..::Wawa Yusoff::..: ..::pregnancy journey::..

Wednesday, March 28, 2012

..::pregnancy journey::..

Checkup result @ 37 weeks and 2 days

Berat : 50.95kg
HGB : 12.1
Heartbeat baby : Normal

Alhamdulillah sumenye ok. semalam nurse siap ckp lagi 
"cantik darah awak sejak dari awal pregnant"
aku pun senyum meleret... haha. my lowest HGB adalah 11.1. still masih ok lagi. jangan tanye petua ape wa guna nak bagi maintain HGB sebabnye memang TAKDE. sedangkan ubat yg klinik bekalkan pun wawa x makan. peti ais dirumah sudah seperti kaunter farmasi sahaja. Ubat Iron tablet tu adalah ubat yg sgt tidak disukai oleh tekak. baru nampak kotak sahaja sudah muntah. Since awal pregnant wawa cuma pernah telan ubat ni 3 biji sahaja. Alhamdulillah nasib diri ini sangat baik. Allah memudahkan urusan kehidupan. takpayah nak telan2 ubat but still my HGB dlm keadaan baik. Tapi digantikannye pula dengan lain2 cabaran dan dugaan.

For me to share my pregnancy journey along this 37 weeks.
detect pregnant mase tu bulan puasa. pegi check dah 5 minggu. alhamdulillah 8minggu pertama sgtlah sihat. makan pun ok je sume. selera makan ni macam2. nak2nye bulan puasa. apa yg ade kat bazar tu sume nak beli. kalau masak untuk buka plak bukan main enjoy :)

masuk je minggu ke-9 morning sickness dah tunjuk belang. tiap pagi memang duduk dlm bilik air jela, badan pun dah start lemah2. nak pegi keje dah start liat. bukan mcm tu je. bila sampai ofis lagi menjadi2. sinki pantry menjadi kawan baik. perut yg lapar terus mejadi kenyang akibat keletihan muntah dan lemah badan. masa ni jugak startla segala alahan bau. pernah dengar cerita org mengandung tak boleh bau laki sendiri..?? Yes, its happened to me. Jangan kata bau. tengok mirzal pun wa boleh muntah. bila balik keje tu tekak ni mcm dah ready je nak kembang. elok je sampai rumah, abisla mmg ke bilik air sahaja. sampai pedih2 perut. waktu2 gini mood memang ke laut. swing x tentu pasal. mirzal sangat sabar melayan bini dia ni. Badan ni lembik, nak manja2 dengan dia. once dia dekat je mulela aku haruk halau dia pegi jauh2. Kadang tu dia gelak je. dia sangat memahami. bab makan pulak, waktu ni makan manis2 je. asikrim cornetto strawberry memang jadi pengubat tekak. Suka sangat makan aiskrim. tp still  xboleh hilangkan mual. Hampir 3 bulan berkeadaan mcm ni. Mirzal akan pastikan wa tidor dulu baru dia masuk tidur.. sampai mirzal pun pasrah je tengok bini dia. segala perfume, deodran dia pun tolong sorok jugak. kalau dia pakai sikit pun mulelah hidung ni dpt detect bau bukan2 pastu mulela nak marah2.. hadoiiillaaaa.... ampun ye mirzal.. bukan sengaja...

keadaan tu berlanjutan sampaila minggu ke-12. Tp alhamdulillah, alahan bau dah kurang. cuma x suke bau perfume lagi. Masa ni dah boleh la nak meleseh2 dengan mirzal. hehehe. dah ok sikit. dah start merengek2 manja2 segala.. masa ni pulak sibuk pindah rumah. alhamdulillah dpt rumah sewa yg sgt dekat dengan opis. 10 minit sahaja. ibaratnye kalau keluar rumah lewat pun kami masih boleh beri laluan kepada kucing yg ingin melintas. punyelah nak bagitau umah dekat kan. hehehe. korang bayangkan, dlm mabuk2 tu wawa ngan mirzal sibuk packing2 barang utk pindah. lucky me mirzal sangat membantu. he helped me a lot.. A LOT.

minggu ke-13 food posining. masa ni rumah belum setup, dapur pun belum berasap jadinye kami asik makan luar je. taktau ape salah makan kot terus lembik2. muntah2 dari opis sampaila pukul8 malam. mirzal dah risau. terus bwk ke hospital. takut effect kat baby. Alhamdulillah semuanya ok.

minggu ke 20. 5 bulan. Keadaan semakin baik. dah ade semangat nak kemas rumah. masak pun dah boleh. muntah2 masih lagi melanda diri. kalini bukan pagi sahaja. petang malam segala waktu pun kalau nak muntah tu tak menyempat dah. Sudah pasrah dengan keadaan diri dan menjangka akan mengalaminya sehingga bulan ke-9. Walaupun sudah semakin sihat tp kalau ba berpakaian tetap lah malas. Wa x kisah punya pegi opis pakai baju coklat tudung kuning even kasut merah ang-ang pun.. asalkan badan ni sampai ke tempat keje. Bedak, eyeliner, lipstick ntah lanting ke mana. taknampak bayang dah pun. selebetnye ke opis jangan cakap. Waktu ni jugak dapat tau gender baby. tp masih belum mahu bershopping. sebutla mana ekspo pun. memang xde aku nak jejak.

Mingu ke-24 bersamaan 6 bulan. baru sedar bahawasanye baju baby sehelai pun xbeli lagi. Sedangkan org kata 7 bulan beg hospital pun sudah dibawak kehulu kehilir. makanye bila ade rezeki lebih kami pun telah perbelanjaan untuk persiapan c kecik ni. masa ni dalam keadaan diri x sihat serta merta menjadi sihat akibat terlalu eksaited tgk baju yg  comel2 tu. Mirzal pun eksaited sama seperti dia juga turut mengandung. eh..?? ye, perut kami hampir sama.. muahahahah :D


Minggu ke 28. 7 bulan. Warded. akibat jangkitan pada air kencing + baby songsang. entry tentang warded ni telah berkulat di dalam draft seolah2 terlalu bizi untuk mempublishkannye. barangkali suatu hari nanti. sila jangan berharap pada sesuatu yang tidak pasti.. kihkihih:p Warded semalaman di hospital sungai buloh sekadar unuk pemantauan jangkitan kuman. in case klu ade contraction sangatlah bahaya sebab waktu tu baby dalam keadaan songsang. alhamdulillah sumenye ok dan boleh balik seperti biasa. Waktu ni beg hospital da selesai. baju baby pun memadai sahaja. dalam erti kata lain belum habis shopping. botol susu pun xde. hanya sekadar storage bottle.
Minggu ke-32 bersamaan 8 bulan. Wow, berasa sangat lah kembangnye badan ni. dan jugak tak sangka dengan kemampuan diri. Masih mampu mengemas rumah dengan active, mengemop lantai dan mencuci bilik air dengan sangat cergas. muntah2 masih lagi. to be honest, pernah je termuntah waktu tengah solat. masyaallah, taktau nak ckp. pastu pegi berlari plak ke sinki, abisla satu rumah pun kotor. terpaksa mirzal mengemas muntah aku je malam tu. poor him. I love u so much la...!!! Masa ni dah start checkup untuk 2 minggu sekali dan alhamdulillah setiap kali checkup pun resultnye baik2 sahaja. walaupun muntah2 masih berpanjangan tp berat tetap naik. alhamdulillah.. syukur sangat2...


Minggu ke-36. alhamdulillah... Sudah 9bulan c kecil ini berada baik dalam rahimku. di jaga dengan sempurna oleh Allah s.w.t. Pada waktu2 gini, selera makan barulah bertambah. Barulah rasa cepat lapar seperti ibu2 mengandung yg lain. kalau tak tu, tak boleh la nak makan lebih. mesti munatah. Tp bile baby dah engaged, perut pun sudah semakin ringan. jadinye barulah ade selera makan. Dan seperti yang dijangka, muntah2 masih lagi melanda diri di bulan ke-9 ini. Bersyukurlah kepada anda yang diberikan kesihatan yang baik. janganlah mengeluh tentang berat badan, penat, sakit pinggang. Itu semua adalah pahala.
Dan pada ketika entry ini ditulis, 37 minggu 3 hari. wawa masih lagi di opis. melaksanakan segala kerja2 yang perlu diselesaikan sebelum bercuti panjang. Perut semakin kerap mengeras, pinggang sudah semakin sakit kalau duduk lama2, celah peha pulak sangatlah sengal sehingga mahu berjalan pun sudah seperti orang tempang kerana keadaan baby yang telah ke bawah sangat. hanya sekadar menunggu tanda sahaja untuk menyerahkan diri ke hospital. Mirzal sudah hari2 mengadap perut bertanya kepada c kecik bila mahu keluar... kalaulah boleh dipaksa2 sekarang juga mommy mahu jumpe..!!!!


Dikesempatan ini.. (mcm nak raya pulak) wawa nak minta maaf bebanyak atas keterlanjuran perangai, kata dan penulisan. sekiranya ada di antara anda yang pernah berkecil hati, wawa mohon kemaafan dari kamu semua ye. Doa kan keselamatan wawa dan anak kecil yang bakal dilahirkan pada bila-bila masa sahaja dari sekarang...



Sorrylah entry kali ni panjang berjela dan agak bosan. sekadar catatan dan rujukan untuk diri sendiri di masa akan datang :)


7 comments:

aTy _faRed~ said...

betul..tak ley makan ubat iron tablet tu...rasenyer melekat kat tekak...tak makan..tapi gantikan ngan makanan penambah darah lain..alhamdulillah..cume sekali jer HB rendah 10.8..:)

Gadis said...

gadis pun x leh mkn jugak iron tablet tu..

pening kpala yang berlarutan bile mkn pil tu..
last2 x mkn terus...

Liyana said...

sy pn x mkn ubat hspital.. awl2 dulu je rajin.. skrg dh mkn obimin pluz n neurogain je.. cukup la 2 je.. mls mkn ubat.. hehe

smg ibu n baby selamat :)

ctmah said...

syahdu je bila bace..
anyway berat wawa macam maintain jek..still lg below 55kg ek..syok je rse.hihi!
harap2 semuanya baik2 belaka ek

('',)pzAEdy~ said...

semoga semuanya selamat.amin ya rabbal al amin...

Wawa Yusoff said...

aTy : ubat tu ade bau semacam kan...?

Gadis : rupenye bukan wa sorang je yg bermasalah dgn ubat tu ek? hehehe.

Liyana : yes, wawa pun amik obimin jugak. satu ubat semua ade :)

ctmah : mcm maintain ek? ini pun dah 12kg naik dah :D

pzAEdy : insyaallah, tq dear.. aminnnn :)

Wawa said...

da lame tak mkn obimin..lupe...hihi...:p