aku. due date baby dia 17 april pun dah selamat beranak. Aty pulak tengah tunggu turn. Dia pun dah turun tanda dengan bukaan 1cm. Due date baby aty 18 april. 

Buat mommy to be, Moga semuanya dipermudahkan buat kamu semua ye.. 
insyaallah. amiiinnnnnn....



11 comments:

~ NANA ~ said...

hehe...baby nk keluar ikot EDD la tu kot :)

semoga semuanya selamat k dear...wish u all the best! :)

Aeen said...

semoga semuanya berjalan dengan lancar yeh....:)

Lala Latif said...

semoga dipermudahkan proses melahirkan...

p/s: induce mmg sakit giler..serius xthan smpai jerit2 ari tu..uhh..serikk...

CikNaa said...

sy pulak 24hb.. jauh lagi. tp berangan dah nak beranak awal.. huhu.

Wawa said...

Waaa..da turum tanda tp tkde rase contraction..tkpe la mayb sehari dua die keluar lah..aminnn

('',)pzAEdy~ said...

perghhh,mesti berdebar kan nk tggu result induce atau discharge, hehehe.

semoga segalanya dipermudahkan. amin

MimahAjil said...

good luck mommy...
semoga segalanya berjalan lancar dan Allah permudahkan semua urusan...Ameen

~cahaya~ said...

heee..tak lama dah tu..
jgn benarkan dorang induce lg..
sakit.. T__T
apa pun, gud luck dear!
semoga semua selamat.

Mommy_Cha said...

best tau kalo dah ade baby disi...:)

NoRazUraShIma said...

yela wa...bb sedap pusing2 dalam tuh=)

veesakura said...

baby nak on time la mummy! hehe. all the best tau